Bab 6 ☕❤️

596 34 0
                                    

SYANINA ketuk kuat stereng kereta menggunakan tangan. Malu mula menguasai diri. Syanina pegang pula kedua-dua pipinya. Panas!

"Ya Allah Sya! Yang kau mulut becok sangat pergi puji air dia buat tu dah kenapa?!" marah Syanina pada diri sendiri. Dia raup rambutnya ke belakang. Ish!

"Lepas ni confirm! Makin poyolah mamat barista tu dengan kau!" sambung Syanina. Dia bersandar pada tempat duduknya.

Syanina pandang cermin kereta melihat pantulannya. Mamat barista itu sudah hilang. Syanina hela nafas lega.

Ringgg!

Telefon yang berbunyu menyentakkan Syanina. Pantas dia menyeluk beg tangannya sebelum menjawab panggilan itu.

"Hm Myra."

"Uittt... Lama dah kau tak datang butik aku. Busy ke?" soal Myra selamba. Sambil itu dia mengira stok-stok baju yang baru sampai.

"Busy mendenya... Hmm aku sebenarnya memang dah plan nak datang butik kau ni. Ada banyak story aku nak bagitahu kau! Dalam dua pilih minit aku sampai okeh!" Syanina terus matikan panggilan. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia memandu laju keluar dari kawasan itu dan menuju ke butik Amyra.

Sampai sahaja di hadapan butik Amyra, Syanina berdesup lari masuk ke dalam butik itu. Dia berlari ke arah Amyra yang sedang bersantai di sofa.

"Woi! Woi! Jangan lari-lari boleh tak? Kang runtuh butik aku ni!" Amyra geleng kepala. Sudahlah dia baru habis kira stok baju, ini datang pula Syanina yang seperti dikejar pencuri.

"Kau nak cakap aku gemuk ke mak cik?" soal Syanina dingin. Matanya menjadi sepet memandang Amyra yang masih selamba.

"Aku tak cakap. Kau yang cakap eh!"

Syanina berdecit. Mana ada dia gemuk! Body dia maintain okay walaupun hari-hari teguk air latte, dia juga tak jarang bersenam!

"Ha tadi cakap ada story yang nak di spill.... Cite ah!" Amyra mula teruja apabila teringat tujuan sahabatnya datang ke sini. Syanina menjulingkan matanya ke atas.

"Tak ada apa yang best sangat pun... Cuma..."

"Oh! Kau dah tangkap cintan dengan mamat barista dekat kafe tu eh!" potong Amyra. Matanya memandang sekilas skrin telefon yang menunjukkan story instagram Syanina, tengahari tadi.

Terkelip-kelip mata Syanina mendengar ungkapan sahabatnya. Mata menjeling telefon yang berada di tangan Amyra.

"Cutie unicorn latte made by someone cutest ! Siap ada emoji love lagi!" usik Amyra. Dia jeling Syanina, nakal.

"Ish! Bencilah cakap dengan kau ni!" Syanina memeluk tubuh. Bibir sudah mancung sedikit menunjukkan, protes.

"HAHAHA! Weh! Serius ah? Ni mamat barista mana pula kau terjatuh cinta ni? Cakap dah tak nak suka lelaki dah! Yalah lepas dah kena main kayu tiga, dah serik katanya!" perli Amyra terang-terangan. Dia menutup telefonnya dan diletakkan di atas meja. Dia pandang Syanina dan menjongketkan sebelah keningnya.

"Kau ni... Aku cakap dia comel pun dah dikira suka ke? Lagipun... Tak salah kalau aku buka hati aku kan?" ujar Syanina perlahan. Mungkin buka hati pada orang lain ya! Tetapi tidak pada lelaki lain yang memiliki segala-galanya!

Tahu sangat! Lelaki seperti itu memang tak cukup satu! Bak kata orang, perempuan di uji apabila lelaki itu tiada apa-apa sedangkan lelaki diuji apabila memiliki segala-galanya.

"Memang tak salah... Aku pun tak kisah kalau kau buka hati kau untuk orang lain. Tapi... Macam mana dengan lelaki yang bapa kau nak jodohkan tu? Dan ya! Mamat barista tu! Dia suka kau ke?" Amyra pasang perangkap. Syanina berdecit kasar.

"Aduh aku serabutlah Myra fikirkan semua ni! Rasa nak pecah otak ni!" lirih Syanina lemah. Dia sandar tubuh pada sofa. Wajah sudah berkerut habis.

