BAB 2

21.5K 1K 9
                                    

Nara yang baru pulang dari taman berlari masuk ke dalam rumah tatkala melihat banyak kereta di depan rumah abahnya.

"Assalamualaikum abah. Kenapa ramai ramai ni?" Matanya terpandang akan seorang lelaki yang duduk bersilang kaki di sofa.

"Aku nak kau ikut diorang. Aku dah jual kau dekat dia." Nara mengeleng tanda tidak mahu.

"Nara taknak. Nara nak abah. Nara taknak ikut dia."Nara memeluk kaki abah nya. Orang tua tu menendang Nara dan menamparnya kuat.

Membulat mata Zeo dan dia bangun dari duduknya. Matanya mencerlung tajam ke arah Pakcik Hashim.

"Aku cakap tu dengar bukannya melawan!"Ditunjal kepala Nara dengan kuat. Zeo yang bengang mengeluarkan pistol nya dan ditembak tepat ke arah jantung pakcik Hashim.

"Hutang kau selesai." Zeo mendekati ke arah gadis tu. Dia menunduk mendukung Nara dan membawanya keluar diikuti 4 orang kuatnya.

TUBUH kecil tu diletak secara perlahan lahan dikatil agar tidak mengganggu lena nya. Comforter ditarik ke atas dada tu.

"Boss nak buat apa dengan dia?"Soal Zaki kepada boss nya. Zeo menoleh ke arah 4 jejaka tu.

"Hal tu korang tak perlu tahu. Cukup jaga dia ja." Mereka mengangguk faham dan meminta diri untuk keluar. Zeo mendekati Nara semula. Pipi kiri tu dilihat sedikit merah akibat tamparan dari orang tua tu tadi.

"Harleena Nuzaira" Perlahan Zeo menyebut nama gadis ni. Nara? Mungkin gabungan huruf terakhir antara dua nama tu.

"A..abah" perlahan lahan mata dicelikkan memandang siling putih. Dipandang ke arah seseorang yang dekat dengannya.

Dia yang terkejut bingkas bangun menjauhinya jejaka ni.

"Abah Nara mana?"Soalnya sambil mencari sosok tubuh orang tua itu.

"Dah mampos." Terkejut Nara yang mendengar balasan jejaka dihadapan nya ini.

"Kenapa abang bunuh abah? Abah tak salah"Ternaik kening Zeo bila dipanggil abang. Bibir ditahan dari tersenyum.

"what do you call me? Abang?" Nara menganguk kepalanya.

"Kenapa abang bunuh abah Nara?"Air mata nya mengalir ke pipi. Zeo menyeka air mata tu perlahan.

"Because he hit you." Ditolak bahu tu agar baring semula dan patung beruang tu diselitkan di celah ketiak Nara.

"You need a rest." Zeo mengusap rambut tu perlahan sebelum bangun melangkah keluar dari bilik tersebut.

Perlahan lahan mata gadis tu tertutup rapat dan hanyut ke dalam mimpi.

ZEO mendekati Nara yang duduk di sofa ruang tamu sambil bermain patungnya. Tempat disebelah Nara diduduki.

"Aku nak kau kemas rumah ni faham?"Dahi Nara berkerut.

"Kenapa Nara kena kemas?" Terukir senyuman sinis di bibir Zeo. Jejaka tu mendekatkan sedikit wajahnya.

"Aku beli kau jadi kau kena ikut arahan dari aku. Kalau kau ingkar kau tahu apa akan jadi. Sekarang aku nak kau pergi kemas bilik aku."Nara bingkas bangun dari duduknya dan menuju ke tingkat dua.

Zeo mencucuh rokoknya dan disedut sebelum dihembus keluar. Dia hanya layan perasaan saja diruang tamu sambil menghisap rokok.

"Abanggg" Zeo menoleh ke arah gadis tu yang berlari turun. Tubuh tegap tu terus didakap oleh Nara. Mengeras tubuh Zeo bila dipeluk erat.

"Ada lipass. Nara takut."Dia menyembunyikan muka diceruk leher Zeo. Jejaka tu menghela nafas perlahan. Nasib baik iman aku kuat.

Tangan kanan naik mengusap belakang Nara perlahan sambil tangan kiri mengepit rokok.

"Lipas pun takut."Nara merengek saja. Ternaik bibir Zeo. Baru dia tahu gadis ni manja.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now