Bab 35 ☕❤️

517 25 0
                                    

DARIEL mengepal kuat tangannya apabila teringat semula perbualannya dengan sepupunya yang tidak berhemah itu. Dia merenung tajam cermin seperti sedang membayangkan wajah Fariez di cermin itu.

"Am..."

Dariel terus menoleh ke belakang. Wajahnya yang sudah tersedia dingin bertambah dingin lagi apabila matanya menangkap sosok Fariez sudah berada tepat dihadapannya. Fariez menghadiahkan senyuman sinis buatnya.

"Tahniah bro!" ujar Fariez tenang. Bahu Dariel ditepuk kecil. Dariel menjeling bahunya yang baru ditepuk oleh Fariez sebelum dia mengibas bahu sendiri seperti sedang menghilangkan kotoran. Dariel memandang Fariez dengan wajah dingin.

"Aku doakan kau bahagia lah eh dengan bini kau." Dan sejurus itu tawa kecil meletus dari celah bibir Fariez. Entah apa yang lawak pun dia tidak tahu.

Dariel mengetap kuat rahangnya. Dia tahu Fariez saja mahu menyinis nya. Entah ikhlas atau tidak ucapan tahniah itu.

"Hei... Janganlah garang sangat muka itu. Chill chill je okay? Kau jangan risau! Aku belum atur strategi lagi nak rampas kesayangan kau itu." Tambah Fariez. Dia sudah perlihatkan belangnya dan tersenyum sinis.

"Aku wish good luck lah pada kau," ujar Dariel tenang. Wajahnya hanya selamba.

"Oh! Thank you! Jadi sebelum itu kau rasalah dia puas-puas okay? Nanti turn aku pula. Beringat sikit dengan sepupu kau ini..." ujar Fariez dan melirik ke arah Syanina yang sedang berbual dengan Amyra. Senyuman manis Syanina membuatkan hati Fariez berbunga sendiri.

Dariel turut sama melirik ke arah isterinya sebelum mencengkam kuat kolar baju melayu Fariez.

"Kau jangan nak biadab! Kalau tak kenangkan dekat masjid sekarang ini, mampus kau aku kerjakan!" bisik Dariel keras. Habis keluar segala uratnya. Dia sedaya upaya menahan amarah apabila mulut Fariez sangat lancang. Fariez buat seperti isterinya itu tiada maruah saja. Sebagai suami dia berhak untuk mengamuk. Dia perlu pertahankan isterinya. Mana mungkin dia biar maruah isterinya dipijak begitu sahaja.

Fariez membalas renungan membunuh Dariel dengan berani. Bibirnya mengukir senyuman sinis.

Dariel terus menolak kasar tubuh Fariez.

"Tak guna kau, Fariez," gumam Dariel. Dia masih tidak puas hati dengan sikap Fariez. Kenapa Fariez selalu mengganggu ketenteramannya? Sejak kecil lagi semua yang dia miliki pasti Fariez ingin rampas. Tak boleh tengok orang hidup senang gamaknya!

Tok! Tok! Tok!

"Awak? Dariel? Awak okay ke dekat dalam itu? Saya nak guna tandas ini..." Suara lunak di luar bilik air membuatkan Dariel tersentak. Dariel toleh ke arah pintu. Oh! Lupa pula sekarang dia sudah punya isteri. Pasti Syanina sudah lama menunggunya.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Место, где живут истории. Откройте их для себя