Amyra hanya mampu senyum tipis. Tidak tahu bagaimana cara mahu membantu sahabatnya yang seorang ini.

"Sabarlah Sya, mungkin ini ujian untuk kau," ujar Amyra lembut. Syanina ukir senyum perit.

Sabar?

Huh! Tengoklah sampai mana tahap kesabaran dia ini!















DARIEL rebahkan tubuh ke atas sofa. Rasa penat menguasai dirinya. Huh! Habis tenaga dia bekerja di kafe hari ini!

Kalau duduk di ofis tidak terlalu menggunakan tenaga melainkan menggunakan otak buat dia rasa nak pecah kepala ini! Fikirnya menjadi barista lebih mudah tetapi nyatanya tidak! Mahu melayan kerenah pelanggan itu semua tidak mudah!

Kadang-kadang dia pelik juga, kenapa dia buat semua tu? Padahal dia mahu jalankan misi mahu menguji gadis itu tetapi boleh pula terheret sekali membuat kerja-kerja di kafe itu.

Rasanya lepas ini dia mahu ambil shift tengahari sahaja memandangkan hanya waktu itu Syanina akan datang ke kafe. Pandai-pandailah dia berunding dengan Encik Khalif tu nanti. Asalkan dia tidak perlu habiskan tenaga semata-mata mahu layan kerenah orang.

Buat sakit hati je!

Bayangkan seorang CEO pada satu syarikat besar di Malaysia ini di ceramah oleh orang awam kerana menghantar pesanan yang salah di kafe petang tadi. Jatuh maruah dia kalau tahu dek Asyraf!

Dariel memegang sekejap leher yang terasa lenguh. Dia berdecit kasar. Baru hari pertama dah macam ni! Bagaimana dia mahu lalui semua ini dalam tiga bulan?

Naya!

Ting!

Dariel buka mata memandang telefon yang berada di meja dihadapannya. Telefonnya dicapai sebelum membaca isi pesanan dari mummy nya.

'Esok dinner di rumah mummy ya, Am? Mummy masak lauk favourite Am nanti!'

Dariel tidak beriak apa-apa. Makan malam di rumah orang tuanya? Huh! Nanti adalah yang mahu dibincangkan tentang perkahwinan itu.

Mahu saja Dariel menolaknya tetapi dia tidak mahu buat hati sang ibu kecewa. Lagipun sudah dekat seminggu dia tak jenguk mummy nya. Hari terakhir ialah sewaktu ibu dan bapanya bercakap tentang perjodohan itu.

Nak tak nak Dariel membalas pesanan mummy nya, bersetuju untuk makan malam di rumah esok. Setelah itu telefon di lempar ke sebelah sebelum dia terlelap.
















SYANINA berada di dalam dunia sendiri. Laptop sahaja menyala tetapi fikiran sudah melayang ke lain.

"Daniel."

Bibir automatik senyum teringat akan wajah barista itu. Ada juga ya barista handsome selain Hakimi.

"Eh! Gila kau Sya! Takkanlah kau suka mamat barista tu kut!" Syanina tiba-tiba memarahi diri sendiri. Dia geleng kepala laju menafikan kata hatinya.

Dia pandang laptop nya yang menyala dari tadi. Video kdrama yang sedang dipasangkan dia menontonnya sambil baring meniarap. Kaki dinaikkan ke atas supaya lebih selesa.

Ting!

Syanina menjulingkan matanya ke atas. Orang baru nak syok layan kdrama ada pula yang mengacau! Dia pandang telefonnya yang berada di sebelah laptop. Telefon dicapai malas.

Dahi Syanina berkerut melihat Whatsapp yang tiada nama. Isi Whatsapp itu dibaca dengan malas.

'Sya, can we meet?'

Siapa pula ni? Jari Syanina laju membalasnya.

'May I know, who is this?'

Ting!

Sekejap sahaja Syanina menerima kembali notifikasi dari nombor yang tidak dikenali itu.

'Look like you already delete my number, hmm Aira?'

Syanina ketap kuat rahangnya. Tahu benar siapakah gerangan itu. Siapa lagi kalau bukan Fariez aiman? Cis! Hidup lagi rupanya mamat ni!

Syanina teruk memblok nombor itu. Telefon diletak kasar di sebelah laptop. Dia mendengus geram. Apa pula mamat sengal itu mahu darinya? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba muncul. Buat sakit hati je!

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now