Bab 20 ☕❤️

518 32 2
                                    

SEDAR tak sedar sudah dua minggu berlalu setelah peristiwa mereka keluar bersama. Lama sudah Syanina tidak berkunjung ke AY's Cafe dan lama jugalah dia tidak bertemu dengan mamat barista itu. Agak-agak apalah khabar jejaka itu ya?

Syanina terasa tekaknya kering, dia pandang botol air di atas meja soleknya. Sudah kosong. Syanina mengeluh kecil. Masa inilah air dia nak habis!

Syanina bangkit dari katil dan berjalan ke meja solek. Botolnya dicapai dan dibawa keluar sama.

Syanina menuju ke dapur namun baru sahaja dia sampai ke anak tangga terakhir, matanya terpandang sosok-sosok yang berada di ruang tamu.

Sedang dia memandang sosok yang tidak pernah dia lihat matanya berlaga dengan papa.

Syanina melihat papanya sedang bercakap dengan tetamu sebelum berjalan ke arahnya.

"Kenapa Sya tak siap-siap lagi? Bakal mertua datang tu pakailah sopan-sopan sikit. Pergi pakai baju kurung lepas itu turun semula." Kata-kata Dato' Ilham membuatkan Syanina berkerut dahi. Botol di tangan di pegang erat. Sedang menahan amarah.

"Papa memang tetap dengan keputusan papa kan?" soal Syanina perlahan tetapi dengan nada keras. Muka sudah berkerut tidak puas hati.

"Yes! You want to disobey me? Go ahead! Tapi jangan harap Sya boleh duduk dalam rumah ini lagi. Pergilah cari perempuan yang entah mati atau hidup lagi tu."

Syanina mendengus geram. Dato' Ilham tetap dengan egonya!

"I hate you Dato' Ilham!" Syanina berpaling tubuh dan menapak kasar ke biliknya semula. Hilang rasa hausnya.

Nak tak nak dia tetap akur dengan perintah Dato' Ilham. Baju kurung berwarna biru laut dipakai. Rambutnya biar dibebaskan, tidak berikat. Mati akal nak buat gaya apa rambutnya ini. Nak buat gaya braid macam tak lepas sahaja. Rambut dia tidak terlalu panjang tidak terlalu pendek. Ah! Biarlah! Malas mahu bergaya apa semua.

Syanina terus menapak ke ruang tamu. Wajah yang tadinya masam cuba dineuturalkan apabila 'bakal mertuanya' itu memandangnya.

"Assalamualaikum, aunty, uncle." Syanina menyalam tangan Tengku Danissa Asyikin dan memberikan senyuman pada Tengku Afham. Setelah itu dia berjalan ke sofa berangkai tiga. Hanya dia seorang sahaja duduk di situ.

"Inilah anak dara kau itu ya, Adi? Cantik! Manis sahaja wajahnya." Tengku Afham bersuara. Wajah gadis ini tidak saling tumpah seperti mamanya.

"Ha inilah Aira syanina. Tengoklah papa dia siapa kan?" gurau Dato' Ilham dan tergelak kecil. Tengku Afham dan Tengku Danissa Asyikin turut gelak sama sedangkan Syanina hanya tersenyum.

Entah apa yang lawak pun dia tidak tahu. Lagi satu... Sejak bila ya papa reti bergurau? Selalunya serius sahaja dengannya. Bila dengan kawan... Reti pula senyum, bergurau semua itu. Syanina berdecit.

"Aira..."

"Sya! Panggil saya, Sya aunty." Syanina memotong kata Tengku Danissa Asyikin.

"Oh Sya... Maaf ya. Hmm Sya setuju ke untuk disatukan dengan anak aunty? Dariel amsyar?"

Soalan Tengku Danissa Asyikin membuatkan Syanina terkedu. Mulut ingin mengatakan tidak tetapi apabila matanya berlanggar dengan mata papanya. Syanina jadi gerun. Dia tarik nafas panjang dan menghembusnya. Syanina tarik senyum.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now