Bab 12 ☕❤️

450 27 0
                                    

SYANINA habiskan waktu paginya di kafe ini. Sudah mahu petang tetapi Syanina langsung tiada rasa ingin pulang. Hari ini hari minggu, papanya pasti berada di rumah jadi kalau boleh dia tidak mahu pulang rumah hari ini.

Teringat akan kejadian malam semalam hatinya sakit. Buat pertama kalinya papa naik tangan padanya. Sebelum ini sewaktu dia kanak-kanak hanya setakat hanger baju, itupun kerana kenakalannya. Tapi apabila sudah besar ini... Tangan papa pula hinggap di pipi.

Syanina mengeluh berat sambil merenung latte yang tinggal separuh.

"Panjangnya keluh itu," tegur satu suara garau. Syanina angkat kepala memandang gerangan itu. Daniel!

"Daniel." Dariel senyum tipis apabila nama samarannya keluar dari mulut gadis itu. Dia labuhkan punggung di hadapan Syanina.

Dari dia masuk kerja lagi dia perasan akan wajah muram gadis itu. Haih... Jatuh kesian melihat gadis itu. Setiap hari ada sahaja masalah.

"Ada apa-apa yang awak nak cerita dekat saya? Cakaplah. Saya sedia mendengar," ujar Dariel lembut. Tak pernah lagi dia berlembut dengan orang untuk sekian lamanya.

"A-awak buat apa dekat sini?" Soalan dibalas soalan.

"Lahh... Kan saya kerja di sini? Lupa ke miss latte?" Suara Dariel meleret. Perli. Syanina geleng kepala. Dariel salah faham dengan soalannya.

"Maksud saya kenapa awak dekat depan saya ni? Awak tak ada kerja? Nanti staf lain tengok, habis awak jadi bualan orang sebab ponteng kerja," jelas Syanina. Dariel tarik senyum sinis. Dalam hati gelak besar. Berani dia orang mengumpat aku?

"Ohh! Shift saya dah habis. Itu yang bawa beg sekali ni." Dariel tayang beg galas dibelakangnya. Setelah itu begnya dilucutkan dari belakang tubuh dan diletakkan di sebelahnya.

Syanina angguk faham. Tidak sedar pula beg itu ada di belakang Dariel tadi.

"Okay! Back to the main topic! Awak tak apa-apa ke? Tadi saya nampak awak macam sedih je. Tak nak share apa-apa dengan saya? Kita kan friends!" Syanina gigit bibir. Haish! Reti korek rahsia mamat barista ni!

Syanina spontan usap pipi yang masih rasa pijar. Melihat tindak tanduk gadis itu, Dariel memandang pipi Syanina.

Matanya menyepet sedikit memandang pipi gadis itu yang memerah. Tak sedar dia mengepal kuat tangannya.

"Kenapa pipi awak?" Soalan dari Dariel buat aktiviti Syanina terhenti. Dia tutup sedikit pipinya dengan rambut. Bibir ukir senyum.

"Tak ada apa-apa."

"Kawan tak menipu, Aira Syanina." Telan air liur. Syanina gerun dengan suara dingin itu. Hari ini dia nampak lagi sisi lain jejaka di hadapannya.

"Tell. Me."

Setitis air mata telah tumpah tanpa sedar. Dia renung latte yang masih sama seperti tadi. Tidak berani dia mahu memandang lelaki dihadapannya ini.

"Kenapa keluarga saya tak sama macam keluarga orang lain?" Lain pula yang keluar dari mulut Syanina. Dariel tergamam melihat air mata gadis itu.

"Anak-anak lain bahagia dengan ibu bapa mereka tapi tidak dengan saya. Saya rapuh, Daniel. Jiwa saya rapuh. I was only twelve years old that time. My parents got divorce before I take UPSR. Mereka tak sehaluan. Tell me how I want to be like others children? Happy. Cheerish. Enjoy with their childhood. Masa kecil saya tak sama dengan kanak-kanak lain. Kalau kanak-kanak lain bahagia tengok ibu bapa mereka bergurau sama dengan mereka but not with me. Saya tak dapat semua tu. Saya hanya dapat lihat mama menjadi mangsa pukul papa," luah Syanina dengan nada perlahan. Air mata berjurai keluar teringat akan kisah itu.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now