Bab 19 ☕❤️

494 31 0
                                    

SYANINA tenang berada di gazebo kayu halaman rumah. Dia teruja menunggu pukul dua petang untuk keluar bersama jejaka mulut pedas itu!

Bila perasaan jam sudah menunjukkan pukul satu petang, mata Syanina terbeliak. Dia tidak pilih baju lagi! Syanina terus berlari masuk ke dalam rumah.

Masuk sahaja dalam bilik wardrobe dibuka dan menunjukkan pakaiannya mengikut jenis warna dari warna terang hinggalah gelap.

Syanina tongkat dagu dan mengetuk dagunya menggunakan jari. Sedang memikir ingin memakai baju warna apa.

"Hurmm... Warna mana yang best ya?" Soal Syanina sendiri. Dia belek-belek bajunya. Seketika dia mengeluh. Tiba-tiba tak ada idea nak pakai baju warna apa.

"Maroon? Dah selalu pakai... Hitam? Pun dah selalu pakai juga! Okay! Ambil nude lah!" Blouse berwarna nude di ambil. Dia terus berjalan ke almari pakaiannya yang lagi situ. Terdapat cermin besar di almari itu. Terus dia dekatkan baju pada tubuh. Syanina pusing-pusing sedikit tubuhnya.

"Hmm... Bolehlah ni! Eh kejap! Kenapa aku macam nak dating pula ni? Nak keluar dengan mamat barista tu je pun..." Syanina menyoal diri sendiri. Kenapa dia susah payah pula nak pilih baju ni?

"Heii! Parah kau ni Sya!" Syanina terus membuka almari didepannya. Kain yang agak gelap warnanya berbanding warna baju diambil.

Syanina tidak rasa ingin memakai seluar hari ini. Jadi dia bercadang untuk memakai skirt labuh. Lebih selesa!

Apabila rasa baju dan skirt itu sepadan, Syanina terus berjalan ke bilik air ingin menggantinya.

Selesai menukar baju Syanina tilik diri dihadapan cermin ingin mencari kekurangan. Dia tersenyum manis apabila dirinya sudah sempurna. Dia ambil kepit rambut yang bersaiz kecil dan mengepit rambutnya dibelakang. Malas mahu berdandan lebih. Lagipun rambut dia tidak terlalu panjang. Susah nak berdandan lebih-lebih.

Jam tangan Cartier diambil dan dipasangkan di pergelangan tangan. Lip balm di ambil dan dioles di bibir. Malas nak berhias lebih-lebihan jadi dia hanya mengenakan lip balm di bibir. Lagipun dia tidak berapa reti make up.

Sike!

Rimas kalau make up ni! Rasa berat je muka!












SYANINA masuk ke dalam kereta Myvi milik Dariel. Hari ini dia malas nak bawa kereta jadi terpaksalah Dariel menjadi driver tak berbayar Syanina.

Syanina ukir senyuman lebar melihat anak patung sotong dihadapannya. Anak patung sotong itu dicapai.

"Comel! Ini yang dapat hari itu kan?" soal Syanina sambil mengerling Dariel yang sudah mula memandu. Dariel menjeling Syanina sekilas.

"Ha ah. Tak tahu nak letak dekat mana jadi saya letak jelah dekat dalam kereta. Boleh teringat dekat awak selalu bila tengok cik sotong tu!"

"Hmm... Saya bagi nama dia Octo la boleh tak?" soal Syanina. Dia menterbalikkan Octo membuatkan ekspresi Octo yang tadinya tersenyum bertukar menjadi marah.

Octo yang berwarna kelabu bertukar menjadi hitam. Syanina senyum comel!

"Suka hati awak lah Sya..."

"Hmm boleh lah ni nanti kalau saya marah atau merajuk dengan awak saya buat colour warna hitam ni. Dan kalau saya tengah happy..." Syanina tukarkan Octo semula seperti asal dan menayangnya pada Dariel.

"Saya buat Octo macam ni!" Syanina sengih. Octo diletakkan di tempat asal. Kini ekspresi Octo sedang tersenyum dan berwarna kelabu.

Dariel senyum tipis sambil menggeleng kecil. Ada-ada je perangai Syanina ini. Terlalu random orangnya!

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now