VII

45 12 0
                                    

BALI, INDONESIA

      SEORANG gadis yang mengenakan dress labuh berbunga ros kusyuk menggubah bunga di laman taman bunga milik keluarganya bersama tukang kebunnya awal pagi ini. Senyuman semakin lebar tatkala melihat gubahannya itu sudah siap sepenuhnya. Hasilnya sangat memuaskan. Anak matanya kemudian beralih pula memandang ke arah beberapa orang tukang kebunnya yang tekun menyiapkan gubahan bunga tersebut.

"Belum siap? (Belum siap?)"

"Belum lagi Mbak Mel. Masih banyak lagi yang belum siap. (Belum lagi Cik Mel. Masih banyak lagi yang belum siap)," balas salah seorang tukang kebunnya yang bertudung itu.

Melissa angguk kepala tanda faham. Dia bangkit dari duduk. Pasu bunga diambil dari atas meja lantas diletakkan di atas meja yang berlainan pula. Tersenyum puas dia dengan hasil tangannya sendiri. Nanti bolehlah hias bunga-bungaan baharu di taman ini.

Sedang asyik tersenyum sendirian, tiba-tiba beberapa buah kenderaan berjenama Volkswagen Arteon memasuki perkarangan rumah agam milik keluarganya dan memberhentikan kereta tersebut tepat di hadapan pintu masuk rumah agam tersebut. Dahinya berkerut seribu, seakan kehairanan melihat kedatangan beberapa buah kenderaan tersebut.

"Eh, ada yang mau datang hari ini? (Eh, ada orang nak datang ke hari ni?)" soal Melissa kepada beberapa orang tukang kebunnya itu yang kini turut sama melihat beberapa buah kenderaan di hadapan sana.

"Sejauh yang saya tahu, Mbak Mel. Lagipula hari ini adalah hari minggu. Nggak ada tamu yang akan disambut oleh tuannya. (Setahu saya takde Cik Mel. Lagipun hari ini hari minggu. Sebarang tetamu tidak akan diterima masuk oleh tuan)," balas salah seorang tukang gaji yang tidak bertudung itu pula. Melissa angguk kepala tanda faham.

Lagipun apa yang dikatakan oleh tukang-tukang kebunnya itu ada benarnya juga. Daddynya tidak akan sesekali membenarkan sesiapa sahaja berjumpa dengannya pada cuti minggu kerana dia mahu meluangkan masa bersama ahli keluarganya sepanjang hari tersebut.

Matanya tidak lepas memandang salah sebuah kenderaan Volkswagen Arteon yang paling hadapan di antara empat buah kereta tersebut. Kelihatan dua orang lelaki melangkah keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarganya itu. Mulutnya terlopong, terkebil-kebil matanya melihat dua orang lelaki itu. Dari jauh dia dapat meneka dengan tepat siapakah gerangan itu walaupun sekadar melihat bentuk badan sahaja.

"Serius? (Seriuslah?)"

Seakan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya, terus kaki mengorak langkah ke sana.


       SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga ternama di Bali itu, semua pekerja di situ benar-benar terkejut dengan kepulangannya secara tiba-tiba itu

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.


       SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarga ternama di Bali itu, semua pekerja di situ benar-benar terkejut dengan kepulangannya secara tiba-tiba itu. Seakan tidak percaya yang itu ialah dirinya. Tano, Rangga dan Jamroni segera menaiki tingkat satu menuju ke atas. Di mana terletaknya pejabat milik tuan rumah itu.

Sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah pejabat lantas Rangga dan Jamroni melangkah masuk ke dalam kecuali Tano kerana dia hanyalah seorang pembantu upahan sahaja bukannya sesiapa pun dalam kalangan keluarga ternama itu.

"Pak. (Tuan)."

Baru sahaja dia ingin berkata lebih lanjut, terus tubuhnya dipeluk erat oleh lelaki berusia 50-an itu. Belakang badannya diusap berkali-kali oleh lelaki tua itu. Rangga turut sama membalas pelukan itu. Usai berpelukan, dia dijemput duduk oleh Tuan Fatir.

"Ngapa lu pulang? (Kenapa kau balik?)"

Sebuah foto dikeluarkan dari poket dalam baju kotnya lantas dihulurkan kepada Tuan Fatir. Soalan tadi tidak dijawabnya sebaliknya hanya berdiam diri sahaja.

"Apa ini? (Ini apa?)"

Tuan Fatir mencapai foto itu dan dilihatnya. Wajahnya yang tadi tenang kini berubah serius. Pap! Dia mencampakkan foto itu ke atas meja dengan kasar. Dadanya berombak marah menahan rasa. Jika gambar itu sudah tiba di tangan anak angkatnya itu sudah pasti ada 'sesuatu' yang bakal berlaku tidak lama lagi.

"Seseorang menyewaku untuk membunuh Zaka. Gue pikir ada baiknya gue ambil pekerjaan ini sebelum orang lain ambil alih pekerjaan ini nanti. Pak Fatir, gimana menurut lu sekarang? (Ada orang upah aku untuk bunuh Zaka. Aku rasa baik aku ambik tugasan ni sebelum ada orang lain yang ambil alih tugasan ni nanti. Tuan Fatir rasa macam mana sekarang ni?)"

Tuan Fatir diam, tidak tahu ingin berkata apa lagi. Zaka, anak lelaki sulongnya itu gemar sekali menempah maut. Apabila diselamatkan dari lembah neraka, tetap jua mahu terjun ke sana semula. Degil tidak terkata. Kini dia juga yang dapat susah. Nasib baik Rangga ada, jika orang lain yang mengambil alih sudah tentu akan dibunuh anak lelakinya itu.

"Kelola semuanya dan pastikan nggak ada yang mengetahuinya. (Uruskan mereka semua dan pastikan tiada sesiapa pun yang tahu pasal hal ni)." Tuan Fatir menghela keluhan berat, otaknya mula berfikir.

Rangga angguk kepala, serius. Bermakna dia sudah bebas. Bebas melakukan apa sahaja tanpa diawasi oleh sesiapa pun. Senyuman sinis mulai terbentuk elok pada wajah sawo matangnya itu.

✿ BERSAMBUNG

YOU & I ©Où les histoires vivent. Découvrez maintenant