BAB 14

15.6K 706 5
                                    

Zeo menepuk bahu tu perlahan dengan mata yang terpejam. Sejujurnya dia tidak dapat tidur bila Nara seperti ni.

Risau dan marah menjadi satu. Risau kerana Nara demam dan marah kerana Nara tidak memberitahu nya yang dia alahan dengan kacang. Patutlah Cadbury tu tidak habis.

MATA yang berat digagahkan juga untuk buka. Terasa lemah satu badan. Ditoleh ke kanan melihat Zeo yang tidur.

Zeo mencelikkan matanya memandang Nara yang sudah bangun. Harini dia tidak masuk office disebabkan mahu menjaga Nara.

"You didn't tell me you were allergic to peanuts" Datar suara tu. Nara mendongak memandang wajah Zeo yang bengis. Pagi pagi dah emosi namun Nara tidak larat dan hanya diam saja.

"Look at me Harleena Nuzaira!"  Rahangnya bergerak gerak dengan mata menajam bak pedang.

Nara pandang ke arah nya.

"You're bothering me" Nara bingkas bangun dari baringannya. Dia duduk seketika. Zeo yang melihat gadis tu diam sedari tadi mula hairan. Tidak pernah gadis tu abai apa yang dia cakapkan.

"Nara."

"Please stop it. Kalau kehadiran Nara hanya menyusahkan abang its okeyh Nara boleh jauhkan diri." Dengan sekuat tenaganya dia bingkas bangun untuk ke bilik air. Tergamam Zeo mendengarnya.

"Nara hey. Janganlah macam ni. Terasa dengan apa yang abang cakap ya? Jangan duduk lama lama dalam bilik air tu. Sejuk." Tak sanggup dia bila Nara mahu menjauhkan diri dari nya.

"Nara okeyh. Abang keluarlah." Zeo dengan berat hati melangkah keluar dari bilik tersebut. Mungkin Nara perlukan masa.

"Hm bang. Nara mana eh? Tak nampak pun dia. Aku cari dekat bilik pun tak ada." Zeo melihat ke arah jam di dinding. Pukul 3 petang.

"Cuba tanya mama mana tahu Nara ada bagitahu."

"Mama kan pergi butik pukul 11 tadi. Papa pula keluar dengan kawan kawan dia lepas mama keluar." Hati Zeo berdetak kencang.

"Jangan cakap yang dia." Zeo pandang Zack dan Zack pandang Zeo sebelum kedua dua nya berlari mendapatkan kunci kereta.

Nara hanya duduk memeluk lutut nya di atas pasir sambil melihat ke arah air laut. Dahinya pula ditampal dengan cool fever.

"Nara rindu ibu dengan ayah. Ibu dengan ayah tak pernah mengeluh jaga Nara. Nara tak minta jadi macam ni. Nara pun nak jadi macam orang lain juga." Mata nya tidak lepas dari memandang air laut tersebut.

"Betul cakap abang Zeo. Nara hanya menyusahkan ja. Tuhan tak adil! Kenapa dia ambil ibu ayah ja. Nara dia tak ambil sekali." Batu batu kecil tu dilempar dengan perasaan bercampur baur.

"Nara nak ibu. Nara nak ayah. Nara nak jumpa ibu ayah harini juga." Nara bingkas bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke arah air laut tu.

Hampir sedikit saja lagi tubuh kecil tu tengelam di air laut, tangan kecil Nara ditarik kuat ke darat semula.

"What are you doing hah!" Meninggi suara Marveen dan tubuh Nara dibawa ke dalam dakapannya erat.

"Kenapa abang Marveen halang Nara? Nara nak jumpa ibu dengan ayah." Marveen mengeleng kepalanya dan ditekup kedua pipi gebu tu.

"Kenapa bertindak macam ni hm? Tell me sweetheart." Mata Hazel tu dalam memandang mata cantik Nara.

"Abang Zeo cakap Nara hanya menyusahkan orang ja." Katanya.

"Nara tak menyusahkan orang pun. Sini ikut abang balik ya. Nara demam tak boleh duduk dekat luar lama lama." Tangan kecil tu digengam erat dan dibawa ke arah kereta    Lamborghini nya.

"Mana kita nak cari Nara ni bang? Call tak angkat. Kalau mama papa tahu ni mesti kena marah teruk." Zack menghela nafas nya kasar. Mereka berhenti seketika di tepi jalan. Mereka berdua bersandar di hadapan kereta masing masing.

"Sekarang ni kita balik dulu. Dah nak dekat malam. Maghrib pun tak solat lagi." Zeo dan Zack segera masuk ke dalam kereta masing masing untuk pulang ke rumah.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now