Bab 22 ☕❤️

443 28 5
                                    

"AIRA."

Tubuh Syanina mengeras mendengar nama itu disebut. Terus dia toleh disebelahnya. Pandangannya kosong.

"Jangan panggil saya Aira. Saya tak suka," ujar Syanina mendatar. Dia meneruskan langkahnya melihat jualan-jualan yang ada. Mereka berada di pasar malam ketika ini atas ajakan Syanina sendiri. Sudah lama mereka tidak keluar bersama. Kebetulan Dariel sudah habis kerja bolehlah dia keluar bersama Syanina. Alah... Kalau tak boleh pun dia akan tetap blah dari kafe itu.

Dahi Dariel berkerut sedikit. Dia masukkan kedua-dua tangan dalam poket hoodie.

"Kenapa? Sebab ex boyfriend awak panggil awak dengan nama itu?" soal Dariel ingin tahu. Dia menjeling Syanina disebelahnya.

Syanina diam seketika sebelum mengeluh kecil. "Bukan itu sebab utamanya..."

"Habis tu? Kenapa saya tak boleh panggil awak Aira? Nama awak juga kan?" Makin banyak soalan keluar dari mulut Dariel. Dia jadi panas hati. Apa? Adakah panggilan Aira itu hanya khas untuk Fariez?

"Panggilan itu khas untuk mama je. Saya tak izinkan sesiapa panggil lagi saya dengan nama Aira. It just for mama. Not you. Not him. Not anybody else. Dan saya... Saya takut. Semua orang yang panggil saya Aira, tinggalkan saya. Huh! Mesti awak anggap itu konyol kan?" Syanina gelak kecil.

"But that's the fact. Mama, Fariez... Dua orang itu tinggalkan saya, sakitkan hati saya. Jadi saya tak nak awak... Jadi yang seterusnya. So just call me Sya okay?"

"O-okay... Sorry." Dariel diam selepas itu. Takut tersalah cakap lagi. Mereka meneruskan jalan mereka melihat jualan-jualan yang ada. Masih tiada yang menarik perhatian mereka. Semua makanan tampak biasa.

"Awak selalu ke datang sini?" soal Dariel tidak mahu kesunyian di antara mereka.

"Tak lah. Jarang."

"Awak selalunya pergi seorang ke?"

"Memang taklah, saya kalau datang wajib dengan Amyra. Saya tak berani datang seorang-seorang." Syanina sengih malu. Dia ni memang fully introvert. Kalau dengan orang yang rapat lain ceritalah.

Dariel terangguk-angguk mendengar cerita Syanina. Samalah kita wak! Spesies introvert.

"Awak pula?"

"Hm? Saya?" Dariel soal semula. Syanina angguk kecil dan menyelitkan rambutnya ke belakang telinga. Rimas dok terbang-terbang! Entah kenapa tiba-tiba berangin pula di sini. Mungkin dah nak hujan. Masak!

"Saya tak pernah datang sini. Tempat ni wujud pun saya tak tahu." Terlanjur dengan jawapannya, tubuh Dariel terus mengeras. Dia berhentikan langkahnya sebelum menjeling Syanina. Langkah di atur ke hadapan kembali.

Dariel menggaru kepalanya. Aduh! Jangan jujur sangat Dariel!

"Seriuslah?!" Syanina tampak terkejut dengan jawapan Dariel. Serius? Mamat barista ini tidak tahu kewujudan pasar malam di sini? Ini mesti spesies tak keluar malam. Hmm... Boleh dah ni masuk dalam list calon suami.

Dariel senyum janggal dengan reaksi Syanina. Dia angguk kecil. "S-saya kan kerja. Jarang keluar. Kalau tak dekat kafe saya akan duduk rumah."

Bernas Dariel! Pandai kau beta!

"Ohh... Tak bosan ke?" soal Syanina. Dariel geleng kecil. Memang sebelum ini kalau dia tiada di ofis dia akan berada di rumah sahaja. Melainkan sepupu sewel dia itu ajak keluar baru dia keluar. Itu pun kena paksa. Ahaks!

Dia cuma tak suka suasana luar. Tempat di huni ramai orang adalah tempat yang paling dia alergik. Tetapi nak buat macam mana kalau bakal tunang yang ajak? Ikut jelah...

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now