BAB 1

33.2K 1.1K 3
                                    

"Sakitttt hiks!" Tangisan seorang gadis memenuhi lorong tu. Dia yang terduduk dengan lutut yang berdarah. Di tangan kirinya pula terdapat satu anak patung beruang kecil.

"Why are you crying?"Tangisan gadis tu reda seketika. Dipandang sosok tubuh jejaka tinggi lampai yang bercangkung depannya.

Mata terpandang akan lutut yang luka. Dipandang pula wajah gadis tu yang comot dengan air mata. Tersedu sedan dia menangis.

"Nak aku tolong?"laju kepala gadis tu menganguk. Tubuh kecil tu didukung secara bridal style ke keretanya.

"Macam mana kau boleh sesat dekat sini?" Dingin dia bertanya sambil membalut lutut tu.

"S..saya l..lari d..dari r..rumah."Jawab si gadis tu yang masih belum reda dari tangisannya.

"Nama kau?"

"Harleena Nuzaira panggil Nara."Mata kelabu tu memandang wajah gadis yang dikenali sebagai Nara. Apa yang dia lihat gadis ni seperti bukan budak sekolah.

"Umur?"

"Abah cakap umur Nara 22 tahun."Jawabnya lagi.

"Pergi balik. Jangan melencong pula. Kalau aku dapat jumpa kau nahas aku kerjakan." Nara yang takut segera bangun dan keluar dari kereta tu untuk pulang ke rumah dengan kaki terhinjut hinjut.

"Berani kau lari dari rumah eh budak!" Dilibas tali pinggang tu ke arah Nara. Gadis tu sudah menangis.

"Cukup abah. Nara sakit"Mohonnya tapi tidak mampu menghentikan tindakan orang tua itu.

"Tau pula sakit! Lain kali lari lah rumah lagi biar kau kena lebih teruk dari ni!" Dilibas lagi kuat. Nara memeluk patung beruang nya erat dan hanya relakan diri kena libas.

"Sekarang kau pergi masuk bilik! Kalau aku tau kau cuba keluar dari rumah lagi kau tahu lah apa aku buat!" Nara bergegas lari ke dalam biliknya. Seluruh badan terasa sakit.

"Ibu hiks badan Nara sakit. Abah jahat." Terhinjut hinjut bahunya kerana menangis. Kedua orang tua nya sudah meninggal sewaktu dia berusia 15 tahun dan Pakcik Hashim mengambil nya sebagai anak angkat.

Bukan kasih sayang yang dia dapat tapi hanya deraan saja yang menjadi makanan harian nya.

"Nara nak ibu. Nara nak ayah."Disembamkan mukanya di patung beruang kecil nya.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora