Bab 25 ☕❤️

443 22 0
                                    

SYANINA masuk ke bangunan yang gah itu sambil membebel. Mana dia tak bebelnya? Tengah-tengah sedap tidur waktu hujan boleh pula papa call minta hantar satu dokumen.

Wajahnya garang membuatkan yang lain takut dengannya. Siapa saja tak kenal Aira syanina? Anak Dato' Adi ilham yang sangat garang orangnya. Tentang konflik di antara anak dan bapa itu pun satu bangunan itu tahu.

"Hurgh! Aku juga kena hantar dokumen ni dekat dia! Suruhlah assistant dia yang ambil! Ini satu kerja aku pula kena datang sini bagi benda alah ni!" bebel Syanina. Semua staf-staf di situ memandang Syanina agak pelik. Gadis itu jarang ke sini membuatkan semua staf pelik melihat kehadirannya.

Syanina buat tak endah dengan semua pandangan orang di situ. Dia berjalan ke lif dan naik ke tingkat paling atas. Dia mengeluh kecil. Dia tak selesa dengan pandangan orang-orang tadi sebenarnya.

"Pandang-pandang! Macam ada peta pula dekat muka aku ni!" Syanina berdecit. Dia memuncungkan bibir sambil menunggu untuk sampai ke tingkat atas.

Ting!

Syanina terus keluar setelah pintu lif terbuka. Dia berjalan ke bilik pejabat Dato' Ilham dan masuk ke dalam bilik itu tanpa mengetuknya. Perkara yang berani mati!

Syanina selamba masuk walaupun ada kewujudan seseorang di situ. Secretary Dato' Ilham, Ezreen. Dia melangkah dekat ke arah dua orang yang sedang berbincang itu.

"Nah!" Dokumen itu diserahkan pada Dato' Ilham tetapi Ezreen yang mengambilnya setelah menerima isyarat dari Dato' Ilham sendiri.

Syanina menjeling Ezreen. Handsome juga secretary papa ni!

"Dah tak ada apa-apa kan? Sya balik dulu!" Syanina terlebih dahulu memusing tubuh ingin berlalu pergi namun suara Dato' Ilham menahan pergerakan Syanina.

"Ezreen, tolong bawa anak saya jalan-jalan dekat syarikat ini. Biar dia tahu perkembangan syarikat ini. Sambil itu kenalkan dia pada pekerja-pekerja baru." Arahan dari Dato' Ilham membuatkan wajah Syanina berkerut. Dia pusing tubuh semula.

"Wait-wait! Jalan-jalan dekat sini? For what? Malaslah! Sya nak balik!" bidas Syanina. Dia menjeling Ezreen yang hanya menunduk.

"Ezreen... Guide her." Arah Dato' Ilham pada Ezreen tegas. Ezreen hanya angguk patuh.

Syanina mendengus geram sebelum keluar dari bilik pejabat itu. Lantaklah apa-apa pun!

Tak sampai berapa saat dia keluar dari bilik itu, Syanina nampak Ezreen dari belakang mengejarnya. Mamat ni pon! Ikot jelah arahan papa!

Syanina berhentikan langkah dan berpaling pada Ezreen. Ezreen turut berhentikan langkahnya. Wajah Syanina berubah garang.

"Can you stop follow me? Aku tak perlukan kau nak bawa aku pusing satu bangunan ni! Aku tahu jalanlah!" ujar Syanina kasar.

"Dato' dah beri arahan pada saya jadi saya kena ikut. Mari saya bawa Cik Sya," ujar Ezreen tenang. Syanina menjulingkan matanya ke atas.

"Kalau aku tak nak? Aku nak balik! And you better shut your mouth! Jangan bagitahu papa aku balik. Pergilah buat kerja kau nuh! Buat semak je!" halau Syanina dan terus pergi. Dia tersenyum puas bila Ezreen tidak mengikutnya.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now