Bab 4 ☕❤️

598 41 1
                                    

SYANINA tenang berada di tepi kolam renang. Dia menyinsingkan seluarnya hingga paras lutut dan direndamkan kaki di dalam kolam renang. Dia angkat kepala merenung langit yang cerah.

"Kalaulah mama ada sekarang kan... Tak adalah Sya kena macam ni. Kalau mama ada... Mesti mama bela Sya kan? Pertahankan Sya," gumam Syanina. Dia pejam mata mengimbau kenangan lalu.

Bibir ukir senyum palsu. Dulu memang dia tidak berapa bahagia apabila hari-hari perlu menghadap ibu bapanya yang sering bertengkar mulut. Tapi sekarang? Setelah ibu bapanya bercerai... Dia jadi semakin sedih.

Setiap malam yang dia berdoa agar ibu bapanya dapat menemui sinar bahagia tidak terkabul. Mereka memilih untuk berpisah kerana tidak lagi sehaluan.

Itu juga adalah salah satu punca Syanina takut mahu berumah tangga. Risau kalau dia dan bakal suaminya itu juga tidak sehaluan dan mungkin suatu hari nanti mereka akan memilih jalan perpisahan. Cerai. Perkara yang paling dia takut di dalam dunia.

"Sya rindu mama... Bila mama nak balik?" gumam Syanina lagi. Perasaan rindu sudah membuak-buak dalam diri. Hampir sepuluh tahun tidak bertemu dengan sang ibu. Kali terakhir ialah sewaktu penceraian kedua ibu bapanya.

Syanina mengeluh kecil. Tidak guna ingatkan perkara itu. Semuanya sudah berlalu. Daripada dia berterusan sedih baik dia ceriakan semula dengan caranya sendiri!

AY's Cafe!

Syanina angkat kaki dari kolam renang dan masuk ke dalam rumah banglo milik ayahnya. Dia melangkah ke bilik sebelum langkah terhenti apabila terpandang satu lukisan yang berada di dinding biliknya.

Bibir ukir senyum tipis. Lukisan yang mama lukis dan dihadiahkan padanya sewaktu hari lahirnya ke sebelas.









DARIEL duduk diam di kerusi empuk itu menunggu pemilik AY's Cafe masuk ke dalam bilik itu.

Semalam dia sudah fikir masak-masak. Dia mahu bekerja di sini buat sementara waktu. Pagi semalam setelah melihat sosok bakal isterinya yang bernama Aira syanina itu dia bertanya pada salah seorang pekerja di kafe ini.

Dariel memanggil salah satu staf di kafe itu sambil menunggu airnya siap. Staf yang terasa dipanggil mendekati Dariel.

"Yes sir?"

"Dia tu... Selalu ke datang sini?" tanya Dariel sambil mendongakkan sekali kepala ke arah Syanina yang sedang membelakangi mereka.

"Oh akak tu... Ha ah! Dia memang dah jadi customer tetap dekat sini! Kenapa bang?" tanya staf lelaki itu. Dariel angguk kecil sebelum geleng kepala.

"Saja tanya. Terima kasih."

Dariel tersenyum sinis. Tidak sabar dia mahu mulakan misinya untuk bakal isteri dia itu. Mampukah gadis itu memenuhi kriteria yang dia cari?

"Maaf Encik Dariel! Saya terlambat!" Satu suara membuat Dariel berdehem. Langsung dia tidak menoleh ke gerangan itu sehinggalah gerangan itu berjalan mendekatinya dan duduk di hadapannya.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke Encik Dariel?" tanya Encik Khalif lembut. Dia kenal Dariel. Dariel adalah salah satu pelabur kafe ini.

"Aku nak kerja di sini."

"Hah? Encik Dariel biar betul!"

"Kau ada nampak macam aku ni main-main ke?" tanya Dariel sinis. Mukanya datar langsung tiada mimik sedang bergurau.

"Tapi kenapa? Bukankah Encik Dariel dah ada syarikat sendiri? Syarikat Encik Dariel lebih beri banyak untung pada Encik Dariel berbanding kafe ni," ujar Encik Khalif takut-takut.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now