BAB 18

15K 680 1
                                    

"abang memang taknak lepas tangan Nara ke?" Soal nya apabila tangan kirinya erat digengam dengan tangan kanan milik Zeo yang berbalut disebabkan terkena hirisan pisau dua hari lepas. Nara juga sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"No." Ringkas dia membalas dan menarik Nara ke meja makan.

"Suap aku." Mereka berdua duduk tanpa melepaskan genggaman tangan. Nara mencedok nasi ke dalam pinggan dan dicedok pula lauk.

Zeo segera membuka mulut apabila Nara mahu menyuap nya. Mama papa dan Zack hanya berada di ruang tamu saja.

ZEO menarik tangan gadis tu sehingga buatkan Nara menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke belakang.

"Nak pergi mana?"

"Nara nak pergi perpustakaan." Zeo mengangguk dan melangkah mendahului Nara. Gadis tu turut ditarik.

Nara mengambil sebuah buku dan melangkah ke arah sofa. Seperti biasa Zeo juga akan mengikuti.

Zeo duduk di sebelah kiri Nara. Tangan kanannya diletakkan di belakang leher gadis itu.

"her husband treats his wife like an angel." Kata Zeo apabila turut membaca isi dalam buku tu.

"Itulah. Nara pun teringin nak dilayan macam bidadari." Zeo pandang wajah tu. Didekatkan untuk mencium pipi Nara.

"You want?" Disengetkan kepalanya sedikit. Gadis tu menganguk saja.

"Seronok bila dapat layanan macam ni. Dilayan seperti seorang bidadari dengan orang yang tepat." Laju saja mulut kecil tu bertutur.

"If you want, i can do it." Bisik Zeo dan sempat cuping telinga tu digigit perlahan. Nara mengeliat kegelian mendapat tindakan miang Zeo.

Suasana disitu sunyi sepi. Nara hanya fokus dengan bukunya dan Zeo hanya diam melentok kepalanya di bahu Nara.

"Abang mengantuk." Nara menoleh ke arah Zeo. Buku diletakkan di atas peha dan rambut soft Zeo diselak.

"Kalau abang nak tidur pergilah masuk bilik. Nara nak baca buku." Zeo mengeleng kepalanya.

"Kau kena ikut aku."Dia bingkas bangun dan menarik tangan tu untuk mengikutinya. Nara hanya bisa pasrah saja.

Zeo mengengam erat tangan tu. Taknak Nara lari darinya. Mata dipejamkan untuk tidur. Nara pandang Zeo yang sudah tidur tu.

Perlahan lahan gengaman di tangan Zeo dileraikan. Dilihat tiada apa yang berlaku cepat cepat Nara keluar dari bilik tersebut.

Zeo mencelikkan matanya dan bangun keluar. Susuk tubuh Nara dicari. Wajahnya kosong saja. Dilihat Nara yang sedang minum air dengan membelakangi nya. Sebaik gadis tu menoleh dia terkejut apabila Zeo dibelakang.

Zeo mendukung tubuh Nara ke bilik semula. Tahu lah sekejap lagi dia nak kunci Nara macam mana.

"Bukan tadi abang tidur ke?" Bibir tu mengoyak senyuman sinisnya tanpa bersuara.

"Stay here with me." Zeo mengunci kaki Nara dengan kakinya. Harini dia berasa letih sedikit dan perlukan rehat.

"Abang sihat tak?" Soal Nara.

"Kepala aku sakit sikit." Nara mengusap rambut hitam pekat Zeo perlahan. Jejaka tu lama kelamaan terbuai dengan usapan di kepalanya.

Nara yang mendengar dengkuran halus Zeo menyelak sedikit rambut tu ke belakang. Nafas jejaka tu teratur seperti bayi.

Perlahan lahan mata Nara juga tertutup dan turut tertidur.

WAJAH mulus tu diusap perlahan. Dari kening sehingga bibir tu cukup sempurna. Tiada cacat cela.

"Ermm" Nara masih tidak terganggu dengan usapan dari Zeo. Nyenyak sungguh gadis tu tidur.

Zeo hanya diam merenung wajah tu. Dia keliru dengan perasaan dalam dirinya. Apa dia cintakan Nara atau membencinya?. Tapi gadis ini mahu dilayan dengan baik dan dia harus lakukan. Tidak semena mena bibirnya mengukir senyuman manis. Kenapa dia buat semua untuk Nara?.

"My heart has been stolen by you." Dikucup lembut pipi pau tu.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now