Bab 34 ☕❤️

576 28 8
                                    

HUH! Rasa macam cepat saja masa berlalu. Baru saja mereka bertunang, hari ini pula hari mereka disatukan. Syanina rasa jantungnya tidak aman dari dia bangun pagi sehinggalah sekarang. Dia tilik wajahnya di cermin mahu memastikan tiada kecacatan di wajahnya.

"Oemjiii! Sya! Tak sangka lepas ini kau akan jadi bini orang! Hurmm... Lepas ini tak bolehlah nak lepak dengan kau selalu!" Amyra tarik muncung. Syanina terus menjulingkan matanya ke atas mendengar suara sayu Amyra.

"Kau ini! Aku bukannya kahwin dengan warden penjara pun! Bukannya nanti laki aku akan kurung aku 24 jam!" Wajah Amyra dari pantulan cermin dijeling tajam. Hilang sekejap perasaan gemuruhnya diganti dengan perasaan marah. Amyra pula over!

"Hehe... Kau ini aku nak dramatic sikit pun tak boleh... Aku baru nak jadi drama queen tau!" Amyra masih dengan muncungnya dan menolak lembut bahu Syanina. Syanina hanya selamba.

"Aku ini cuma nak hilangkan nervous kau! Aku tengok kau ini dah macam ayam berak kapur dah! Cuba senyum sikit... Tenang..." Amyra senyum manis. Mudah saja mood nya berubah. Syanina mengeluh kecil dengan teguran Amyra.

Gila tak nervous? Dalam berapa minit lagi aku nak jadi bini orang tau! Jantung aku ini pun macam nak keluar dah dari tempatnya! Sumpah rasa dia lebih gemuruh dari nak present depan orang ramai! Aku ingatkan present depan orang ramai dah cukup nervous dah sampai bulu kaki naik tapi rupanya akad nikah lagi nervous!

"Myra... Aku takut! Macam mana kalau tiba-tiba Dariel tak nak kahwin dengan aku?"

"Dah kenapa pulak cakap gitu! Kalau dia berani buat macam itu dekat kau, memang aku smack down badan besar dia itu! Berani dia nak mainkan kawan aku!" Amyra tayang wajah garangnya. Dia renung tajam cermin seperti sedang membayangkan wajah Dariel di cermin itu. Berani dia nak mainkan Syanina?

"By the way kan Sya... Nanti dah kahwin jangan lupa buat anak comel-comel tau? Aku tak sabar nak jumpa Aira Syanina junior!"

"Aku belum kahwin lagi kau dah minta macam-macam dari aku... Kau nak, kau buat lah sendiri!"

"Kau ini..."

"Sya, mari. Kita dah nak bertolak ke masjid ini. Kesian pula bakal suami Sya tunggu." Mak Jah menyampuk di antara mereka. Syanina semakin gemuruh sebelum dia memandang Amyra. Huwaaa! Nak nangis!

"Amyra aku takut..."

"Santai-santai lah weh... Breath in... Breath out! Again Sya! Breath in... Breath out!" Amyra serupa pelatih menyuruh Syanina menarik nafas dan menghembusnya. Syanina pula patuh saja sebelum tangan Amyra digenggam erat.

"Kau ada dapat berhubung dengan mama aku?" soal Syanina tiba-tiba membuatkan Amyra terkedu. Dia menundukkan kepalanya kerana tidak berani memandang Syanina yang jelas berharap.

"Sorry Sya..."

Syanina tersenyum perit. "Tak apa. Bukan salah kau pun. Kau dah tolong aku cari mama aku pun, aku dah berterima kasih. Jomlah, kesian Mak Jah tunggu."

Akhirnya mereka berdua melangkah keluar dari bilik.


























"AKU terima nikahnya, Aira Syanina binti Adi Ilham dengan mas kahwin sebanyak lima belas dinar."

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah."

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Aira Syanina sudah bergelar isteri kepada Dariel Amsyar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bahagianya Dariel saat ini. Semuanya berkat dari Allah SWT kerana telah memudahkan urusan mereka.

Usai bacaan doa, Dariel toleh ke belakang mahu mencari wajah gadis yang baru saja bergelar isterinya. Apabila mata mereka bertemu, bibir Dariel melorek senyum nipis. Syanina turut membalas senyuman itu.

Sebelum melakukan pembatalan air sembahyang, Dariel terlebih dahulu dirikan solat sunat.

Usai solat sunat, dia mendekati isterinya dan melutut di hadapan Syanina. Mata Dariel tidak pernah lepas dari memandang wajah manis Syanina. Ini buat pertama kalinya dia lihat Syanina memakai alat solek dengan agak tebal.

