Bab 17 ☕❤️

440 24 0
                                    

"HOW? Dah hilang dah stress awak?" soal Dariel sambil memandang Syanina dari samping. Mereka santai berbaring di bonet kereta sambil memandang bintang.

"Hmm bolehlah," ujar buat-buat selamba, langsung tidak memandang Dariel. Dia masih tidak dapat lupakan apa yang terjadi di kafe tadi. Ah! Malunya!

"Bolehlah macam mana tu?"

"Entahlah awak... Saya masih terfikir pasal merisik tu. Saya takut. Saya takut kami tak serasi. Nak tolak dah cuba... Tapi papa masih memaksa," ujar Syanina perlahan. Pandangannya sayu pada bintang-bintang di langit itu.

Mama. Sya rindu mama.

"Esok awak free? I mean dalam pukul lapan lebih macam tu? Lepas isyak." Syanina tersentak. Dia toleh memandang jejaka itu. Jarak mereka agak jauh. Tapi dia masih dapat lihat dengan jelas wajah lelaki itu. Renungan lelaki itu.

"Hm free. Kenapa? Nak ajar saya buat kopi lagi? Sorry lah saya tak minat dah." Syanina silang tangan di dada. Matanya teralih pada bulan yang sendirian di langit sana. Bulan sabit. Cantik!

"Haha... Tak ada lah. Dah tak berani saya nak ajar awak lagi... Hmm saya dengar-dengar perempuan suka fun fair. Betul ke?"

"Fun fair? Wow! Best nya! Nak nak! Jom kita pergi esok!" Syanina bangun dari baring. Dia ukir senyum lebar. Terus ceria mendengar perkataan fun fair.

Sudah lama dia tidak pergi ke pesta itu. Nak ajak Amyra dia selalu busy. Tak akan nak pergi seorang? Tak syok! Nak ajak kawan lain pula dia tiada. Memang Amyra sajalah kawan dia. Ini sudah ada mamat barista ini senanglah!

Dariel senyum sebelum bangkit dari baring. "Sebagai kawan yang baik... Awak jangan risau! Esok saya belanja. Awak cakap je nak main apa." Dariel senyum bangga. Syanina tarik muka.

"Awak? Nak belanja saya?" Pandangan sinis dari Syanina buat Dariel agak terasa. Nampak seperti merendahkan. Hoo! Merendahkan aku nampak budak ni!

"Apa? Awak ingat saya ni miskin sangat?"

"Ish bukanlah! Awak tahu saya ni boros orangnya... Dah kalau awak nak belanja saya sangat, saya tak kisah! Tapi awak jangan menyesal ya!" Dariel tersenyum senget.

"Try me Miss Latte. Kita tengok siapa yang akan menyesal. Takut awak je tak tahu nak habiskan duit saya macam mana nanti." Dariel peluk tubuh. Wajahnya penuh bangga ketika ini membuatkan Syanina melopong. Mamat barista ni mencabar betul! Dia tak kenal Aira syanina!

"Ohh! Berlagak ya!" Syanina menjulingkan matanya ke atas sebelum turun dari kereta Dariel. Nasib baik kereta mamat ni rendah.

"Dahlah saya nak balik. Babai!"





















SEPERTI yang mereka janjikan. Lepas isyak mereka sudah bergerak ke tempat pesta ria yang bertepatan di KL. Meriah malam ini dengan orang-orang.

Dariel telan air liur melihat betapa ramainya orang di sini. Oh! Dia tidak suka suasana ini! Kalau bukan sebab Syanina memang dia dah bertapa dalam bilik baca buku, tak pun melukis. Dia tidak suka tempat keramaian orang ini. Lagi-lagi dengan pandangan orang yang sulit diertikan.

"Awak! Saya tak sukalah ramai-ramai ni!" Bisik Syanina yang berada di sebelah Dariel. Nyatanya Syanina juga sama. Tidak suka tempat keramaian orang. Syanina telan air liur. Dia pegang lengan baju Dariel apabila ada orang yang hampir melanggarnya.

"Habis tu? Awak nak balik ke?"

"Ala! Tapi saya nak main! Oh my god! Tak boleh ke kita sewa fun fair ni untuk kita je?"

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now