XI

30 10 4
                                    

NGURAH RAI INTERNASIONAL AIRPORT, BALI, INDONESIA.

NUR Daiyan Qaisarah mengheret beg bagasinya sambil tersenyum lebar, pemandangan yang indah di hadapan mata diperhati dengan penuh keceriaan. Tidak disangka-sangka semenjak berada di ruang udara, sungguh memukau pandangan mata. Ciptaan Allah SWT memang sungguh menakjubkan. Masya-Allah. Sudah lama sebenarnya dia tidak terbang ke mana-mana negara terutamanya di Indonesia.

Seorang lelaki merupakan pemandu penginapannya datang menghampiri, senyuman terus terukir di bibir Daiyan Qaisarah. Selepas memperkenalkan diri, dia terus dipelawa masuk ke dalam kereta dan bertolak menuju ke sebuah penginapan yang berada di sekitar lapangan terbang tersebut.

Seronok dapat mendengar setiap cerita yang dikongsikan oleh lelaki itu walaupun dalam Bahasa Indonesia. Sedikit sebanyak dia dapat mengetahui mengenai tempat itu walaupun Bali masih lagi sebuah tempat yang asing baginya.

"Kita di sini. Ayo turun, Mbak Daiyan. (Kita dah sampai. Mari kita turun, cik Daiyan.)"

Lelaki itu mematikan kereta di hadapan sebuah hotel yang bernama Hotel Fetrio Retro. Usai melangkah keluar dari kereta, Daiyan Qaisarah dijemput masuk ke dalam untuk mendaftar masuk ke bilik hotel pula. Beg bagasinya pula diangkat oleh lelaki tadi. Setelah itu, dia diiringi pula oleh seorang wanita menuju ke biliknya yang berada di tingkat tujuh, bilik 560.

"Selamat beristirahat, Mbak. Kami pamit dulu ya. Assalamualaikum. (Selamat berehat ya cik. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.)"

Usai mereka berdua beredar pergi, pintu bilik segera ditutup lantas dikunci. Nur Daiyan Qaisarah menarik nafas lega walaupun dalam kelegaan masih lagi tersisa kepenatan.

Katil hotel segera dicari, lantas direbahkan badan di atasnya. Sempat dia mengucap tanda syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi peluang untuk dia terus merasai kenikmatan ini.

"Alhamdulillah."

Tanpa sempat dia berganti pakaian, terus matanya terasa berat. Kelopak mata sekejap tertutup dan terbuka. Sempat anak matanya melirik sebentar jam yang melekat di dinding bilik hotel itu. Enam petang. Akhirnya, dia terlelap jua akibat kepenatan.

BALI, INDONESIA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BALI, INDONESIA

RANGGA mengeluarkan sepucuk pistol anti bunyi yang diselit di belakang pinggangnya, wajahnya serius tanpa terukir sedikit pun senyuman. Hujung pistol dihala tepat pada dahi lelaki di hadapannya kini. Lantas dia menarik picu. Satu tembakan dilepaskan sekali gus mematikan lelaki tua yang berada di hadapannya itu. Tepat mengenai kepala.

"Berengsek." Rangga mengelap percikan darah yang mengenai pipinya tadi.

Lantas pistol tadi diserahkan kepada Tano yang berada di sebelahnya. Kelab malam yang serba eksklusif itu bingit di luar sana dengan lagu-lagu rancak yang dipasang. Rangga beralih pula memandang Tano.

"Kelola dia. Jangan biarkan siapa pun tahu tentang ini. (Uruskan dia. Jangan sesiapa pun tahu tentang hal ini.)"

Tano angguk kepala lantas menyambut huluran pistol itu daripada Rangga. Kemudian menyimpannya ke dalam poket dalam baju kotnya yang dibalut menggunakan sapu tangan. Nanti, pistol itu akan dihapuskan dalam waktu terdekat. Agar segala bukti seakan tidak wujud.

