Bab 11 ☕❤️

479 30 1
                                    

SYANINA pulang dengan wajah yang bercahaya. Langkah diatur ke bilik. Pintu ditutup dengan sopan sebelum dia melemparkan beg tangan dan dirinya sendiri ke katil. Bibir masih senyum.

"Friends!"

Pantung pandanya diambil dan ditutup wajahnya. Dia menjerit suka. Tidak pernah-pernah lagi dia rasa bahagia seperti ini. Walaupun sekadar kawan, dia tetap bahagia. Ada lagi yang sudi mahu berkawan dengannya selain Amyra.

Syanina alihkan patung pandanya dan menatap siling putih di biliknya. Wajah jejaka itu terbayang-bayang di benak fikirannya.

Manis. Sejuk hati dia memandang wajah jejaka itu. Walaupun mula mula jejaka itu agak poyo baginya tetapi kini tidak lagi. Dia sudah melihat sisi lain jejaka itu. Sisi prihatinnya.

"T-tapi... Kalau dia tahu mak bapak aku dah bercerai... Nak ke dia kawan dengan aku?" Tiba-tiba soalan itu keluar dari mulut Syanina sendiri. Tahu semua itu tiada kaitan tetapi ianya tetap membimbangkan Syanina!

Broken family. Ada ke orang yang sudi nak berkawan dengan orang yang mempunyai konflik keluarga?

Syanina mula takut pula. Cepat sahaja perasaan bahagia menjauhi diri. Dia takut! Dia malu jikalau Daniel akan judge kisah hidupnya.

Overthinking!

"Mama... Kenapalah mama pergi tinggalkan Sya? Tengok sekarang. Sya yang hadap semuanya. Sya takut. Sya takut orang tak boleh terima kisah silam Sya," lirih Syanina perlahan. Dia pejam mata dan sejurus itu air jernih mula mengalir keluar.

Cepat perasaan bahagia itu datang cepat lagi perasaan bahagia itu hilang dan digantikan dengan perasaan gusar dan takut.

Ting!

Syanina tersentak. Dia menyeka air matanya sebelum bangun dari baring. Beg tangan dicapai dan diambil telefon yang berada di dalamnya.

Dahi berkerut melihat Whatsapp dari nombor yang tidak dikenali. Takkan Fariez lagi kut? Tak serik-serik betul mamat sengal ni!

Tapi apabila melihat isi Whatsapp yang dihantarkan dari nombor tak dikenali itu buat Syanina berubah hati.

'Assalamualaikum.'

Dia bagi salam. Jadi memang mustahil orang ini adalah Fariez, heh! Nak tak nak Syanina balas jua salam itu.

Send!

Dalam beberapa saat Syanina melihat nombor tidak dikenali itu sedang menaip. Syanina setia menunggu.

'Saya mengganggu awak ke?'

Ye! Sangat mengganggu! Aku tengah feeling feeling sedih terpaling broken home, kau hancurkan!

Jari dilarikan ke papan kekunci, menaip sesuatu. Mahu membalas.

'Siapa ni?'

Soalan orang itu dibalas dengan soalan. Syanina mengesot kebelakang sedikit untuk bersandar ke kepala katil sambil menunggu balasan dari nombor tak dikenali itu.

'Tekalah siapa... Hehe 😏'

Eh! Eh! Dia main emoji tu pulak! Syanina tarik sengih sinis. Dia menaip kembali mahu membalas. Huh! Ada bagus juga orang ni Whatsapp dia, hilang segala sedih. Tapi tulah.... Berganti dengan perasaan menyampah pulak! Ceh! Kejap lagi tak tahulah perasaan apa pula muncul!

'Tell me or I'll block you 😏'

Send!

Ha! Hamek! Aku hantar balik emoji tu! Jangan memain dengan Aira Syanina Dato' Ilham ya!

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now