Bab 33 ☕❤️

370 15 2
                                    

SYANINA tidak puas merenung cincin yang berada di manisnya. Bibir itu sentiasa tersenyum saat melihat cincin berlian di jari manisnya. Ah! Aku dah jadi tunang orang! Kau hado?!

Memang tak berhenti dia ambil gambar jarinya yang elok tersarung cincin berlian itu. Dan setiap kali itulah dia post ke story Instagram nya. Excited sangat sampai rasa 24 jam nak show off cincin dia ini!

"Senyum dah sampai ke telinga dah tu... Seronok sangat ya dah bertunang?" usik Mak Jah menepuk manja peha Syanina. Syanina sengih malu sebelum menayang cincin miliknya kepada Mak Jah.

"Cantik tak Mak Jah?" soal Syanina pada Mak Jah buat seribu kalinya. Mak Jah hanya senyum dan angguk kecil.

"Cantik Sya... Hmm tapi Mak Jah peliklah, dulu kemain Sya tolak untuk bertunang dengan anak Tengku itu tapi sekarang Sya pula terlebih suka. Dah jatuh cinta ke dengan Encik Tunang itu?"

"Nak buat macam mana Mak Jah? Encik Tunang Sya itu asyik-asyik ngorat Sya je... Mana Sya tak jatuh hati? Lagi pun Sya yakin! He's the right one!" Syanina senyum manis dan memandang kembali cincinnya.

Mak Jah hanya senyum dan tidak membantah. Kalau itu yang boleh buat Syanina bahagia, dia boleh buat apa? Lagi pun dia juga percaya Dariel boleh jaga Syanina. Dia yakin Dariel sangat cintakan Syanina dan Dariel tidak akan buat perkara yang Syanina tidak suka.

"Sya ada nak makan apa-apa ke?" Mak Jah mengubah topik. Apa-apa pun makan pakai Syanina dia perlu urus kerana dia telahpun diberi gaji dan amanah oleh Dato' Ilham untuk menjaga Aira Syanina ini.

"Oh tak apa-apa! Sya nak makan dekat luar saja dengan Amyra. Nanti dia datanglah ambil Sya."

"Okaylah kalau Sya dah cakap macam itu. Nanti jangan balik lambat ya? Takut Dato' marah."

"Kenapa? Papa balik awal ke hari ini?" soal Syanina ingin tahu. Buah apel merah yang dipotong oleh Mak Jah diambil dan dimakan. Syanina memandang Mak Jah menanti jawapan.

"Kata Pak Hassan ya."

"Oh okay... Kalau macam itu Sya nak balik lambat! Bye Mak Jah!" Syanina terus berlari ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya mahu bersiap-siap.

"Ya Allah! Budak ini! Suka betul cari pasal dengan Dato'!" Mak Jah geleng kepala dengan sikap Syanina. Ingatkan dah nak kahwin itu berubah lah sedikit tapi nyatanya sama. Dia harap Dariel boleh bantu untuk perbaiki hubungan ayah dan anak itu saat dia masuk ke dalam rumah ini.







SYANINA tenang menghirup latte yang baru tiba dimejanya. Oh! Dah lama dia tak menikmati latte ini! Maklumlah... Haritu kan dia masih merajuk dengan mamat barista tu... Tapi rasanya perkataan mamat barista itu tidak akan wujud lagi selepas ini. Member tu CEO kot... Tak berani aku nak panggil dia mamat barista dah!

"Hai Sya! Lama tak jumpa awak!" Macam biasa, orang yang akan sambut dia macam VIP ini adalah Hakimi!

"Hai Kimi! Baru berapa minggu je saya tak datang sink... Bukannya bertahun pun!"

"Berminggu pun tersiksa tau! Tangan saya ini dah meronta-ronta nak buat air latte untuk awak!" Hakimi berseloroh. Syanina hanya gelak kecil..

"Yalah Kimi... Oh by the way! Tak lama lagi Sya nak kahwin! Kimi jangan lupa datang ya! Kalau Kimi tak ada... Sya nak merajuk dengan Kimi! Sya tak nak datang sini dah nanti!" Wajah Syanina sudah berubah garang. Dia mengecilkan matanya memandang Hakimi yang sudah melopong.

"Sya nak kahwin? Alah! Melepas lah saya macam ini!" Bibir Kimi memuncung sedikit. Saja nak bergurau yang dia sedang protes gadis itu mahu berkahwin.

"Hahahaha... Jangan nak mengada-ngada la Kimi! Awak ingat saya tak tahu? Awak ini dah ada buah hati kan? Siapa ek nama perempuan tu? Tak nak bagitahu saya?" Syanina serkap jarang membuatkan Kimi telan air liur dan sengih macam kerang busuk.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now