X

58 13 4
                                    

           “MARIAM...

Terdiam seketika Mariam apabila melihat Haziq berdiri di hadapannya. Mata terus dijulingkan ke atas, tanda menyampah. Benar-benar menyampah. Lelaki itu mahu apa lagi? Apa sebenarnya yang masih tidak cukup? Bukankah sudah cukup menyakitkan hati seseorang semata-mata hanya perkara remeh?

"Kau nak apa?"

Kini dia bercengkak pinggang, tanda benar-benar naik angin. Bila-bila masa sahaja boleh dia anyam lelaki ini seperti ketupat selepas ini.

"Betul ke Daiyan pergi Indonesia sebab aku?" Terus terang Haziq menyoal tanpa mahu berdalih lagi.

"Macam mana kau tahu, hah? Eh, kejap! Kau stalk dia eh? Sebab setahu aku, contact kau dia dah delete. And then... dia jugak block kau kat semua media sosial yang kau ada."

Tidak sangka Mariam dengan tindakan lelaki itu. Masih lagi mahu main 'stalk mengstalk' ya? Ini melampau! Sudah tentu lelaki itu menggunakan akaun palsu untuk menghendap Nur Daiyan Qaisarah. Jangan-jangan sudah tahap psychopath. Isy... seramnya!

Sebenarnya selalu dia berpesan supaya private setiap akaun kepada Daiyan tetapi apa boleh buat. Nur Daiyan Qaisarah kan orangnya jenis degil tahap astaghfirullah. Semestinya susah mahu menitipkan sebarang pesanan atau teguran.

"Aku..." Haziq menunduk ke bawah, rahangnya bergerak-gerak. Menahan pelbagai rasa ketika ini.

"Kau nak apa, hah? Sudah-sudahlah Haziq kau nak menagih cinta dia. Dia dah tak nak kat kau dah. Buat malu ajelah kalau kau get back balik dengan dia. Sebabnya kau yang mula dulu, bukannya dia."

Panas hati Mariam ketika ini, nasib baik dia masih lagi berfikiran waras. Kalau tidak, sudah lama arwah lelaki bernama Haziq itu di sini. Hendak marah tetapi kena sabar. Begitulah kata-kata yang pernah didengari sepanjang tempoh dia mengenali aplikasi Tik Tok.

"Ya aku tau semua tu! Aku tau aku salah! Tapi... aku betul-betul tak boleh nak lupakan dia, Yam. Sumpah aku masih lagi cintakan dia."

Ya, itulah yang dia rasa sekarang ini. Cinta. Cinta kepada seorang gadis yang bernama Nur Daiyan Qaisarah. Baru dia sedar bahawa gadis itu tetap di hatinya walaupun pelbagai cara yang dia lakukan untuk melupakan cinta hatinya itu.

"Tolong aku Yam..." rayu Haziq kepada Mariam. Dia buntu sebenarnya. Buntu bagaimana cara mahu memulihkan kembali hubungan mereka berdua.

"Tolong apa, hah? Boleh. Tapi tolong berambus dalam hidup dia!" sinis Mariam berkata sekali gus mengakibatkan Haziq terdiam.

Tanpa membuang masa, Mariam segera mengatur langkah beredar dari situ. Sempat dia melanggar bahu lelaki itu dengan sengaja sebelum dia tergelak sinis di dalam hati. Padan muka!

Manakala Haziq pula masih lagi dalam kesedihan. Terasa benar-benar terpukul dengan kata-kata Mariam tadi. Rasa seperti benar-benar bodoh, bodoh kerana mempermainkan perasaan gadis itu.

'Daiyan... maafkan saya,' bisik hati lelakinya, sebak dan pilu.

 maafkan saya,' bisik hati lelakinya, sebak dan pilu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
YOU & I ©Where stories live. Discover now