Bab 29 ☕❤️

497 23 0
                                    

SYANINA mengepit rambutnya dengan pengepit rambut yang bersaiz kecil. Dia baru sahaja selesai mandi. Siap pakai wangi-wangi lagi tau! Sedikit rambutnya yang meleret di tepi wajah di selit kebelakang telinga. Dia puas melihat penampilan dirinya sekarang. Kat rumah pon kenalah cantik-cantik!

Yelah tu. Entah-entah ada sebab lain...

Selesai memerhati pakaiannya, Syanina senyum puas dan berjalan keluar dari bilik. Baru saja dia ingin menutup pintu biliknya tetapi pintu bilik sebelah yang terbuka sedikit membuatkan Syanina sedikit pelik. Siapa pula berani-berani masuk dalam bilik itu?

Rasa ingin tahu menebal. Dia tutup dahulu pintu bilik dan berjalan mendekati bilik di sebelahnya itu. Tangannya menolak pintu dan memandang isi bilik itu.

"Hey! Siapa bagi izin untuk awak masuk dalam bilik ini?" sergah Syanina dan mendekati Dariel yang sedang berdiri di hadapan satu lukisan. Lelaki itu tetap beku di situ sebelum dia toleh sedikit.

"Maaf. Saya tengok pintu bilik ini tak tertutup. Saya masuklah. Lagi pun... Uncle suruh buat macam rumah sendiri." Dariel jongketkan bahu selamba. Hati dia masih berbunga-bunga apabila melihat lukisan di setiap sudut bilik ini! Kebanyakkannya lukisan di sini pelukisnya adalah dia sendiri! Am!

"Hurgh! Ada yang kena terajang dekat sini nanti karang! Keluar sekarang! No one are allowed to enter this room!" Wajah Syanina masih garang sedangkan Dariel masih selamba. Tidak tergugat dengan kata-kata itu.

"Nak terajang konon... Entah kaki itu sampai atau tidak," gumam Dariel dan sayup-sayup kedengaran di telinga Syanina. Gadis itu mengecilkan matanya.

"Apa awak cakap?" soal Syanina garang. Dia cekak pinggang ala mak-mak.

"Awak minat pelukis yang bernama Am ni?" soal Dariel ingin tahu dan saja mengubah topik. Terharu pula bakal tunang dia minat dia dalam diam!

Dariel renung lukisannya sendiri yang berada di hadapannya ini. Tak silap lukisan yang ini edisi terkhas! Sanggup ya gadis ini habiskan duit untuk lukisan ini? Dia betul-betul terharu!

"Kalau saya minat dia pun kenapa? Awak cemburu? Jawapannya ya! Saya memang minat dia and suka dia gila-gila! Kalau boleh saya nak pinang dia sekarang juga! Tak payahlah nanti saya nak kena bertunang dengan awak pula kan?" Syanina senyum sinis. Suka dapat kenakan Dariel padahal dia sendiri yang terkena! Dia tidak sedar Am itu adalah Dariel Amsyar!

"Awak nak kahwin dengan dia?"

"Ya! Dan saya tak nak kahwin dengan awak! Awak penipu! Nanti habis keturunan saya jadi hidung panjang juga!" ujar Syanina geram. Dia tidak puas hati dengan reaksi Dariel. Tak akan dia boleh rilek macam itu lagi? Kata nak pujuk lah bagai!

"Sampai hati awak... Nanti mummy saya nak sarung cincin dekat jari siapa?" Dariel muncungkan sedikit bibirnya. Wajahnya sayu. Saja mahu bermain sama.

"

Jari Mak Jah!" ujar Syanina dan berlalu pergi. Pintu dihempas sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Untung rumah ini kukuh kalau tidak rasanya dah roboh dah.

























"AWAK memang suka duduk sini ke?" soal Dariel dan mengambil tempat di sebelah Syanina.

Syanina hanya angguk kecil. Dia lemparkan pandangan ke langit yang biru itu.

"Saya selalu lepak dengan mama dekat sini." Beritahu Syanina tiba-tiba setelah suasana lama sunyi.

Dariel terus menoleh ke sebelahnya. Bibir digigit. Dia ada tersalah cakap ke ni? Lihat akan gadis ini tidak memberontak dan sepasang mata itu sayu buat dia rasa sedih. Dia lebih rela melihat gadis itu memberontak dan menunjukkan sepasang mata tajamnya. Syanina di sebelahnya ini kelihatan... Rapuh.

"A-awak pasal saya tipu awak tu. Saya..."

"Jangan cakap pasal ni please. Saya malas nak bergaduh dengan awak hari ini. Dalam masa satu hari je tolonglah... Bagi saya ketenangan." Syanina memotong terlebih dahulu sebelum Dariel meneruskan kata-katanya.

"Saya pun tak nak bergaduh dengan awak. Saya nak selesaikan masalah ini cepat-cepat. Awak tahu kan lusa kita bertunang? Nanti apa orang cakap kalau tengok muka awak macam asam keping ni masa majlis pertunangan kita tu?" Syanina terus memandang tajam ke arah Dariel.

Yes babeh! This is what I want! I got my gangstah Syanina back!

"Muka toya? Siapa yang punca? Siapa yang penyebabnya? Awak kan! Nanti awak jawablah sendiri kalau orang cakap muka saya ni masam macam asam keping!" Naik turun dada Syanina. Ada ke dia cakap muka aku macam asam keping? Muka punya cun ginih! Huh! Dasar mamat kuda jadian!

"Okay okay... Mianhaeee..." Suara Dariel meleret. Saja mahu mengusik.

"Aishhh! Jinjja shib-" Syanina terus memaki dalam bahasa Korea. Mudah betul berjangkit cakap korea ni!

Dariel hanya gelak besar sambil menekan perutnya yang sudah sakit kerana penat gelak. Sudah lama dia tidak gelak sepuas ini.

"Apa yang lawak hah?!" Syanina tolak kuat bahu Dariel namun seinci pun tubuh itu tidak bergerak. Nice try Sya!

Syanina ketap kuat rahangnya apabila Dariel tidak berganjak. Kuat betul mamat ni! Terus dia melancarkan senjata terhebatnya iaitu mencubit lengan Dariel sekuat hati.

Tawa Dariel bertukar jeritan. Mak oi! Ketam mana yang sepit aku ni?

"Awak! Sakitlah!"

"Tahu pun sakit! Padan muka!" Syanina tersenyum puas dan meleparkan pandangan dihadapannya. Tengok alam lagi bagus dari tengok mamat sebelah dia ini!

"Belum jadi isteri lagi dah derhaka ya?"

"Siapa nak jadi isteri awak? Tak hingin lah!" Balas Syanina kasar. Dia menjeling tajam wajah Dariel yang sudah berubah.



DARIEL mengambil untuk keputusan untuk pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu berlama-lama di rumah orang sedangkan dia ada rumah sendiri. Tak mahulah dicop tak malu oleh orang gaji dan pemandu di rumah Syanina itu. Baik dia pulang.

Dia rebahkan tubuh di atas katil dan meletakkan sebelah lengan di atas dahi. Dia senyum. Lusa ini dia bakal naik ke peringkat seterusnya. Mustahil Fariez ada peluang untuk merampas Syanina darinya. Lagipun Syanina sendiri cakap dia tak akan balik pada lelaki durjana itu. Huh!

Tunggu saya Sya. Tunggu!

Dia tidak sabar mahu menanti hari esok. Dia bakal dapatkan maaf Syanina pada hari esok. Dia telah merancang sesuatu untuk hari esok. Dia pasti hari esok bakal menjadi hari bahagia buatnya dan juga Aira syanina.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now