"Assalamualaikum, sweetheart hubby," sapa Dariel lembut dan membuatkan jantung Syanina hampir gugur. Setelah itu, Dariel tersenyum manis sehingga melihatkan lesung pipitnya.

Syanina tidak mampu menjawab dan hanya menikmati keindahan ciptaan Tuhan dihadapannya ini. Ya Allah... Suami aku ke ini? Kenapa manis sangat!

"Woi! Jawablah salam laki kau tu!" Tertolak sedikit Syanina apabila Amyra menyiku lengannya. Terus dia rasa dia kembali ke alam nyata.

"W-waalaikummusalam." Syanina menunduk malu apabila banyak mata memandangnya.

"Izinkan hubby pegang tangan isteri hubby ini ya?" Sekali lagi suara lembut Dariel menampar telinganya. Tak sempat dia ingin membalas, Dariel terlebih dahulu mencapai tangannya.

Cincin berlian disarungkan di jari manis Syanina dengan penuh berhati-hati dan Syanina hanya pandang jari manisnya. Bibirnya mengukir senyum melihat jarinya sudah tersarung dengan cincin berlian itu.

Mama... Hari ini Sya dah nikah dengan lelaki yang Sya cintai. Sya harap sangat mama dapat tengok Sya nikah tapi... Semua itu macam mustahil kan? Bisik hati Syanina sebelum mencium tangan lelaki yang sudah bergelar suaminya. Dariel Amsyar.

Saat Syanina masih mencium tangan Dariel, Dariel mengambil peluang mencium ubun-ubun Syanina. Namun tidak sampai berapa saat dia jarakkan diri daripada isterinya apabila terasa tangannya basah.

"Sweetheart?" Dan bila dia memanggil Syanina, barulah isterinya itu lepaskan tangannya namun Syanina masih menundukkan kepala. Dariel sudah tidak sedap hati dan terus memagut dagu Syanina supaya memandangnya.

"Hey sweetheart... Kenapa ini hm?" soal Dariel lembut dan menyeka air mata Syanina menggunakan ibu jari.

Syanina senyum tipis dan menggeleng kecil. Mahu memberi isyarat bahawa dia tiada apa-apa tetapi Dariel tidak percaya dengannya.




















SEDANG Syanina berbual dengan Amyra, Asyraf dan suaminya di pintu masjid, Syanina terasa seperti ada mata yang memerhati. Terus dia berhenti dari gelak dengan lawak Asyraf dan berpaling ke beranda masjid.

Apabila matanya menangkap ada satu sosok tubuh wanita yang tidak dia kenal, Syanina tanpa sedar mengambil langkah mahu mendekati wanita itu. Langkah Syanina dihantar oleh Dariel.

"Eh Sya nak pergi mana tu?" Suara Amyra menyentakkan Dariel yang hanya memerhati Syanina sedang berjalan ke suatu arah.

Syanina terus menerus mengikut langkah wanita itu dan apabila wanita itu ingin pergi dari masjid ini, Syanina melajukan langkahnya.

Saat dia ingin menghampiri wanita itu ada tangan yang menangkap lengannya membuatkan langkahnya terbantut. Terus Syanina berpaling ke belakang.

"Dariel..."

"Sweetheart, kejar apa tadi hm? Jomlah kita pergi dekat dia orang," ajak Dariel lembut dan tersenyum nipis. Syanina hanya tersenyum janggal.

"A-awak... Tadi saya..."

"Eh! Eh! Aip... Apa awak saya ini hm? Hubby... Panggil hubby ini hubby okay? Dan hubby akan panggil isteri hubby ini Aira ataupun sweetheart." Dariel mencuit manja hidung Syanina.

"Dariel..."

"Ya. Hubby tahu, sweetheart tak suka dipanggil 'Aira' tapi tak salahkan kalau hubby nak panggil Aira? Hubby janji... Hubby tak akan jadi seperti orang sebelum ini yang pernah panggil isteri hubby ini, Aira. Okay Aira sweetheart?" Dariel senyum lagi namun kali ini lebih manis. Mahu meyakinkan Syanina.

"Okay fine... Panggillah apa-apa pun." Syanina pasrah sahaja. Lagipun... Nama saja kan? Cuma itulah! Setiap kali nama Aira disebut oleh orang, dia pasti akan teringat kenangan pahitnya. Terlalu susah untuk dipadam.

Tentang Fariez, ya mudah. Tapi mama...

Syanina hanya mampu mengeluh kecil.

Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On Hiatus]Where stories live. Discover now