Bab 9 ☕❤️

466 27 0
                                    

SYANINA berjalan memusing satu Gallery itu melihat lukisan-lukisan yang indah terpapar di dinding. Ada sesekali dia berhenti merenung lukisan yang menarik perhatiannya.

Sudah dekat satu jam dia berada di situ. Amyra pun sudah lesap entah ke mana. Beli air agaknya. Syanina tidak peduli akan itu malah dia terus lanjutkan aktiviti melihat lukisan-lukisan di situ.

Sangat cantik. Kebanyakan lukisan di situ nama pelukisnya ialah Am. Am. Syanina benar-benar yakin ianya orang yang sama. Pelukis lukisan di sini dan seseorang yang memberinya tisu dengan ayat yang menenangkannya ialah orang yang sama.

Mula-mula tak terfikir langsung dia tentang itu tetapi setelah diingat kembali. Dia seratus peratus yakin. Melihat dari hasil lukisan orang itu Syanina dapat rasakan orangnya ialah baik perwatakannya. Agak-agak lelaki ke perempuan ya? Yalah mana tahu Am itu nama singkatan seseorang itu? Entah-entah namanya Amalina? Ammara? Tak pun... Amyra? Haha! Amyra itu kelihatan mustahil.

Amyra hanya reti mereka baju-baju pengantin dan sebagainya. Amyra kurang mahir melukis menggunakan cat air.

Sedang dia termenung itu kaki terhenti dihadapan satu lukisan yang agak besar saiznya berbanding lukisan lain. Syanina terkaku. Gambar itu...

Gambar dia?

Wajah gadis di lukisan itu persis Syanina.

Mata jatuh pada bawah kanan lukisan itu. Am. Ukiran tulisan bernama Am dengan warna emas menyapa di mata. Siapa Am ini?

Setelah hampir setahun dia datang ke D.A Gallery ini baru pertama kali dia melihat lukisan ini. Mungkin pekerja di sini baru meletaknya?

Mata Syanina bergerak ke bawah lukisan.

-Sweetheart is her.
-Artist: Am.

Bibir ukir senyum secara tiba-tiba. Cepat senyuman itu terukir cepat lagi senyuman itu hilang. Sekejap!

Dia telah diperhatikan seseorang ke selama ini?

Diri mula disaluti rasa takut dan gusar. Dia pandang sekeliling Gallery itu. Air liur ditelan, pahit! Syanina pegang erat tali beg tangan sebelum berlalu pergi. Gila!

Pelukis ini stalk dia?!

Sampai ke luar Gallery tubuh tiba-tiba berlaga dengan tubuh seseorang. Syanina terundur kebelakang sama seperti gadis itu.

"Eh! Ya Allah! Kau ni Sya! Terkejut aku! Kau ni pahal? Dah macam kena kejar hantu," ujar Amyra sambil gelengkan kepala. Nasib baik air dia tidak tumpah tadi. Kalau tak mahu kena jadi cleaner dia depan Gallery ni! Habis jatuh maruah dia!

"Eh ini lebih teruk dari hantu tahu tak!" Syanina tinggikan suara tanpa sengaja. Turun naik dadanya tika ini. Otak masih segar lukisan wajahnya di dalam Gallery itu.

Amyra berkerut dahi sebelum menyedut Caramel frappuccino yang baru di beli di Starbucks. Dia jauhkan bibir dari straw. Kepala di dongakkan sekali.

"Sini." Amyra diheret masuk ke dalam D.A Gallery itu semula. Dia mula berjalan laju ke tempat lukisannya.

Sampai di hadapan lukisan itu, Syanina lepaskan tangan Amyra. Dia dongakkan kepalanya sekali pada lukisan itu.

Mulut Amyra ternganga luas melihat wajah siapa yang sempurna terukir di frame itu. Cawan Caramel frappuccino jatuh ke sisi. Sah! Dia kenal sungguh dengan wajah ini! Wajah di lukisan ini persis dengan wajah manusia yang berada di sebelahnya. Aira syanina!

"Weh! Sejak bila kau jadi model lukisan, pelukis kegemaran kau ni?" tanya Amyra tidak percaya. Amyra turut kenal siapa Am. Bukan sebab tisu yang Am berikan pada Syanina tetapi Am ialah pelukis yang digemari Syanina!

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now