Bab 16 ☕❤️

468 25 0
                                    

SYANINA letakkan beg tangannya di atas meja solek. Tubuh dihempas ke atas katil. Huh! Separuh hari lepak dekat kafe tu!

Tok! Tok! Tok!

Syanina mendengus geram. Orang baru nak rehat-rehat ni ada je yang mengacau! Tak boleh biar dia hidup tenang langsung!

"Ya Mak Jah! Mak Jah nak apa?" soal Syanina tanpa bergerak seinci pun. Malas. Tahulah Mak Jah nak masuk sendiri.

"Sya... Papa ni."

Syanina menjulingkan matanya ke atas. Papa. Tak lain tak bukan pasti nak sakitkan hati dia! Kejap! Papa tak kerja ke hari ini?

"Papa nak apa? Sya nak tidur lah." Saja Syanina beri alasan kerana tidak mahu bersemuka dengan papanya. Nanti ada je perkara yang boleh buat gaduh!

"Turun bawah. Papa nak cakap sikit. Jangan lambat, papa tunggu," ujar Dato' Ilham disebalik pintu. Syanina mengeluh. Tak lain tak bukan pasti tentang kerja! Tak pun... Tentang perjodohan itu!

Syanina bangkit dari katil dan berjalan ke meja solek. Pengepit rambut berwarna hitam dicapai dan disepit rambutnya. Panas!

Selesai dengan itu Syanina melangkah malas keluar dari bilik. Dia menuruni anak tangga sambil cari kelibat papanya.

Mata tertangkap papanya sedang bersantai di sofa di ruang tamu. Tanpa berfikir apa Syanina mendekati orang tua itu.

"Apa dia?" tanya Syanina malas tanpa basa basi. Dato' Ilham toleh memandang anaknya yang baru tiba. Nampak sangat anaknya itu malas ingin melayannya.

"Duduk."

Syanina patuh. Dia duduk di sofa berangkai dua yang ada di hadapan papanya. Wajahnya jelas menunjukkan dia tiada minat langsung ingin berbual dengan papanya.

"Bulan depan Tengku Afham dan Tengku Danissa datang nak merisik Sya untuk anak tunggal dia orang. Papa nak Sya terima."

"What?! Pa are you insane?! Bulan depan? Cepatnya!"

"Baru merisik. Sebulan lepas dia orang datang merisik tu baru tunang. So papa harap Sya dah get ready," ujar Dato' Ilham tenang. Surat khabar yang berada di tangan di selak ke halaman sebelah pula. Walaupun dia tidak melihat wajah puterinya ketika ini dia tahu pasti wajah puterinya sudah merah akibat marah. Dia peduli apa? Syanina sendiri yang tidak mahu bekerja dengannya jadi gadis itu perlu berkahwin.

"Kenapa secepat itu pa? Itu mesti keputusan mamat gila tu kan! Dia yang nak cepatkan tarikh kan? Atau pun papa sendiri yang nak cepatkan? Tak sabar sangat ke nak Sya berambus dari sini? Kalau papa tak suka Sya duduk sini Sya boleh pergi lah! Sya nak cari mama! Sya nak duduk dengan mama. Sya benci papa." Muka bengis ditayang sebelum dia pergi dari situ. Tiada sebab lagi ingin duduk di sini. Apa? Tak akan nak bergelak tawa pula kan bila papanya buat keputusan sendiri tanpa berbincang dengannya.

"Sya... Bukan itu maksud papa."

Langkah Syanina ingin menaiki tangga terhenti. Dia ketap kuat rahangnya.

"Mama yang tinggalkan kita. Kenapa Sya nak terhegeh-hegeh cari dia? Dia tak sayangkan Sya. Kalau dia sayang Sya dia tak akan tinggalkan Sya. Tak akan tinggalkan kita."

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now