V

51 18 4
                                    

YOGYAKARTA, INDONESIA

          RANGGA merenung lama foto bersaiz sederhana itu selepas bertemu dengan tiga orang ahli perniagaan beberapa hari lalu. Keluhan dilepaskan seketika, bibirnya dikemam sekejap. Dia bangkit dari kerusi empuk buatan dari negaranya sendiri yang bercorak Bali itu, lantas tingkap pejabat dituju pula. Kedua-dua belah tangannya disilang ke belakang. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Memikirkan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku nanti. Dia membuang pandang ke luar tingkap, memerhati setiap bentuk bangunan di hadapan matanya itu.

Tano, siapkan helikopter. Kita berangkat ke Bali sekarang. (Tano, sediakan helikopter. Kita akan bertolak ke Bali sekarang).”

Tano yang turut sama berada di situ akur dengan arahan ketuanya, telefon pintar berjenama Iphone dikeluarkan dari kocek dalam baju kotnya dan mendail nombor seseorang. Kelihatan dia bercakap-cakap di corong telefon sebaik sahaja panggilan sebelah sana bersambung. Rangga memusingkan badan ke belakang, dan mencapai foto itu lantas dimasukkan ke dalam kocek dalam baju kotnya. Usai menamatkan panggilan, Tano bersuara kepada Rangga.

Bos, setengah jam lagi helikopter akan siap. (Bos, dalam masa setengah jam helikopter akan bersiap),” ujar Tano sambil menyimpan semula telefon pintarnya itu ke dalam kocek dalam baju kotnya.

Rangga angguk kepala lantas melangkah keluar dari pejabatnya, diiringi oleh Tano dan beberapa orang anak buahnya yang lain yang sedia menanti kehadirannya itu. Ada urusan yang paling mustahak harus mereka lakukan di Bali.

          NUR Daiyan Qaisarah memegang erat kotak yang penuh diisi dengan barang pemberian Haziq sepanjang tempoh dirinya bergelar sebagai seorang kekasih kepada lelaki itu suatu ketika dahulu

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.


          NUR Daiyan Qaisarah memegang erat kotak yang penuh diisi dengan barang pemberian Haziq sepanjang tempoh dirinya bergelar sebagai seorang kekasih kepada lelaki itu suatu ketika dahulu. 'Cekalkan hati, dan tabahkan jiwa kau Dai,' bisik hati wanitanya, perlahan. Kini dia berada di hadapan rumah milik lelaki itu. Walaupun hatinya begitu berat sekali untuk mengorak langkah ke rumah itu tetapi tetap juga digagahkan diri untuk pergi.

Tanpa membuang masa, terus dia melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah ala Inggeris lama itu. Saat matanya tercari-cari kelibat seseorang, telinganya menangkap hilai tawa di bengkel belakang. Kuat sehingga mampu menarik perhatiannya. Kakinya kemudian mengorak langkah ke sana pula.

Sebaik sahaja tiba betul-betul di hadapan bengkel itu, kelihatan dua orang pasangan sedang bergurau senda di situ. Dengan berat hatinya terus dia memberi salam, terkejut mereka berdua dengan kedatangannya ke situ yang secara tiba-tiba. Haziq cepat-cepat menolak tubuh gadis itu berada dalam pelukannya tadi. Dia terus bangkit berdiri dan berjalan ke arah gadis di hadapannya itu.

“Waalaikumussalam. Dai...” Haziq masih lagi terkejut dengan kehadiran Nur Daiyan Qaisarah.

Seakan tidak percaya yang gadis itu berdiri di hadapannya sekarang. Sedangkan selepas mereka berdua berpisah beberapa minggu lalu terus mereka tidak berjumpa ataupun bertembung di mana-mana tempat. Kini, gadis itu pula datang kepadanya. Sungguh dia merindui bayangan gadis itu.

“Siapa tu you?" Soal gadis seksi di atas sofa itu, serius sambil merenung tajam wajah Nur Daiyan Qaisarah. Perasaan cemburu mulai terbit di hati wanitanya.

Ermmm..." Belum sempat Haziq membalas kata-kata teman wanitanya itu terus dipotong oleh Nur Daiyan Qaisarah.

“Saya bekas kekasih Haziq. Kami baru aje putus cinta beberapa minggu lalu," balas Nur Daiyan Qaisarah, sinis dan membawa seribu maksud yang tersirat disebalik kata-kata itu. Haziq terdiam dan mengangguk lemah.

What? Your ex-girlfriend? Oh My God!” Jelas ternyata gadis itu terkejut. Hendak buat macam mana lagi, takkan hendak dia bertepuk tangan pula mendengarkan pengakuan itu tadi.

So, kenapa awak datang sini?" soal Haziq, ingin tahu tatkala matanya melihat sebuah kotak segi empat sama pada pegangan tangan Nur Daiyan Qaisarah.

Nur Daiyan Qaisarah menyerahkan kotak itu kepada Haziq. Lambat-lambat Haziq menyambut huluran itu, seakan faham apa yang dibuat oleh gadis itu. Dalam kesempatan yang dia ada, ditatap puas-puas wajah itu sehingga terubat rindu di hatinya kembali.

“Saya datang sini sebab nak pulangkan semula barang yang awak pernah bagi kat saya dulu. Sebenarnya, sayang kalau saya buang. Jadi... saya pulangkan balik barang tu kepada tuan dia. Kan kita dah takde apa-apa hubungan pun lagi, jadi lebih baik saya bagi kat awak daripada saya buang barang tu,” ujar Nur Daiyan Qaisarah, jujur.

Sebenarnya dia ada perancangan lain untuk dia lakukan dengan barangan pemberian lelaki itu. Antaranya ialah menjual semua barangan itu kepada sesiapa sahaja di media sosial, atau membuang sahaja ke semua barangan itu ke dalam tong sampah. Tetapi ternyata semua perancangan itu tidak dipilih olehnya.

“Oh... macam tu." Haziq meletakkan kotak itu di atas meja kayu.

“Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Nur Daiyan Qaisarah segera mengorak langkah beredar dari situ, sempat matanya melirik sekejap pada gadis di atas sofa itu. Sakit hati sahaja apabila memandang.

Waalaikumussalam."

Haziq menghela nafas berat. Walaupun rindunya terubat sedikit tetapi Nur Daiyan Qaisarah seakan tidak mahu bercakap dengannya. Hendak renung anak mata gadis itu pun bukan main susah. Seakan setiap percakapan gadis itu tadi hanyalah satu lakonan semata-mata. Lakonan yang dibuat-buatnya.

Nur Daiyan Qaisarah menekan punat kunci kereta, sebaik sahaja ingin membuka pintu kereta. Namanya dipanggil oleh seseorang, segera Nur Daiyan Qaisarah berpaling ke belakang.

“Daiyan!" Haziq segera datang mendekatinya sambil menguntum senyuman.

“Hati-hati." Sebaik sahaja berkata begitu, Haziq melambai ke arah Nur Daiyan Qaisarah buat kali terakhir. Cukuplah lambaian itu mengingatkan dia kepada pengakhiran hubungan mereka berdua.

Kepala diangguk perlahan, terus Nur Daiyan Qaisarah melangkah masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja membuka pintu sebentar tadi. Senyuman tetap diukir walaupun hatinya dilanda kesedihan. Sedih kerana lelaki itu sudah ada pengganti baru. Enjin kereta dihidupkan, lantas kereta pancuan empat roda itu bergerak laju meninggalkan tempat itu.

✿ BERSAMBUNG

YOU & I ©Donde viven las historias. Descúbrelo ahora