Tidak lama kemudian, Tano keluar lantas masuk semula ke dalam bilik itu bersama beberapa orang anak buah mereka dan menguruskan mayat lelaki tua berbangsa cina itu yang dikenali sebagai Mister Lim.

Rangga melabuh duduk di atas sofa eksklusif itu lantas mencapai telefon pintar milik Mister Lim.

"Tano!"

Rangga mencampakkan telefon itu kepada pembantu peribadinya dengan memberi isyarat tangan supaya membuka telefon pintar itu yang sudah pasti memiliki kata laluan.

Tano segera menangkap dengan laju telefon pintar berjenama Iphone itu dan mengeluarkan kembali ibu jari milik Mister Lim lantas diletakkan pada butang tengah itu. Automatik telefon pintar itu terbuka kunci. Dia bergegas menyerahkan kembali telefon itu kepada Rangga semula.

Rangga segera mencapai huluran tersebut, lantas membuka kenalan dan mencari nombor seseorang. Akhirnya, jumpa juga. Tanpa teragak-agak, dia mendail nombor itu sambil menyilang kakinya.

Matanya pula sempat beralih memandang mayat Mister Lim yang telah pun dimasukkan ke dalam sebuah plastik hitam yang akan dibuang nanti oleh anak-anak buahnya. Sejurus kemudian, mayat itu diangkat oleh Tano dan beberapa orang anak buahnya yang lain dan dibawa keluar dari situ.

"Halo Pak Lim, ngapain lu telefoin gue? Apa terjadi sesuatu? (Hello Tuan Lim, ada apa kau telefon aku? Ada berlaku apa-apa ke?)" soal suara lelaki di sebelah sana.

Sebaik sahaja Rangga mendengar suara itu. Terus ditamatkan serta-merta panggilan. Memang benar suara itu milik lelaki bernama Mister Cheong. Lelaki yang mengarahkan untuk membunuh Zaka tetapi malangnya dia pula yang diarahkan untuk membunuh mereka semua. Ada lagi dua orang yang belum dihapuskan. Mister Cheong dan Mister Zheng.

"Bos, semuanya udah siap. (Bos, semuanya dah siap.)" Tano muncul semula dalam bilik VVIP itu dengan wajah serius.

Rangga angguk kepala tanda faham. Dia mengangkat tangan memberi isyarat supaya keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari bilik itu, beberapa orang anak buahnya segera masuk ke dalam bilik itu semula untuk membersihkan segala sisa kotoran darah yang terpercik pada beberapa kawasan.

Begitulah cara mereka bekerja. Dilindungi oleh organisasi yang lebih berkuasa daripada mereka. Jika dikhianati, maka jawapannya ialah mati. Jika setia, maka kekal hidup. Itulah hidup dalam dunia kongsi gelap yang penuh dengan ketidakadilan.

✿ BERSAMBUNG

________________________________________

❝ MESEJ KEPADA AWAK ❞

Terima kasih tau yang mana sudi tunggu saya update walaupun kena tunggu lama-lama. Bukan saya tak mau update, cuma saya blur ngan bab seterusnya.

Bila ada new idea mulalah ada orang kacau. Kekadang tak menyempat nak tulis terus kene buat keje. Hahahaha! By the way, saya tak menjanjikan apa-apa pun. Sekadar nak ucap terima kasih aje sebab sudi menunggu citer mengarut daripada saya ni. 😌

Saya orang lama dalam dunia oren tapi tak mengapalah, saya lebih suka orang panggil saya 'newbie'. Kalau ada perkara tak logik ke, tegurlah ya. Sebab saya tak tahu 'silent readers' saya ni jenis yang macam mana.

Kalau tak keberatan, izinkan 'VOTE'. 😂 Tak banyak saya mintak. Tekan aje kat bawah tu yang bertanda 'BINTANG' comel tu. Pastu nak sambung baca pun. Dipersilakan...

YOU & I ©Where stories live. Discover now