BAB 36

12.4K 555 5
                                    

"wahh kuatnya abang Zeo." Jejaka tu hanya tersenyum saja ke arah gadis kecilnya. Disusun besi khemah tu terlebih dahulu sebelum naikkan khemah dengan Arcy.

"SUDAH SUDAH LAH TU LAWAN TENGOK MATA! KHEMAH ADA LAGI NI!"jerit Zeo ke arah pasangan suami isteri tu. Arcy mendengus geram.

"Tunggu sini ya sayang." Arcy segera bangun mendekati Zeo.

Nara menyusun kerusi di khemah yang telah siap dipasang. Walaupun mereka berdua pengantin tapi tetap kena tolong apa yang patut.

"Bah!"

"MAMA!"terkejut Nara dan menoleh ke belakang melihat Zeo yang tergelak bebas.

"ABANG ZEO!"dikejar jejaka tu dengan membawa kerusi. Membulat mata jejaka tu dan membuka langkah.

"TAK PAYAH LAH BAWA KERUSI!"jerit Zeo sambil berlari. Arcy menepuk dahinya dan mengeleng perlahan.

"Abang. Nak air?" Ditoleh ke arah Kiara yang membawa Air. Disambut huluran tu.

"Terima kasih sayang."

"Aduh duh sayang sakit lah eish." Zeo menangkap tangan kecil Nara yang mencubit pinggang nya.

"Padan muka! Kacau Nara lagi." Zeo pandang tajam ke arah Nara. Rasa nak cekik je.

"Cekik japgi kang." Nara menjelirkan lidah nya tidak takut. Di flip rambutnya dan berlalu pergi. Tercengang Zeo.

"Ehwah budak ni." Kecil besar kecil besar saja dia tengok.

"PAPA! ABANG ZEO TAK BUAT KERJA!"jerit Nara mengadu.

"ZEO! SUSUN MEJA CEPAT! MAJLIS ESOK JA NI!" Membulat mata Zeo bila Nara mengadu.

"SAYANG HARLEENA NUZAIRA! SINI KAU! MEMANG NAK KENA!" Dikejar gadis tu yang sudah terkekeh melarikan diri.

"Aaaa abang Zack! Tolong Naraaa" Dia berlari bersembunyi belakang jejaka tu yang sedang membasuh pinggan dibelakang rumah.

"Eh? Jangan main dekat sini licin." Zeo mengatur nafasnya yang termengah-mengah.

"Sini cepat!" Zeo menjengilkan matanya acah garang. Nara berdesup melarikan diri ke arah lain.

"Sumpah aku nak cekik dia." Zack melepaskan ketawanya apabila mendengar kegeraman si abang.

Nara berlari mendekati Zack semula. Buih sabun di ambil dan berlari ke arah Zeo. Dicalit sabun dihidung jejaka tu.

"Allahuakbar!!!! NARA!" Suara Zeo sudah naik seoktaf. Yang lain hanya tergeleng melihat dua manusia tu. Esok nak kahwin harini boleh main lagi.

Tangan kecil tu digengam kuat disertai tatapan tajam yang mampu buatkan ketawa Nara terhenti.

"Nak main lagi hah?" Nara menunduk sambil menggeleng kepala tanpa mengeluarkan suara.

"Pandang muka abang!"Meninggi suara tu dan Nara mengeleng lagi tidak mahu.

"Zeo jangan lah bentak Nara. Esok dah nak kahwin kan?" Lembut suara mama menegur dan baru Zeo sedar.

"Astaghfirullahalazim maaf sangat abang lupa. Sini sayang." Ditarik tubuh kecil tu ke dalam pelukannya. Diusap sayang rambut panjang tu.

"Sayang hey. Pandang abang." Ditolak dagu tu ke atas dan mata cantik tu berair. Diusap lembut pipi gebu Nara.

"Shhh jangan nangis. Abang minta maaf sebab dah bentak Nara." Digosok kepala Nara perlahan. Pipi gebu tu dikucup sayang.

"Nak main lagi tak?" Nara mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Taknak lah diam macam ni. Abang minta maaf ya. Sayang nak main dengan abang hm? Jom main." Nara mengeleng lagi.

"Taknak. Nara nak masuk dalam." Dia mahu menarik lengannya semula namun Zeo mengengam erat.

"Merajuk lah ni hm? Sini abang dukung." Diangkat tubuh kecil tu dan Nara melingkari kaki nya di pinggang Zeo. Kepala dilentokkan di bahu jejaka tu.

"Mama. Buah anggur ada lagi kan?" Mama menganguk dan dibawa keluar buah anggur dari peti sejuk.

"Jom makan buah dekat pondok taman. Kita ajak akak kiara dengan abang Arcy sekali nak?" Nara menganguk tanpa membantah.

"Nak abang suap." Zeo tergelak geli hati. Dikucup tepi dahi tu.

"Boleh sayang. Jom." Diatur langkah ke taman dan dipanggil pasangan suami isteri tu untuk datang ke pondok. Tubuh kecil Nara diturunkan perlahan lahan.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now