XIII

20 10 7
                                    

            MENGGIGIL kesejukan Nur Daiyan Qaisarah ketika ini apabila melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihatnya. Tangannya terketar-ketar memegang kamera yang sedari tadi lagi terpasang saat dia merakam video berhampiran kawasan itu untuk dijadikan kenangan.

Pada awalnya dia mahu mengisi perut di dewan makan hotel ini tetapi hasratnya terbantut apabila dia melihat sebuah taman botani yang sedia menghijau di belakang hotel yang dipasang dengan lampu berwarna-warni.

Tetapi... semuanya meleset tatkala bayangan dua orang lelaki berjaya menarik perhatiannya sedari tadi lagi. 

Pap!

Tanpa sengaja, kamera Canon milik Mariam jatuh terhempap di atas tanah sekali gus menyedarkan seseorang akan kehadirannya di sana. Tanpa teragak-agak, terus dia mengorak langkah berpusing ke belakang dan berlari dari tempat persembunyiannya dengan pantas.

Zurp!

Tanpa sempat dia berlari lagi, tubuhnya terasa bagaikan dipeluk kasar oleh seseorang dari belakang.

“Tolong! Tolong! Ermmm...”

Walaupun dia menjerit meminta tolong terus mulutnya ditekup kasar oleh lelaki itu tanpa sempat untuk dia berbuat apa-apa lagi. Bahkan bukan seorang sahaja yang berada di situ. Masih ada beberapa orang lelaki yang turut sama di situ yang bersengkokol mahu menyembunyikan kejahatan mereka.

Lama-kelamaan, kelopak matanya semakin lama semakin memberat...

             HAZIQ cuba mendail nombor Nur Daiyan Qaisarah tetapi tetap juga tidak berangkat walaupun kali ini dia sudah pun menggunakan nombor lain untuk menghubungi gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

             HAZIQ cuba mendail nombor Nur Daiyan Qaisarah tetapi tetap juga tidak berangkat walaupun kali ini dia sudah pun menggunakan nombor lain untuk menghubungi gadis itu. Takkanlah pula gadis itu tahu akan nombor barunya kerana itulah gadis itu tidak mahu menjawab panggilan tersebut.

Atau kemungkinan juga, gadis itu menyangka bahawa nombor telefon ini merupakan nombor telefon milik scammer yang semakin bergiat aktif di negara ini. Pelbagai prasangka buruk menjengah mindanya. Kejap dia bangun, sekejap dia duduk sehingga membuatkan rakan baiknya cemuh melihatnya.

Weh! Cuba releks boleh tak? Esok lusa kau call dia balik. Apa susah.” Naim mula naik angin.

“Ya, aku tahu. Tapi hati aku rasa tak sedap sejak pagi tadi lagi. Aku rasa macam...” Belum sempat Haziq habis bercakap terus dipotong oleh Naim.

“Kau yang melebih-lebih risaukan dia dah kenapa? Kau sepatutnya dah lupakan dia weh. Bukannya terhegeh-hegeh nakkan dia balik. Kau ibaratkan menjilat ludah kau balik weh!” sindir Naim tanpa lesen.

Haziq tidak endahkan kata-kata Naim. Lantaklah ingin kata apa pun. Ada dia kisahkah? Ini masalahnya dengan Nur Daiyan Qaisarah. Sememangnya gadis itu layak mendapat kembali cintanya.

YOU & I ©Where stories live. Discover now