Bab 14 ☕❤️

472 28 0
                                    

SYANINA renung tajam wajah Amyra tika ini. Dari tadi dia hanya serius. Tiada tanda-tanda ingin gelak tawa. Amyra sudah kecut perut dengan Aira syanina versi ini.

"Kau tak ada nak cakap apa-apa dengan aku? Baik kau cakap sebelum aku dengar benda tu dari mulut orang lain. Naya kau Myra nanti," ugut Syanina halus. Setelah mendengar percakapan Amyra dan Fariez tadi, dia tahu Amyra menyimpan rahsia yang amat besar.

Amyra telan air liur. Tali beg tangan diramas kuat.

"A-aku... Aku..." Takut hendak menceritakan perkara yang sebenar. Dia takut Syanina tidak dapat terima dia sebagai sahabat lagi selepas ini!

"Hai awak!" Amyra hela nafas lega. Syukur mamat barista ini jadi penyelamat dia!

Syanina jadi hilang fokus dengan topik tadi. Dia toleh ke arah Dariel yang baru menghampiri mereka.

"Hai." Syanina balas sapaan itu mahu tak mahu sahaja. Tiada mood!

"Ini..."

"Amyra. Kawan Sya." Amyra senyum tipis. Melihat Dariel yang terkebil-kebil melihatnya Amyra jadi geli hati. Hilang sudah takutnya. Dia harap dengan kemunculan Dariel, Syanina dapat lupakan semuanya.

"Oh. Hai." Dariel lambai tangannya sekadar buat syarat pengenalan. Tolonglah... Dia tidak suka jadi ramah begini!

"Awak tak order air lagi ke?" soal Dariel apabila melihat meja gadis itu kosong. Hanya ada beg tangan dan spek mata hitam. Dariel jongketkan sebelah kening.

"Belum. Saya tak rasa nak minum sekarang ni. Rasa nak baham orang ada lah," ujar Syanina tenang. Gadis itu ukir senyum manis dan menjeling Amyra yang sudah pucat wajahnya.

Dariel sendiri agak terkejut mendengar itu. Dia pandang Amyra sekilas sebelum mata seratus peratus fokus pada Syanina.

"Emm... Saya rasa saya tahu apa yang boleh redakan marah awak tu. Sekejap ya!" Dariel lesap dalam beberapa saat. Amyra gigit bibir apabila Dariel sudah tiada bersama mereka. Ha! Jangan tinggalkan aku woii! Kang Sya baham aku betul-betul nanti!

Kira-kira sepuluh minit Dariel hilang, dia kembali lagi dengan satu cawan putih di tangan. Cawan itu diletakkan di hadapan Syanina.

"Cutie unicorn latte by a handsome barista!" Dariel senyum bangga. Dia tahu latte dia tiada tandingan. Air yang dibancuh olehnya sudah menjadi kegemaran Syanina.

Syanina pandang latte di hadapannya. Okay lah... Terubat lah sikit marah dia bila tengok unicorn comel di atas latte itu. Dia tidak boleh nafikan hasil seni Dariel sangat cantik.

"Hm. Terima kasih." Syanina capai cawan comel dihadapannya dan disisip sedikit lattenya. Hm, sedap!

"Kasih diterima." Dariel senyum ringkas. Apabila melihat mata Syanina yang terkedu melihatnya, dia jadi turut terkedu. Dia ke yang cakap tadi?

"Err... Saya buat kerja dulu? Bye!" Dariel terus berlari masuk ke dalam dapur yang hanya staf sahaja boleh masuk.












DARIEL memandang kosong Asyraf yang sedang tercungap-cungap. Lelaki itu baru tiba di restoran. Entah apa yang penting sangat dia pun tak tahulah.

"Wehhhh!! Berita hot! Berita hot! Kau konpem terkejut kalau aku beritahu kau!" ujar Asyraf masih tercungap-cungap. Dia lap peluh di dahi sebelum mencuri air Dariel dan meminumnya rakus.

Dariel sepetkan matanya melihat Asyraf yang sedap minum airnya. Cis! Dah kena order air baru.

Dariel silangkan tangan di dada. Sebelah kening dijongketkan. Tertarik dengan 'berita hot' yang dikatakan oleh Asyraf.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant