XV

19 9 0
                                    

            ENTAH keberapa belas kali Mariam ingin memarahi lelaki di hadapannya ini tetapi tetap juga dia bersabar kerana mereka berdua berada di sebuah kafe. Sudah pasti di khayalak orang ramai. Jika dia membuat onar sudah pasti viral di media sosial. Eh, buat malu aje!

Tadi, sewaktu dia mahu menjamu selera dengan beralaskan sepotong kek red velvet lantas Haziq hadir tanpa dipinta. Isy... memang minta penampar betullah lelaki itu. Masih lagi tidak faham-faham. Agak-agaknya semasa kecil, lelaki itu telan apa ya? Gajah? Harimau?

“Kau pergilah dari sini. Aku nak makan pun tak tenanglah,” halau Mariam dengan suara yang masih lagi terkawal.

Haziq melepaskan keluhan. Selagi dia tidak dapat menghubungi Nur Daiyan Qaisarah, selagi itulah juga dia akan mengganggu Mariam.

“Tak nak. Kau cubalah call dia manalah tahu dapat,” pujuk Haziq lagi.

“Eh, kau ni memang tak reti bahasa ke apa, hah? Daiyan pergi Indonesia sebab nak tenangkan fikiran. Pastu kau pulak sesedap hati nak suruh aku call dia and kacau dia. Tu lagilah mengganggu fikiran dia. Kau ni siuman ke tak sebenarnya?” marah Mariam.

Malas menghiraukan Si Haziq Tidak Faham Bahasa itu lantas dia memotong sedikit kek itu menggunakan garfu secara kecil dan disumbat ke dalam mulutnya. Sungguh sedap sehingga terlupa pula ada ‘pengganggu’ di hadapannya sekarang.

“Yam... tolonglah...”

Haziq masih lagi tidak mahu putus asa. Jika dia tekad mahu mendapatkan sesuatu, sudah pasti dia akan bersusah-payah akan mencapainya juga.

Ermmm... sedapnya kek ni weh! Kau nak? Kalau nak, meh sini aku tolong suapkan.”

Mariam menyuap sekali lagi kek red velvet itu ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan pujuk rayu daripada Haziq. Lantaklah mahu buat apa pun. Ada dia kisahkah? Jika dia lapar, lebih baik jangan kacau. Boleh digigitlah manusia itu jika mengganggu keamanannya untuk mengalas perut.

“Yam... tolonglah aku. Kau tak kasihan ke kat aku Yam?”

Haziq keluh kesah lantas menyandarkan badan pada kerusi kafe. Dia memegang kepalanya yang terasa pening. Sikap Mariam yang degil membuatkan dia putus asa. Entah bagaimana lagi cara untuk dia memujuk gadis itu. Mariam pula tetap seperti tadi. Pekakkan telinga dan bukakan mulut untuk makan. Hahaha!

           MALAM kian menjelma

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           MALAM kian menjelma. Kapal layar Phinisi itu berlabuh di jeti. Tidak lama kemudian, Nur Daiyan Qaisarah terus diarahkan untuk keluar dari situ dan bergerak ke satu lokasi.

Dia tidak tahu di mana dia berada sekarang kerana ianya sudah pun malam. Dia hanya melihat beberapa buah kereta yang sudah sedia menjemput kedatangan mereka di situ.

Usai melangkah masuk ke dalam perut kereta mewah itu. Tiba-tiba sahaja jantungnya bagaikan direntap ketika ini. Seorang lelaki yakini lelaki yang mahu mengancam nyawanya itu turut menaiki kereta yang sama dengannya.

Nur Daiyan Qaisarah mengecilkan tubuhnya dan duduk paling hujung berdekatan tingkap kerana takutnya kepada lelaki itu masih lagi menggunung tinggi. 

Sepanjang tempoh perjalanan yang memakan masa selama tiga jam itu benar-benar memenatkan tubuh kecil Nur Daiyan Qaisarah.

Tanpa disedari matanya kian memberat walaupun otaknya benar-benar bertegas mengarah supaya tidak terlelap. Jika dia terlelap walaupun seketika. Sudah pasti dirinya akan arwah.

Hujung mata Rangga melirik sekejap pada gadis di sebelahnya itu. Tampak seperti mengantuk. Rahang diketap, dan gigi gerahamnya bergerak-gerak. Tangan kiri yang menongkat pada cermin tingkap diletakkan semula di atas pehanya. Terus kepala berpusing seratus-peratus menghadap gadis itu.

Jika lu mau tidur. Tidur aja. Nggak usah repot-repot. (Kalau kau nak tidur. Dipersilakan tidur. Tak payahlah tahan.)” Rangga membuka mulut sedari tadi lagi mendiamkan diri.

Nur Daiyan Qaisarah tersentak daripada mengantuk apabila ditegur oleh lelaki itu secara tiba-tiba. Bermakna lelaki itu perasan akan dirinya yang tersengguk-sengguk menahan ngantuk yang semakin menjadi-jadi.

Rangga mengalihkan semula ke arah lain. Dia hanya sekadar ingin gadis itu tidur sahaja. Cukuplah. Dia bukannya kejam sangat pun untuk tidak membenarkan gadis itu tidur.

Sedang asyik membuang pandang ke luar tingkap yang sedia gelap itu tiba-tiba sahaja bahunya terasa berat. Seperti ada beban. Apabila dia menoleh ke sebelah kanannya...

Ternyata gadis itulah punca bahunya terasa berat seperti memikul beban yang besar. Mulutnya sedikit terlopong, sedikit terkejut dengan perbuatan tanpa sedar gadis itu. Rupa-rupanya gadis itu telah pun lena diulit mimpi. Sebenarnya, dia tidak berapa selesa dengan perbuatan gadis itu.

Tano yang berada di hadapan asyik memandang sedari tadi lagi segera mengalihkan pandangan mata apabila matanya bertembung dengan bosnya yang satu itu. Jauh di sudut hati, terasa perutnya menggeletek kegelian walaupun ianya bukan satu jenaka. Maklumlah, mana ada mana-mana perempuan mahu mendekati bosnya itu.

Nafas ditarik seketika, lantas tubuh gadis itu dengan penuh berhati-hati dibawa ke bawah. Kepala gadis itu diletakkan di atas pehanya yang sedia untuk dijadikan sebagai bantal tidur. Selendang yang hampir sahaja terlucut dari kepala gadis itu terus dibetulkan kembali.

Rangga tidak berapa tahu kepentingan bagi seseorang penganut agama Islam itu mengenakan tudung bagi yang perempuan. Kerana dia merupakan penganut agama Buddha. Jadi begitu sedikit sahaja dia tahu mengenai agama suci itu.

Jika di Indonesia, jangan sesekali dibuat jenaka mengenai agama atau sesuatu bangsa. Jika tidak, keruh keadaannya nanti. Isu itu seringkali dijadikan topik utama di negara ini. Walaubagaimanapun, hubungannya dengan keluarga Tuan Fatir masih lagi baik-baik sahaja walaupun mereka berlainan agama sekalipun.

Ermmm...”

Kedengaran gadis itu merengek dalam tidur sekali gus mengejutkan lelaki bertubuh sasa itu sekali lagi. Rangga tidak tahu ingin berbuat apa selain memerhati gadis itu tidur sahaja walaupun dirinya juga sudah merasa penat.

✿ BERSAMBUNG




YOU & I ©Where stories live. Discover now