BAB 30

12.6K 594 29
                                    

"Kenapa rumah bersepah ni hah?!" Tengking Zeo lantang. Nara sudah takut bila mata hitam pekat tu memandang nya.

"Kau sini!"Didekati Nara dan ditarik rambutnya. Nara menjerit sakit.

"Abang, sakit"

"Kau tahu pula sakit? Ni rumah bersepah siapa nak kemas? Hidup jangan nak menyusahkan orang boleh tak."Ditolak kasar tubuh tu sehingga Nara terhantuk bucu sofa.

"Sakit." Tangan naik memegang dahi yang berdarah. Tolakkan jejaka tu terlalu kuat.

"Padan muka kau! Aku nak kau kemas sebelum pukul 2 dan aku taknak tengok kau main benda benda ni dah faham!" Disepak barang yang disitu sebelum melangkah naik ke bilik. Nara mengutip barang barang tu semula.

ZEO menolak pintu bilik Nara perlahan. Dilihat gadis tu sedang tidur dengan memeluk bantal. Dahinya berkerut. Selalunya Nara akan memeluk teddy nya.

"Sayang. Bangun turun makan." Ditepuk perlahan bahu tu namun tepukkan nya terhenti bila mata terpandang dahi Nara yang ditutupi rambut. Tangan naik menyelak rambut tu. Darah tu sudah kering.

"Sayang Harleena Nuzaira bangun." Perlahan lahan mata cantik tu terbuka memandangnya dan gadis tu nampak takut. Dia bangun dan menjauhi Zeo.

"Dahi sayang kena apa? Darah kering." Zeo mahu menyentuh namun gadis tu mengelak darinya. Bantal dipeluk erat.

"Abang tanya ni sayang. Jawab." Nada Zeo lembut saja.

"A..abang buat." Dahi Zeo berkerut tidak faham. Mata memandang sekeliling. Barang barang yang dia beli untuk Nara juga tiada di dalam bilik tu.

"Mana barang yang abang beli dekat sayang? Teddy sayang mana?" Nara mengeleng kepalanya.

"Ab.. abang cakap j..jangan main dah. N..nara buang." Zeo terdiam seketika.  Mata Zeo meluas seakan tidak percaya.

"Abang yang cederakan sayang?" Dilihat gadis tu mengangguk laju. Mata dipejam erat dan dikepal penumbuk nya. Bagaimana sisi keduanya boleh muncul dihadapan Nara.

"Sini dekat abang." Nara mengeleng tidak mahu.

"Nara taknak." Zeo pandang wajah takut gadis kecilnya. Dihela nafas kasar.

"B..boleh tak abang Zeo tunaikan permintaan Nara?" Takut takut Nara mahu bertanya. Zeo diam menunggu apa yang Nara mahukan.

"Dekat atas rak tu ada pisau. Bunuh Nara boleh?" Terkejut dan tergamam mendengar permintaan tersebut.

"No! Abang takkan bunuh sayang. Kenapa mintak macam tu hah?"

"Abang cakap hidup jangan menyusahkan orang jadi Nara tak nak menyusahkan sesiapa. Nara nak abang bunuh Nara je boleh? Nara tak rasa permintaan Nara tu berat." Sekali lagi Zeo mengetap bibirnya. Dia pasti sisi keduanya muncul dan berkata sesuatu kepada Nara.

"Sini sayang. Abang peluk sayang, abang cium sayang, abang bagi kasih sayang dekat Nara. Sini." Ditarik lembut tangan tu ke dalam dakapannya dan dipeluk erat.

"Abang minta maaf sangat sangat apa yang abang buat tadi. Jangan minta abang buat benda tu. Abang taknak kehilangan sayang." Air mata jantannya mengalir betapa sayangnya dia terhadap Nara.

"Biar abang rawat dahi sayang ya. Nanti abang beli sayang teddy bear lagi." Diusap sayang wajah cantik Nara. Tepi dahi tu diselak dan dicapai first aid kit di dalam laci.

"You love me babygirl?" Nara mengangguk kepalanya. Zeo tersenyum.

"I love you too babygirl."  Dia perlu kawal dirinya agar Keven tidak muncul. Sisi keduanya akan muncul bila saja dia mahu tapi jika Zeo bijak mengawalnya, Keven tidak bakal keluar.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora