Bab 18 ☕❤️

433 28 0
                                    

DARIEL tersenyum melihat satu sosok di meja hujung kafe. Syanina dah datang!

Dariel terus merapikan dirinya. Apron berwarna coklat yang ada di tubuhnya dipandang untuk memastikan tiada kotoran di situ, topinya yang sedikit senget dibetulkan.

Apabila rasa puas hati dengan penampilan dirinya, Dariel hembus nafas lega. Langkah diaturkan ke arah gadis yang sedang asyik dengan telefon.

"Good morning! How's your night semalam? Dapat tidur dengan nyenyak ke?" Dariel menegur setelah mereka tidak berjumpa dalam masa dua belas jam.

Syanina angkat kepala apabila ada suara yang menegur.

"Hmmm... Nyenyaklah juga... Itu pun sebab ada Tiggy. Untung-untung dapat peluk dia sepanjang malam." Syanina tersenyum bangga sementara Dariel terkulat sendiri.

"Tiggy? Siapa Tiggy?" Dariel terus menyoal. Malaon mana pula ni peluk-peluk Sya malam tadi?

Syanina menjulingkan matanya ke atas melihat wajah keliru Dariel.

"Ishhh... Anak patung harimau yang kita dapat semalam lah. Itu pun dah lupa... Nyanyuk agaknya..." Kutuk Syanina selamba dan menghirup latte yang masih panas.

Dariel meng-oh kan sahaja sambil kepala angguk kecil. Dia sengih seperti kerang busuk.

"Samalah kita! Saya pun peluk Tygrio sepanjang malam semalam." Dariel masih dengan sengihannya. Teringat malam semalam dia peluk Tygrio ketat-ketat! Best rupanya peluk benda waktu tidur.

"Tygrio?"

"Awak ingat anak patung harimau awak je ada nama?" soal Dariel sinis. Suka dapat kenakan gadis itu balik.

"Elehh... Sibuk je nak bagi nama!" Syanina menjulingkan matanya ke atas.

"Suka hati lah. At least saya bagi nama nampak macho sikit. Tygrio. Ini awak bagi nama Tiggy. Apalah! Tak semartt langsung!" Kutuk Dariel selamba. Entah kenapa dia kadang-kadang suka cari gaduh dengan gadis itu. Selalunya dia malas nak cari gaduh dengan orang ni. Layan orang lagilah malas. Tapi bila dengan gadis yang bernama Aira syanina ini dirinya berubah seratus lapan puluh darjah!

"Hei! Harimau saya tu betina! Sesuailah bagi nama Tiggy. Comel apa... Tygrio? Macho? Huh! Tak kena langsung!" Balas Syanina kembali. Biasalah... Dia sentiasa mahu menang.

"Hmm..."

"Daniel... Esok kita keluar lagi nak?" Selalunya Dariel yang mengajak gadis itu keluar tetapi hari ini sudah terbalik. Syanina pula yang mengajak Dariel keluar. Syanina rasa selesa bila keluar dengan Dariel. Dia rasa selamat. Walaupun semalam hampir mati dalam ferris wheel... Dariel tetap ada untuk tenangkannya walaupun jejaka itu sendiri sedang takut.

"Boleh! Awak nak keluar pukul berapa?"

"Bila awak free?"

"Anytime Miss Latte."

"Hurmmm lepas zohor lah. Asyik keluar malam je... Tak manis pula orang tengokkan?"

"Betul juga tu. Kita ni bukannya ada hubungan apa-apa pun. Nanti kalau bakal tunang awak tu nampak mahu makan penumbuk dia nanti," ujar Dariel selamba. Syanina terus tarik muka. Ini yang auto bad mood ni!

"Ish! Jangan cakap pasal mamat tu boleh tak? Saya menyampah lah!"

"Okay okay! Sorry..."

"Janji jangan cakap pasal dia!" Syanina tayang jari kelingkingnya mahu jejaka itu berjanji. Dariel dengan pantas turut menayang jari kelingkingnya yang jauh beza saiznya berbanding jari kelingking Syanina.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now