VI

63 16 12
                                    

BALI, INDONESIA

          SEBUAH helikopter berjenama Eurocopter EC135 mendarat di dataran terbuka di kawasan perhutanan. Sejurus kemudian, seorang lelaki membuka pintu besi helikopter lantas Rangga dan Tano melangkah turun dari situ. Beberapa orang bodyguard upahan sedia menanti kehadiran mereka di kereta.

Sebaik sahaja turun dari helikopter, lantas mereka mengorak langkah ke arah deretan kereta mewah yang berada di hadapan sana. Seorang lelaki lewat 40-an menyambut kedatangan mereka berdua dengan senang hati. Rangga berjabat salam dan berpelukan dengan cara mereka selepas mengakhirinya dengan kata-kata.

Gue pulang ke sini karena suatu alasan, jangan tanyain gue ngapain gue pulang. Karena di rumah nanti baru lu tau. (Aku balik sini ada sebab, jangan tanya aku kenapa aku balik. Sebab kat rumah nanti, baru kau akan tahu).”

Jamroni angguk kepala tanda faham. Tanpa bertanya lebih lanjut lagi, terus dia membukakan pintu belakang kepada anak muda berdarah garuda itu. Rangga mengukir senyuman lantas melangkah masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja dibuka oleh Jamroni. Tano turut sama melangkah masuk ke dalam perut kereta.

Sebaik sahaja, semuanya sudah masuk ke dalam kereta. Kenderaan pancuan empat roda berjenama Volkswagen Arteon itu bergerak laju beredar dari situ diikuti beberapa buah kenderaan yang lain di belakang. Bendera Indonesia yang dipasang di atap kereta berterbangan seiring dengan bergeraknya kenderaan yang dipandu oleh mereka.

Siku dilabuhkan pada cermin kereta yang terbuka separuh itu, manakala bebola matanya pula membuang pandang ke luar tingkap. Hati lelakinya berbicara sendirian, memikirkan sebarang perancangan yang direkanya sebelum ini. Adakah perancangannya akan bergerak seiring dengan keinginannya kelak?

              SEPASANG mata bundar tekun membaca setiap coretan yang ditulisnya sebentar tadi pada Microsoft Words

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

              SEPASANG mata bundar tekun membaca setiap coretan yang ditulisnya sebentar tadi pada Microsoft Words. Hampir berjam-jam lamanya dia mengambil masa untuk menyiapkan senaskhah novel untuk genre romantik. Walaupun perasaannya kian mundur untuk mengarang sebarang novel, tetapi tetap juga dikarangnya kerana keinginannya tidak dapat ditahan lagi.

Alhamdulilah, dah siap."

Jari-jemarinya terasa krang kerana sedari tadi lagi menaip di atas papan kekunci itu. Dia membuat senaman ringkas pada setiap jari-jemarinya itu, direnggangkan segala urat agar darahnya dapat mencari ruang untuk kembali beroperasi seperti biasa. Badan disandarkan pada kusyen kerusi, keluhan berat dilepaskan seketika.

“Jangan risau Haz. Saya akan lupakan awak kalau awak kata ya. Saya akan berhenti mencintai awak.”

Dahlia menekup wajah dan menggeleng kepalanya berkali-kali. Otaknya kuat menindakkan perkara itu. Dia marah kepada dirinya sendiri kerana begitu rajin teringatkan peristiwa itu. Kenapa otaknya mesti memikirkan juga peristiwa itu? Kenapa?

Pap! Bahunya terhenjut kerana terlampau terkejut. Dadanya berombak kencang menahan pelbagai rasa. Terus kepala ditoleh ke belakang sekejap, terlihat wajah tak semengah milik Mariam. Isy!

“Kau nak tengok aku mati awal ke, hah?" marah Nur Daiyan Qaisarah sambil menendang perlahan kaki Mariam.

Sorry! Sorry babe. Aku gurau aje." Mariam melabuh duduk di atas katil lantas bersila.

“Asal kau datang bilik aku ni?" soal Nur Daiyan Qaisarah, serius. Siapa tidak kenal dengan perangai tidak semengah Si Mariam ini. Jika datang, pasti membawa berita.

