BAB 10

17.4K 738 2
                                    

Zeo mundar mandir di ruang tamu dengan riak gelisah. Tidak pernah dia gelisah seperti ini.

"Zeo duduklah dulu. Sekejap lagi Nara balik lah tu." Tutur mama. Zeo menghela nafas berat.

"Macam mana Zeo tak risau ma? Dekat luar hujan lebat dengan guruh lagi. Kalau apa apa jadi dekat Nara macam mana. Kau Zack apehal tak jaga dia baik baik hah?" Tajam mata kelabu tu memandang si adik. Zack menunduk kepalanya.

"Maaf bang. Tadi aku nak cari tapi hujan lebat sangat tu yang aku balik." Zeo meraup rambutnya kasar sehingga kusut.

"Adik?" Nara yang duduk di bawah bumbung sebuah rumah usang tu segera menoleh ke arah orang yang menegurnya.

"Kenapa duduk sorang sorang dekat sini?" Dia bercangkung depan gadis ni.

"Abang saya hilang." Mata Hazel jejaka tu jatuh pada lutut kanan Nara.

"Lutut kena apa? Jatuh?" Nara menganguk kepalanya. Dipeluk erat patung beruang nya.

"T..tadi ada orang kejar saya lepastu saya tersadung."

"Nama adik siapa?" Soalnya.

"Sayang Harleena Nuzaira panggil Nara. Abang siapa?" Nara kembali bertanya.

"Nama abang Marveen. Sini abang bawa Nara balik rumah abang dulu untuk rawat luka ni dulu nak?" Nara tanpa berfikir panjang hanya mengangguk kerana ada yang mahu menolongnya. Marveen menyelitkan tangan kiri di bawah lutut Nara manakala tangan kanan berada di belakang tengkuknya.

"S.. sejuk" Marveen mengambil jaket di seat belakang dan diselimutkan di atas dada Nara.

Marveen memulakan pemanduan nya ke mansion miliknya. Nara yang disebelah dikerling sekilas. Gadis tu tertidur.

Mata perlahan lahan dicelikkan. Apa yang dia nampak adalah siling putih. Nara bangun dari baringannya dan terpandang akan lututnya yang sudah dibalut.

"Dah bangun?" Nara menoleh ke arah punca suara. Marveen melangkah mendekati Nara dengan segelas air coklat panas.

"Terima kasih."Disambut huluran tu dan ditiup perlahan sebelum dihirup.

"Sedap!" Marveen tersenyum nipis dan melabuhkan punggung nya di sebelah Nara. Mulut yang comot tu dilap dengan tisu yang dia capai di tepi rak sebentar tadi.

"Minum pun comot hm?" Nara tersengih dan dipandang air di dalam mug nya semula. Diserahkan kepada Marveen. Ternaik kening jejaka tu.

"Taknak dah?" Disambut huluran tersebut dan dihirup. Nara mencari patung beruang nya.

"Beruang Nara mana?" Marveen menunduk mengambil patung beruang Nara yang berada di tepi bawah katil.

"You want this? And get it." Terukir senyuman sinis di bibir Marveen. Patung tu dibawa ke belakang dan disebabkan itu Nara terpeluk jejaka tersebut.

"You want hug me hm?"Nara cepat cepat mengeleng dan menjauhkan diri dari Marveen.

"Nara nak beruang." Tergapai gapai tangannya mahu patung tu semula. Marveen menunduk sedikit badannya.

"Kalau nak patung ni cuba cium sini." Marveen menunjukkan pipi kirinya. Nara mengucup pipi Marveen dan merampas beruangnya semula.

" Yeay Nara dapat beruang Nara balik!" Jeritnya sambil memeluk erat. Marveen masih tergamam dengan tindakan Nara tadi. Tidak dia sangka gadis tu benar benar melakukan nya.

Marveen yang semestinya mempunyai idea licik mula merampas semula patung beruang tu dan tu buatkan Nara bengang.

"Haa abang bagilah balik beruang Nara." Dia cuba untuk merampas semula. Marveen mengelakkan tangannya daripada Nara memegangnya.

"Cubalah ambil." Nara memegang bahu kiri Marveen untuk mencapai patung beruang yang dianggkat tinggi. Dengan sengaja, Marveen merebahkan badannya dan sekarang gadis tu berada di atas nya.

"I win baby." Marveen tersenyum sinis. Nara berdecit dan mahu bangun tetapi jejaka tu menekan belakangnya agar dia kembali menghempap Marveen.

"Stay here."

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now