BAB 22

13.9K 635 3
                                    

"Assalamualaikum cinta, abang datang ni." Zeo melabuhkan punggung nya di kerusi. Tangan sejuk tu diambil dan digenggam erat.

"Cinta nak tahu tak, abang sunyi bila tak ada cinta. Bila nak bangun ni? Abang rindu cinta." Tangan tu diletakkan di pipinya.

"Abang rindu nak usik cinta  tapi tulah cinta merajuk dengan abang sampai taknak tengok muka abang dah. Tiga bulan lama nya." Zeo mengusap pipi gebu tu perlahan.

"Abang akan tunggu cinta sedar ya." Diusap jari jemari tu.

"Cinta kena kuat. Abang, mama, papa dengan Zack tengah tunggu cinta sedar. Jangan tidur lama lama tau. Cinta kena sedar lepas tiga bulan tau. Jangan mungkir janji. Tak baik." Diukir senyuman nipis. Belakang tapak tangan Nara dikucup lama.

"Tak sabar abang nak sarung cincin dekat jari manis cinta. Mesti cantik bila cincin tu tersarung dekat jari ni." Zeo mengusap jari jemari tu lembut.

"Jangan tinggalkan abang ya cinta. Abang perlukan cinta disisi abang."

ZEO menunggu seseorang di cafe hospital kerana ada yang mahu berjumpa dengan nya.

"Sorry boss saya lambat." Zeo mengangguk saja. Jejaka tu duduk berhadapan dengan boss nya dan mengeluarkan sekeping gambar.

"Ni bukan gambar yang sama kau bagi dalam whatsapp?" Hazem menganguk.

"Betul gambar yang sama tapi bila saya selidik gambar ni. Boss nampak tak raut wajah Nara dan posisi lelaki ni peluk dia?." Zeo merenung gambar tu.

Raut wajah Nara ketika tu seperti menahan sakit. Dilihat ke arah tangan kanan gadis tu memegang perutnya.

"Lelaki ni tumbuk dia?"dipandang wajah Hazem dan anak buahnya ini menganguk lagi.

"Maaf boss saya tak bagitahu secara detail. Sebab masa ni Dany pun ada jugak dan gambar ni dia ambil arah yang bertentangan dengan saya. Gambar yang saya bagi nampak macam tengah berpelukan tapi gambar Dany jelas Nara kena tumbuk dan Dany jugak rekod rakaman suara." Telefon bimbit dikeluarkan dan dicari rakaman tersebut.

" Bapak kau berhutang dengan aku lagi 5 ribu dan kau kena bayar. Disebabkan bapak kau lari dari bayar hutang aku, ni makanan untuk kau!"

"Uhuk"

Rahang Zeo mengeras apabila ada yang berani memukul gadisnya. Dipandang wajah Hazem.

"Awalnya Nara melawan disebabkan tu dia kena tumbuk. Saya minta maaf boss sebab bukti saya bagi tak detail haritu sebab ada anak buah lelaki tu tengah perhatikan sekeliling. Saya risau kalau saya kena tangkap." Tutur Hazem. Zeo mengetap gigi nya kuat.

"Cari jantan tu sampai dapat dan bawa ke markas." Arah Zeo dan bangun dari duduknya.

"Baik! Saya minta diri dulu." Hazem bingkas bangun dan melangkah pergi dari situ. Zeo mengorak langkah ke wad Nara semula.

Daun pintu tu ditolak perlahan dan terkejut bila ada seseorang mahu menyuntik gadis nya. Pistol yang selalu dibawa dikeluarkan.

Bang!.

Dada dipegang sebelum badannya rebah ke lantai. Zeo melangkah mendekati dengan riak kosong.

"no one can touch her." Disimpan semula pistolnya dan didail nombor Liam.

"Datang wad Nara. Ambil mayat." Panggilan ditutup bergitu saja dan Liam disana sudah terpinga pinga.

"Weih jom pergi hospital." Kalang kabut ke empat jejaka tu mencapai jaket masing masing.

"Astaghfirullah mayat siapa ni?" Andy bercangkung disebelah mayat lelaki tu. Dicucuk cucuk bahunya.

"BAH!"sergah Harris dan Andy menjerit terkejut. Dipegang dadanya.

"Kau pehal hah? Aku ingatkan dia bangun tadi." Bengang Andy. Harris tergelak saja. Zeo berdehem dan kedua jejaka tu terdiam.

"Bawa mayat tu keluar." Andy dan Harris segera melakukan arahan boss mereka.

"Apa dia buat?" Soal Zaki ke arah boss nya.

"Dia nak suntik ni."Zeo menunjukkan picagari tersebut dan Liam mengambil untuk dilihat.

"Racun." Dipandang wajah Zeo yang tegang.

"Aku nak dua orang jaga depan pintu wad. Aku taknak hilang dia." Zeo mengusap rambut Nara perlahan dan dikucup sayang di ubun ubun Nara.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin