XIX

23 4 0
                                    

P/s : Maaf lama saya menyepikan diri. Maklumlah tiada mood. Apatahlagi sekarang saya sibuk nak masuk kolej intern bulan November. Saya minta maaf tau semua peminat buku ni.   

✧════•❁❀❁•════✧

          RANGGA terus mengangkat pistol ke arah lelaki tua di hadapannya itu. Tiada senyuman terukir di wajahnya melainkan hanya kemarahan yang semakin membuak-buak di jiwanya. Sedari tadi lagi dia menyoal Mister Zheng tetapi lelaki tua itu hanya ketawa sahaja walaupun sudah dibelasah teruk olehnya setengah jam lepas. Sedikit pun tidak terkesan kepada lelaki tua itu sehingga naik geram dia dibuatnya.

Ha ha ha ha! Lu... apa yang dapat lu lakuin untuk gue, hah? Isy... Rangga... Rangga... Rangga... lu ingat gue nggak tau lu bunuh semua rekan bisnis gue, hah? Gue nggak bodoh lagi. (Ha ha ha ha! Kau... apa kau boleh buat kat aku, hah? Isy... Rangga... Rangga... Rangga... kau ingat aku tak tahu yang kau bunuh semua rakan niaga aku, hah? Aku bukan bodoh lagilah setakat ni.)” sinis Mister Zheng berkata sambil meludah darah kepada Rangga. Mengenai baju kotnya.

Menggigil hebat Rangga kali ini. Tangannya menggenggam erat pistol yang dihala tepat pada kepala lelaki tua itu. Bila-bila masa sahaja dia boleh menembak lelaki tua itu, tetapi dia tetap juga bersabar.

“Diam!”

Lu bilang mau gue diam? Tentu nggak. Gue nggak bodoh lagi harapkan lu bunuh Zaka. Karena… ha ha ha ha… gue tau lu ada hubungan sama Tuan Fatir meski nggak ada yang ngetahuinya. (Kau nak suruh aku diam? Memang taklah. Aku bukan bodoh lagilah nak harapkan kau untuk bunuh Zaka. Sebab... hahahaha... aku tahu kau ada hubungan dengan Tuan Fatir walaupun tiada sesiapa yang tahu pasal tu. Rahsia ni hanya kita berdua saja. Kan?)” Terbahak-bahak Mister Zheng ketawa sambil menyambung kata-katanya dalam Bahasa Mandarin.

Cis, kurang ajar lelaki tua ini! Tidak sangka pula begitu banyak lelaki tua itu tahu mengenai latar belakangnya. Naik geram pula hati Rangga ketika ini. Picu ditarik. Dia bersedia menembak lelaki tua itu.

Lu mau tembain gue? Silahkan... tembain gue. Tapi... lu nggak bisa serta merta selamatkan orang-orang lu, Rangga. Maaf. Gue suka rumah lu di lereng bukit. Cantik banget. (Kau nak tembak aku? Silakan... tembak aku. Tapi... belum tentu kau dapat selamatkan orang-orang kau, Rangga. Maaf. Aku suka rumah agam kau atas lereng bukit tu. Sungguh cantik.)” Senyuman sinis terukir di bibir Mister Zheng.

Rangga tergamam. Bermakna... gadis itu. Ya, Nur Daiyan Qaisarah dalam bahaya. Rahang diketap, dadanya benar-benar berombak marah ketika ini.

Pang!

Pang!

Pang!

Tiga das tembakan dilepaskan serta-merta. Satu di kepala. Dua di dada lelaki itu. Darah memercik hebat mengenai pakaiannya malahan juga wajahnya. Terus dia memberi isyarat kepala kepada anak buahnya yang berada di situ. Terus mereka menguruskan jasat yang tidak bernyawa itu lagi.

Ketika ini barulah Rangga rasa bagaikan hampir pitam. Gadis itu... Nur Daiyan Qaisarah. Bagaimana nasib gadis itu nanti? Sudahlah dia tidak tahu bagaimana keadaan di sana.

Terus kereta Volkswagen Arteon dipantulkan sendirian dengan memandu selaju yang boleh untuk ke  rumah agamnya yang terletak di lereng bukit itu. Sambil-sambil itu dia cuba menghubungi Tano tetapi tetap juga tidak berjaya.

Berengsek!”

Semua ini bukan apa yang dirancangnya. Tidak disangka-sangka Mister Zheng jauh lebih mengetahui tentang rancangan ini. Mungkin kerana gadis itu juga dia lambat bertindak. Kerana dia hampir terlupa kepada rancangan asalnya itu. Barangkali ketika itu juga Mister Zheng mengambil kesempatan yang ada pada waktu-waktu begini.

Hatinya gusar...

Gadis itu dalam bahaya.

Gadis itu tidak boleh mati.

Tidak!

            PANG!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

            PANG!

Satu tembakan hinggap pada lengan kanannya dari arah belakang, cecair pekat berwarna merah mengalir laju menitis membasahi lengan baju kotnya. Arghhh! Tano berdecit geram, serta-merta pistol yang dipegangnya terlucut jatuh ke bawah tanpa sengaja.

Tercungap-cungap Tano menahan nafas sakit yang kian bertukar perit. Tangannya terasa pedih, perit dan kebas. Rasa itu bercampur-baur antara satu sama lain sehingga dia tidak mampu bertahan.

Tano jatuh duduk bertekuk di atas lantai simen, dia mahu mengambil kembali pistol yang tidak sengaja dijatuhkan olehnya sebentar tadi.

Prak!

Belum sempat dia mengambilnya, pistol itu sudah pun dipijak oleh seseorang. Tano mendongak memandang ke atas, seorang lelaki berjambang tanpa senyuman memandangnya tanpa reaksi sedang menghalakan pistol ke arahnya.

Mampus lu! (Mati kau!)”

Air liur ditelan, kelat. Berombak laju nafas Tano ketika ini. Sakitnya benar-benar mencengkam rasa. Sekelilingnya dipandang seketika, masing-masing sedang bertarung dengan cara masing-masing.

Bertarung untuk menyelamatkan diri sendiri yang nyawa hanya dihujung tanduk sahaja. Mata Tano bertemu dengan mata lelaki itu. Dia dapat rasakan sesuatu yang kurang senang berada dalam minda lelaki itu ketika ini.

Tano kumpul tenaga, mata dipejam sekejap. Klik! Picu ditarik oleh lelaki itu.

Pang!

Ketika itu Tano sudah bertindak. Satu tembakan dilepaskan... tersasar di siling. Kaki lelaki itu terus dilibas dari bawah serta-merta membuatkan lelaki itu tumbang. Dalam kesempatan yang ada terus disambar laju pistol miliknya yang berada berdekatan menggunakan tangan kirinya.

Picu dihala tepat pada dada lelaki itu. Senyuman terukir di bibirnya. Lelaki itu kelihatan tidak berpuas hati dengannya. Pang! Pang! Pang! Lebih dari tiga das tembakan dilepaskan. Serta-merta membuatkan lelaki itu mati.

Buk!

Tano jatuh terduduk di atas lantai simen. Sakit. Itulah yang dia rasakan ketika ini. Lengan kanannya terasa kebas secara tiba-tiba. Sudah hilang rasa deria sakitnya itu. Kini bertukar rasa kebas pula. Lengan kanannya dipegang erat.

“Tano!”

Usai bertarung, beberapa orang rakan-rakannya yang melihatkan dirinya dalam keadaan tidak baik terus berlari mendapatkan dirinya yang hampir-hampir sahaja pitam.


✿ BERSAMBUNG

            

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YOU & I ©Where stories live. Discover now