Bab 26 ☕❤️

471 24 1
                                    

MEREKA berdua masuk ke dalam kafe itu dan terus mengambil tempat. Syanina terasa semuanya bagai deja vu. Dia terbayang setiap kali dia datang ke kafe ini ada Daniel... Dariel! Ada Dariel yang akan melayannya.

Amyra memandang pelik Syanina yang hanya termenung itu. Dia menjeling Hakimi yang berdiri tegak di sisi mereka, mengambil pesanan. Hakimi turut memandang Syanina yang termenung.

"Sya?"

Pak!

"Aira syanina!" Amyra menepuk kuat meja membuatkan Syanina tersentak. Bukan Syanina sahaja, Hakimi turut terhinjut bahunya. Terkejut bila Amyra tiba-tiba tepuk meja. Lain kali bagi signal dulu! Nasib baik tak melatah!

"H-ha? Apa dia?" soal Syanina masih blur. Dia memandang Hakimi.

"Eh Kimi! Tak pula Sya! Maaf!"

"Tak apa. Sya nak minum apa?" soal Kimi lembut. Dia memandang Syanina yang masih blur.

"Err... S-Sya nak..."

"Saya tahu awak nak minum apa! Cutie unicorn latte kan? Kan! Kan! Hehe... Sekejap ya!"

"Sya nak... Espresso," ujar Syanina lemah. Amyra tersentak. Pelik tiba-tiba Syanina memesan cappuccino.  Bukan selalunya pesan latte?

"Okay! Itu je ya? Tadi Myra nak caramel macchiato kan?" soal Hakimi semula, ingin memastikannya. Amyra angguk kecil bersama senyuman. Caramel macchiato sentiasa di hati! Nanti kalau nak kahwin pun dia nak cari orang yang penggemar caramel macchiato! Eh tiber!

"Okay! Kau orang berdua tunggu sekejap ya?" Hakimi terus berlalu pergi ke mesin kopi. Syanina mengeluh.

"Kau bukan suka latte ke selama ni? Asal tiba-tiba order espresso?" soal Amyra terus. Pelik betul! Kenapa tiba-tiba minah ni berubah? Ada yang tak kena ni...

"Suka hati akulah! Kalau aku nak tukar cita rasa pun apa masalahnya? Aku dah bosanlah dengan latte..." ujar Syanina lemah. Haih! Dia benci flashback!

Amyra menongkat dagu dan mengetuk meja sambil menunggu pesanan tiba.

"Amyra."

"Hmm?"

"Apa perasaan kau... Bila orang yang kau percaya, yang rapat dengan kau... Tipu kau. Dia tak jujur dengan kau. Kau marah tak?" soal Syanina perlahan. Mata Amyra membulat. Dia menepuk meja sekali lagi membuatkan mereka menjadi pusat perhatian ramai.

Syanina terkejut, mengecil matanya memandang Amyra dihadapannya itu. Dia memandang orang-orang di situ dan tersenyum janggal. Dia pandang semula Amyra dengan wajah bengis.

Pak!

"Aduh! Sakitlah!" Amyra menggosok bahu yang baru menjadi tamparan Syanina. Sampai pula tangan minah ni!

"Kau ni! Malu la orang tengok! Cuba cover sikit!" ujar Syanina keras. Dia kawal nada suaranya dari meninggi.

Amyra sengih kambing. Dia toleh pada orang-orang yang sudah buat hal sendiri. Dia garu kepalanya yang berbalut tudung.

"Maaflah! Tak sengaja. Aku terkejut dengar soalan kau tadi! Uishh! Kalau ada orang menipu aku, memang aku rembat orang tu! Ajar sikit! Berani-berani dia nak menipu orang! Kalau lelaki and handsome macam Jungkook... Boleh dipertimbangkan!" Amyra sengih setelah itu. Syanina julingkan mata ke atas. Tak habis-habis dengan Jungkook dia tu!

"Kalau dia bakal suami kau? Kau maafkan?"

"Entahlah... Depends on salah dialah. Kalau dia menipu perkara yang berat mungkin tak. Tapi yang pasti aku akan slow talk dengan dia. Aku nak tahu tujuan dia menipu. Kalau dia menipu tu bersebab... And sebab dia tu untuk kebaikan aku. Aku akan maafkan dia," ujar Amyra tenang. Kalut-kalut gadis ini pun, dia tetap tenang. Dia tidak bertindak mengikut emosi. Berbeza seperti Syanina yang main bantai je!

"Hm."

"Kenapa? Ada orang menipu kau ke?" Amyra menyoal dengan hati-hati. Syanina hanya mengeluh.

"Tak ada lah. Aku saja tanya! Kau... Tak nak ganti tempat aku?"

"Ganti tempat kau?" Dahi Amyra berkerut. Ganti apa ni?

"Kau ganti tempat aku masa majlis tunang tu nan-"

"Oi! Kau nak mati? Aku setia dengan Jungkook!" Amyra menjeling tajam Syanina. Gila apa? Mahu kena balun dengan Dato' Ilham nanti!

Syanina menjulingkan matanya ke atas. Jungkook! Jungkook! Apa yang bagus sangat tak tahulah!

"Ala... Aku cakap sajalah! Aku cuma tak nak kahwin dengan dia tu!"

"Habis kau nak kahwin dengan siapa?  Kau tahu tak kau tu lembab? Kalau bukan papa kau yang arrange semua tu, aku tak tahulah bila kau ni nak kahwin! Jodoh kau tu sesat dekat mana entah!"

"Ala! Who knows jodoh aku akan sampai dalam masa satu saat...?"

Satu saat kemudian...

"Sya."

Gulp! Syanina telan air liur mendengar suara garau itu. Lambat-lambat Syanina dan Amyra menoleh ke punca suara itu. Dua gadis itu tergamam melihat sosok itu.

"J-jodoh kau sampai dalam masa satu saat Sya!" ujar Amyra gagap. Dia sendiri terkedu. Bila sedar dengan wajah itu, mata Amyra membulat tidak percaya. Mulutnya yang terbuka luas di tutup dengan tangan.

What the freak?!

He?!























Kenapa chap ni pendek?
Sebab boleh dekk.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now