BAB 15

15.6K 685 4
                                    

"Buka mulut sweetheart." Arah Marveen yang mahu menyuap nya. Gadis tu hanya turut saja.

"Kenapa kalau orang sakit kena makan bubur?" Soalnya hairan. Marveen tergelak kecil mendengar soalan tersebut.

"Orang sakit kena lah makan makanan yang lembut lembut. Tak boleh keras keras nanti tercekik meninggal pula." Tutur Marvee dan disuap lagi ke dalam mulut kecil tu.

"Boss, eh?" Mereka menoleh ke arah pintu dimana Baim melangkah masuk.

"Aku rasa kau boleh keluar dari kumpulan aku." Nada suara Marveen bertukar dingin. Baim berkerut dahi pelik.

"Apa salah saya boss?" Marveen berdecit sinis dan bangun dari duduknya. Rambut Nara diusap sebentar.

"Tak payah pura pura tak tahu Baim. Kau orang Dark Tiger kan?" Kalini jejaka tu benar benar terkejut bila Marveen mengetahui nya.

"Segala rancangan aku selama ni gagal disebabkan kau dan aku takkan lepaskan kau." Jaket dibuka dan ditutupi kepala Nara sebelum sepucuk pistol dikeluarkan.

Baim yang mahu lari keluar tidak sempat disebabkan Marveen yang melepaskan tembakan nya.

"Bawa dia ke bilik bawah tanah sekarang." Arah Marveen kepada anak buahnya yang baru naik disebabkan terdengar bunyi tembakan.

"Abang Marveen." Dia pantas menoleh ke arah Nara. Tatapan mata yang tajam sebentar tadi berubah lembut.

"Yes sweetheart? Nak apa?" Tanya nya seolah tiada apa yang berlaku sebentar tadi.

"Tadi tu bunyi apa?" Marveen mengeleng kepalanya tanda tidak ada apa apa. Diusap perlahan rambut tu.

"Tak ada apa pun. Dah pukul 9 malam. Nara mengantuk?" Gadis kecil tu mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Belum lagi." Marveen menarik cool fever tu apabila sudah kering. Laci ditarik dan di ambil cool fever baru.

"Dah kurang sikit panas." Bibir gadis tu mengukir senyuman. Marveen merenung lama wajah Nara.

"Antara abang dengan Zeo. Pilih siapa?" Soalan tu keluar dari mulut nya.

"Abang Zeo." Gadis tu jawab dengan pantas. Wajah Marveen menjadi tegang. Pipi tu dicengkam kuat.

"Asal kau pilih dia? Aku yang selamatkan kau dari mati lemas dalam laut tu dia yang dapat nama?!" Suara Marveen juga meninggi. Kukunya menikam masuk ke dalam kulit pipi Nara.

Mata Nara terpejam erat. Takut dengan pedih menjadi satu. Dia tidak boleh membuka mulut disebabkan kedua pipi nya dicengkam kuat.

"Pandang aku!" Jerkah Marveen. Nara mengeleng kepalanya tidak mahu. Kenapa orang jahat dengannya? Apa salah dia?.

Marveen melepas kasar cengkamannya. Nara memegang pipi kirinya yang pedih. Mungkin luka.

"N..nara cuma tempat orang lepaskan kemarahan je ke? Semua orang pukul Nara. Apa salah Nara? Nara tak minta abang Marveen selamatkan Nara petang tadi." Nafas Marveen yang turun naik perlahan lahan normal semula.

"Nara? Kenapa cakap macam tu? Nara betul betul nak tinggalkan kami semua?" Dilihat gadis tu menganguk merentap kan sekeping hati Marveen.

"Nara ingatkan Nara tak kena pukul dengan abah bila Nara dah lepas dari dia tapi tak. Abang Marveen sakitkan Nara, abang Zeo pun sama. Kenapa tak ambil pisau tikam Nara ja?" Marveen terus mendakap tubuh Nara erat.

"Shhh baby." Diusap sayang rambut Nara. Dicium tepi dahi nya.

"Sweetheart. Taknak nangis nanti selsema."pujuk Marveen bila terasa bahu tu sedikit mengigil. Tangisan kecil juga dapat didengari. Sepatutnya dia tidak bertindak seperti tadi.

Marveen mengusap belakang Nara perlahan untuk menenangkan nya. Lama dia mengusap sehingga tangisan tu sudah tidak didengari lagi. Perlahan lahan tubuh tu dibaringkan. Sisa air mata diseka lembut.

Matanya terpandang luka kecil di pipi mulus tu. Dipandang kuku dijarinya dan pasti luka tu dari nya sendiri. Minyak dan kapas dicapai. Dipedap perlahan lahan ke pipi tu. Setelah selesai, comforter ditarik ke dada Nara sebelum mengorak langkah keluar dari bilik tersebut.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now