II

60 17 0
                                    

          HAZIQ tersenyum sebaik sahaja melihat pantulan dirinya pada cermin biliknya itu. Pagi ini dia mengenakan baju kemeja petak berwarna ungu muda berserta tali leher berwarna ungu tua yang bercorak geometri. Tiba-tiba sahaja senyumannya pudar tatkala terpandang pada sesuatu disebalik pantulan cermin itu. Badan dipusing ke belakang.

Sebuah lukisan yang memaparkan dirinya bersama sang gadis yang cukup dicintainya itu. Tanpa sedar, langkah kakinya menghampiri lukisan itu. Entah mengapa sepanjang beberapa minggu lalu, dia tidak teringat langsung untuk membuang lukisan itu. Sebak di dada kian terasa. Lukisan itu disentuh menggunakan jari-jemarinya. Masih sama seperti dulu.

“Sayang...”

Haziq berpaling ke kiri, kelihatan seorang gadis berjubah Abaya berdiri di sebelahnya sambil tersenyum manis kepadanya. Senyuman itu semakin lama semakin manis pada pandangan matanya. Dia seakan tidak dapat meneka adakah ini benar gadis itu ataupun ia hanya sekadar bayangan mindanya.

“Cantik tak lukisan kita berdua?” soal Nur Daiyan Qaisarah, lembut. Haziq mengalihkan kembali pandangan pada lukisan itu. Sungguh indah.

“Can...” Baru sahaja dia berpaling semula ke kiri, gadis itu sudah lenyap di sisinya. Dia baru menyedari yang itu hanyalah bayangannya sahaja. Gadis itu sudah tidak lagi bersamanya.

'Cantik sangat,' bisik hatinya, hiba.

Tanpa sedar air mata lelakinya berjujuran turun membasahi pipi. Tiada lagi perasaan malu pada diri sendiri apabila dia tidak dapat mengawal isi hatinya untuk berhenti menangis kerana seorang gadis bernama Nur Daiyan Qaisarah. Siapa cakap dia tidak mencintai gadis itu? Memori beberapa hari lalu kembali menggamit kenangan.

“Awak... awak dah tak cintakan saya ke Haziq?”

Haziq terdiam, bebola matanya merenung anak mata milik gadis itu. Pandangan yang diberikan kepada gadis itu cukup hiba membuatkan dia hampir gagal untuk mempertahankan air matanya daripada menitis.

“Jawablah Haz. Awak masih cintakan saya atau tak?” ulang Nur Daiyan Qaisarah, sebak. Haziq masih lagi diam.

“Kalau awak cakap ya yang awak tak cintakan saya. Saya akan berhenti ganggu awak lagi, Haz. Saya janji.” Teresak-esak Nur Daiyan Qaisarah menahan tangis. Setiap butir bicara yang terbit di mulutnya benar belaka.

Haziq tergamam dalam sebak. Tidak percaya dengan apa yang diujarkan oleh gadis tinggi itu. Adakah benar apa yang diujarkan oleh gadis itu tadi? Ataupun kata-kata itu hanya sekadar kata-kata yang direka untuk menyakiti hatinya sahaja.

“Jangan risau Haz. Saya akan lupakan awak kalau awak kata ya. Saya akan berhenti mencintai awak.”

Haziq terus tersedar dari lamunan. Air matanya menitis laju sehingga menitis jatuh ke jubin lantai. Kenapa dia perlu menangis demi seorang gadis sedangkan punca mereka berpisah kerana dirinya juga. Baguslah apa yang dia rasa sekarang ini. Bak kata pepatah, kerana mulut badan binasa. Binasalah dia bersama cintanya yang tidak ke mana-mana itu.

‘Bahagialah sayang tanpa aku di sisi kau,' bisik hati lelakinya, sebak di dada.

          TOK! Tok! Tok!

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

          TOK! Tok! Tok!

Meja kerja milik Nur Daiyan Qaisarah diketuk beberapa kali oleh seseorang. Mariam yang melihatkan reaksi rakan baiknya itu geleng kepala sambil bercengkak pinggang. Mengelamun lagi.

“Tuan panggil kau. Katanya nak jumpa kau.” Tanpa ditanya, terus diberitahu niatnya bertandang ke pejabat gadis itu.

“Sebab apa dia nak jumpa aku?” soal Nur Daiyan Qaisarah, ingin tahu. Wajah pucatnya direnung kejap oleh Mariam.

“Tak tau. Kau pergilah dulu, barulah kau tahu,” selamba badak sahaja Mariam berkata.

Nur Daiyan Qaisarah bangkit dari kerusi dan menuju ke pintu pejabat. Belum sempat dia ingin membuka pintu terus tangannya disambar oleh Mariam, membulat anak matanya sambil menggunakan body language mengatakan kenapa.

“Kau ni pun. Takkanlah kau nak keluar dengan wajah macam mayat hidup ni. Takut aku tengok tau! Dah-dah, meh sini aku pakaikan kau gincu sikit biar kasi lawa.”

Gincu berwarna merah pekat berjenama Maybelline dikeluarkan dari kocek blazernya. Tanpa menunggu masa terus bibir Nur Daiyan Qaisarah dioles sedikit dengan gincu itu, walaupun rakan baiknya itu enggan memakai gincu tetapi tetap juga dipakaikan. Sebaik sahaja selesai, ditilik seketika wajah gadis itu. Sangat cantik. Indah mata memandang.

“Aku tak...” Belum sempat Nur Daiyan Qaisarah ingin meluahkan ketidaksenangan di hatinya terus diusir pergi oleh Mariam.

“Dah-dah! Tuan tunggu kau. Nanti makan kakilah kau gamaknya.”

Tubuh Nur Daiyan Qaisarah ditolak berkali-kali dari belakang sehingga mereka berdua berdiri di hadapan pintu bilik bos mereka iaitu Tuan Mikhail. Mariam tersengih-sengih sambil membuat wajah ceria. Niat di hati mahu menghiburkan hati Nur Daiyan Qaisarah tetapi lain pula jadinya. Gadis itu tetap tidak senyum Asyik masam mencuka aje, dah macam masamnya si cuka tau!

“Janganlah tenung aku macam tu. Senyum sikit baru nampak cantik. Ini tak, aku tengok kau dah macam pontianak harum sundal malam tau tak!”

Nur Daiyan Qaisarah mengukir senyuman walaupun berat hatinya untuk mengukir sebaris senyuman.

✿ BERSAMBUNG

YOU & I ©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن