Bab 15 ☕❤️

499 26 0
                                    

SYANINA mengucap panjang apabila tiba-tiba ada seseorang duduk dihadapannya. Haih! Tak boleh bagi salam ke? Orang tengah bersantai ni... Baru nak berangan kahwin dengan anak raja.

"Islam kan? Tak reti nak bagi salam ke?" perli Syanina selamba. Peduli apa mamat ni nak terasa ke apa.

"Maaf. Assalamualaikum awak..."

"Waalaikummusalam. Hm. Nak apa?" Syanina pandang sekilas Dariel sebelum menyisip latte nya. Cawan diletakkan kembali atas piring. Dia pandang Dariel dan jongketkan sebelah keningnya.

Mamat ni tak ada kerja ke? Sesuka hati je lepak sini. Syanina mula bersangka buruk.

"Saja. Saya tengok awak seorang-seorang jadi saya teman lah awak. Kenapa? Awak tak sudi?"

"Awak tak ada kerja?" Syanina menyoal kembali tanpa membahas tentang topik yang dikatakan Dariel. Tertanya! Boleh ke pekerja sesuka hati berbual dengan pelanggan? Sangat tidak logik!

"Err... Sekarang... R-rehat! Ha rehat. So saya free." Dariel sengih sambil garu belakang kepalanya. Hampir kantoi!

"Oh! Kenapa tak pergi makan? Tak lapar ke?"

"Awak ni... Bunyi macam tak nak saya ada dekat sini je... Awak tak suka eh saya nak berkawan dengan awak? Yalah... Awak anak dato', saya ni... Orang biasa je." Dariel buat riak wajah sedih. Saja mahu minta simpati dan dalam pada masa yang sama mahu menguji gadis ini. Adakah gadis ini memandang darjat untuk berkawan dengan seseorang?

"Ish! Bukan macam itulah! Sensitif lah orang lelaki ni... Saya tak kisah pun awak ni siapa, kerja apa... Saya cuma tak nak digunakan lagi. Once is enough Daniel."

"Err... Awak jangan risau! Saya ni baik orangnya... Tengok muka pun dah tahu kan?" Dariel sengih malu. Jarang dia masuk bakul angkat sendiri ni!

"Ya? Okay... Kalau saya tahu awak ada menipu saya... Tak kisah lah bila-bila pun. Saya tak akan maafkan awak! Kita putus kawan terus tau!" Syanina sepetkan mata sambil buat wajah bengis. Dia sudah beri amaran awal-awal... Harap jejaka ini makanlah kata-katanya!

Dariel telan air liur. Syanina memang sangat mengerikan sekarang ini. Takut pula dia!

"M-mana mungkin saya nak tipu. Selain baik saya orang yang jujur. Err... Awak sihat?"

"Terlebih sihat! Oh ya... Saya dengar dengar cafe ni nak launch makanan baru. Apa dia?"

Semasa bermain telefon tadi ada lah juga dia tengok Instagram AY's Cafe. Katanya ada pencuci mulut yang bakal dijual di sini. Teruja dia ingin tahu!

"Rahsia... Mana boleh bagitahu! Nanti awak tahulah sendiri. Jangan lupa tau! Lusa ni nak launch makanan baru. Saya jamin awak suka." Dariel senyum ringkas. Rasa cam tiber pulak promote makanan kafe ni. Ah! Lantaklah!

"Hmm... Yelah. Kalau tak sedap... Saya tak datang sini lagi tau. Saya pergi kafe lain," kata Syanina dengan selambanya. Rambutnya dikibas kebelakang.

"Eh tak akan punya! Hati awak kan dah terikat dekat sini. Mana boleh pergi tempat lain dah..."

"Hmmm saya syak lah kan... Awak ni mesti playboy kan dekat sekolah dulu. Pandai betul bagi ayat-ayat manis! Sorry lah... Saya tak akan cair dengan ayat-ayat awak tu." Wajah Syanina penuh angkuh. Dariel hanya mampu senyum.

Ouch! Aira syanina jarang tak pedas mulut dia!

"Saya tak berharap pun awak akan cair dengan ayat-ayat saya. Oh ya! Semalam tu... Kawan awak ya? Jarang nampak dia dengan awak. Dia kerja ke?" Dariel ubah topik perbualan apabila sudah mula tak selesa dengan topik sebelum ini.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now