Bab 13 ☕❤️

431 28 0
                                    

TEPAT pukul dua belas malam, Syanina pulang ke rumah. Kalau ikutkan Dariel mahu menghantarnya terus ke rumah petang tadi tetapi Syanina tolak.

Terpaksalah Dariel menjadi driver Syanina sehingga lewat malam. Pusing satu KL melihat suasana.

Kaki yang ingin melangkah menaiki ke tangga terhenti mendengar satu suara garau.

"Aira Syanina." Syanina mati langkah. Dia menahan rasa apabila mendengar suara itu. Syanina diam di tempatnya.

"Dah lewat malam baru reti nak balik. Dah tak ingat jalan rumah ke?" perli suara itu. Syanina berdecit. Dia peluk tubuh, dia pandang papanya dari ekor mata.

"Sya balik lewat malam pun, apa masalah papa?" tanya Syanina selamba. Dia tersenyum sinis. Huh! Reti pula nak ambil tahu tentang semua itu. Ingatkan ambil berat tentang syarikat sahaja.

"Jangan biadap dengan papa, Sya. I'm still your father."

"Father? Huh! Bapa jenis apa yang tampar anak sendiri? Eh sudahlah. Papa buat jelah hal papa, urus je syarikat papa tu. Tak payah ambil tahu tentang Sya. Sya hidup ke mati ke papa tak ambil kisah kan?" Syanina dengan tenang mendaki tangga dan masuk ke dalam biliknya.

Dato' Ilham mendengus geram. Syanina tampaknya makin biadap dengannya. Memang patut anaknya itu dikahwinkan. Mahu lihat juga boleh ke anak gadisnya itu hidup tanpanya.

Syanina menghempas tubuh ke atas katil. Masam sahaja wajahnya. Hati menyumpah geram.

"Hish! Ada jelah benda yang papa buat menyakitkan hati aku! Ini belum termasuk lagi dia paksa aku kahwin! Like seriously?! I have my own life! I don't need someone to decide about what I'm going to do!" bebel Syanina sendiri. Dia ambil bantalnya dan diramas geram.

"Aku benci hidup aku!"



















SYANINA mengajak Amyra untuk berbelanja di mall hari ini. Mujur sahabatnya itu tidak membuka butik hari ini. Bolehlah dia mengajak sahabatnya jalan-jalan satu KL!

Kalau semalam dia dah buli Dariel untuk bawa dia pusing satu KL, hari ini dia buli Amyra pula! Mengajak gadis itu pusing satu mall dan menghabiskan duit!

"Kau ni... Jarang-jarang ajak aku shopping. Selalunya ajak aku lepak dekat kafe je. Ini apa kes? Kau gaduh dengan papa kau lagi?" Amyra jongketkan sebelah keningnya. Melihat reaksi Syanina ketika ini, Amyra pasti tekaannya tepat.

"Sebab apa pula kali ini? Haih... Kau orang anak beranak memang tak sah ya kalau bergaduh? Kau ni Sya... Janganlah keras kepala sangat."

"Kau nak salahkan aku? Heh! Kau tak lalui apa yang aku lalui! Apa perasaan kau bila ditampar bapa sendiri hah?" Syanina naik angin.

"Ya. Mungkin aku tak akan duduk di tempat kau. Aku kan tak ada ayah. Dan sebab tak ada ayah lah aku nasihatkan kau, Sya. Aku tak nak kau menyesal di kemudian hari," ujar Amyra lembut. Dia juga hilang kasih sayang ibu dan bapa sejak kecil. Tapi dia cuba kuatkan diri jua. Dia tahu apa yang berlaku ada hikmah. Sebagai manusia, kita tidak boleh mudah mengeluh.

"Kau ni Myra! Buat aku serba salah pula. Aku bukan nak cakap pasal kau. Aku tahu ayah kau dah tak ada. Mak kau pun." Syanina dikuasai rasa serba salah pula. Tak ada niat mahu ungkit kisah Amyra.

"Haihh dah lah dah lah! Aku datang sini bukan nak buat drama air mata tau!" Amyra menyeka air mata yang tiba-tiba menitis tadi. Syanina memuncungkan bibir sambil memeluk Amyra. Mereka berpelukan.

"Okay okay! Apa kata hari ini kita tak payah cakap pasal family ke apa. Kita just enjoy je okay?"

"Okay!" Mereka gelak seketika sebelum meneruskan jalan melihat barang-barang yang ingin mereka beli.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now