Mariam tersengih lantas mengeluarkan sepucuk sampul berwarna putih dari poket depan baju depannya, terjongket kening Nur Daiyan Qaisarah melihatkan sampul tersebut.

“Apa ni?" Tangan segera mencapai sampul surat tersebut dan dilihat isi di dalamnya.

Tada!” Mariam membuat gaya mini love sambil senyum gembira.

Membulat anak mata Nur Daiyan Qaisarah melihat isi di dalam itu, bagaikan terkena renjatan elektrik kerana terlampau terkejut. Dalam terkejut, perasaan marah mulai membuak-buak hadir dengan ganas.

“Eh, kau gila ke, hah? Apa ni babe?" Muka terus berubah menjadi monyok, perasaan marah berbaur kecewa itu bercampur-baur ketika ini.

Ala... janganlah marah aku. Aku nak kau happy aje sebab tulah aku terus belikan tiket untuk kau fly nanti.” Tanpa bersalah, terus Mariam berkata sedemikian.

Nur Daiyan Qaisarah mengeluh perlahan. Sudahlah hatinya tidak terpaut untuk keluar melancong ke negara lain. Dia hanya mahu berehat di rumah sahaja. Itu pun sudah cukup baginya. Tiket penerbangan itu dilirik sekali lagi. Seakan tidak percaya.

“Kenapa kau tak bincang dulu dengan aku? Sekarang ni siapa yang nak pergi? Aku atau kau? Isy... kau selalu buat aku rasa sedih..." Entah mengapa dia mahu menangis sekali lagi pada malam ini. Matanya mulai bergenang. Tidak lepas anak matanya memandang seraut wajah jelita milik Mariam itu.

“Eh, kau dah kenapa ni babe? Ala... aku buat semua ni demi kau tau tak. Demi untuk kau lupakan Si Haziq tu. Sebab aku taulah yang kau asyik teringatkan dia lagi, kan?" tembak Mariam. Nur Daiyan Qaisarah angguk kepala tanda ya. Betullah tu.

“Tapi kenapa mesti Indonesia? Takde tempat lain ke kat negara kita yang best?" soal Nur Daiyan Qaisarah, seakan enggan pergi ke negara Garuda Pancasila itu. Mariam geleng kepala berkali-kali sambil berkata.

No! No! No! Why I say no? Because... kalau kau melancong dalam negara kita aje confirm punya kau akan teringatkan mangkuk tu. Jadi, lebih baik kau melancong jauh-jauh biar otak kau dapat lupakan kenangan kau bersama dengan dia dulu. Faham?" Mariam menjelaskan dengan panjang lebar lagi.

“Menjadi ke plan ni?" Nur Daiyan Qaisarah seakan tidak yakin dengan perancangan rakan baiknya itu. Macam susah sahaja hendak buat.

“Menjadi atau tak itu terpulang kepada kau babe. Bagi akulah kan, menjadi plan ni sebab kau akan hidup dengan dunia baru kau apabila kau tiba kat sana. Lagipun kat Indonesia banyak gila tempat cantik tau. Eeee... sukanya aku!" Mariam sempat membayangkan dirinya pula yang melancong ke sana. Betapa seronoknya imaginasinya kali ini.

“Kalau... tak menjadi jugak, macam mana?"

Mariam tersentak dari imaginasinya sendiri. Terus dia memberi perhatian seratus peratus kepada rakan baiknya itu.

“Dai, kau kena yakin dan percaya kepada diri kau sendiri. Kalau kau asyik macam ni. Ini dipanggil kau tak boleh move on dengan diri kau yang dulu, babe. Ya, aku tahu betapa sakitnya putus cinta ni. Tapi... dalam kesakitan itulah kau kena cari kebahagiaan kau yang sebenarnya. Anggaplah putus cinta ini satu ujian yang diberikan kepada kau oleh Allah. Boleh kau ingat kata-kata aku ni, Dai?" ujar Mariam, lembut.

Cecair jernih menitis laju membasahi pipinya, terus tubuh Mariam dipeluknya erat. Teresak-esak Nur Daiyan Qaisarah menangis dalam pelukan rakan baiknya itu. Kecewanya usah dikata, dalam tempoh ingin melupakan pasti akan muncul memori yang menggamit kenangan.

✿ BERSAMBUNG



     

YOU & I ©Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt