BAB 3

20.9K 969 20
                                    

"Lipas tu tak pakai baju" Ternaik kening Zeo. Ada ke lipas pakai baju?. Derapan kaki seseorang yang menuruni tangga buatkan mereka menoleh.

"Perempuan mana kau bawa balik ni sampai ceroboh bilik aku? Nasib aku pakai seluar."Datar suara jejaka tu.

"Itulah Lipas yang Nara cakap tadi!"Jari runcing tu menunjuk ke arah lelaki tersebut. Zeo mengaru keningnya.

"Bila kau balik sini Zack?" Zack yang mahu marah Nara yang panggil dia lipas terus tidak menjadi apabila si abang bertanya.

"3 pagi tadi. Tak pernah aku tengok kau bawa balik perempuan." Tangan naik memeluk tubuh sambil melihat Nara yang berada di pangkuan abangnya.

"Bukan urusan kau."

"Dia dah ceroboh bilik aku tau jadi aku perlu tau dia siapa."Dijeling tajam ke arah si abang.

"Err eheh sorry Nara silap masuk bilik."Patung beruang digunakan untuk menutupi wajah. Tergeleng kepala Zeo.

"Pergi kemas bilik aku sebelah bilik yang kau ceroboh tadi. Jangan cuba cuba untuk masuk ke dalam bilik pintu coklat terang."Arah Zeo dengan tatapan helang nya dan Nara hanya ikutkan saja.

Kini tinggal lah Zack dan Zeo saja di ruang tamu tu. Zack pandang abangnya.

"Aku nak kau cari biodata budak tu sekarang." Sekali lagi arahan keluar dari mulut Zeo. Zack berlalu mengambil laptopnya dan kembali ke ruang tamu.

Tidak sampai lima minit, Zack dapat biodata gadis tadi. Laptop dipusingkan ke arah Zeo.

Nama penuh : Sayang Harleena Nuzaira binti Mohd Noor.
Umur : 22 tahun
Tarikh lahir : 12 Jun 2000
Tempat asal : Kluang Johor.
Mempunyai penyakit childish.
Menjadi anak yatim diusia 15 tahun.
Menjadi mangsa dera ayah angkatnya.

Zeo pandang wajah Zack yang turut pandang dirinya. Kening Zack terangkat menandakan apa?.

"Sayang Harleena Nuzaira. Cantik nama." Terukir senyuman sinis di bibir jejaka tu.

"Sayang?" Zack menahan bibir dari tersenyum. Unik nama nya. Dipandang Zeo. Wajahnya ketat memandang si adik.

"Tak. Maksud aku Nara." Zeo memandang laptop tu semula. Zack melepas nafas lega.

"Lama budak tu mengemas. Cuba kau pergi tengok."Hairan Zack bila gadis tu lama di tingkat dua. Zeo bingkas bangun dari duduknya dan mengatur langkah ke bilik nya.

"Apa yang lama sangat kau mengemas ni?"Soal Zeo dan masuk ke dalam bilik tu tapi bayangan si gadis kecil tu langsung tidak nampak.

"Huwaaa besarnyaaa!" Jejaka tu melangkah ke arah closet. Dihela nafas kasar apabila Nara menjumpa teddy bear besar di dalam closet tu.

"Abang pun main teddy bear?"Soalnya sambil memeluk teddy bear besar tu. Zeo memandang nya datar.

"Tak. Tu aku dapat hadiah dekat pesta. Kau nak ambik lah."Zeo mengatur langkah keluar dari situ.

"Abangg"Langkah tu terhenti dan menoleh ke belakang.

"Hm?"

"Nara laparr"Dia mendekati Zeo dengan teddy bear besarnya. Yang kecil sudah dilempar ke atas katil Zeo.

"Jom" tangan kecil Nara ditarik keluar dari bilik tersebut. Dibawa turun ke dapur. Faid yang sedang menyiapkan hidangan makanan segera menoleh.

"Boss." Faid mengukir senyuman buat boss nya dan menyambung kembali tugas nya. Zeo membuat isyarat mata ke arah Nara untuk duduk.

"Teddy bear tu tak payah bawa sekali."Keras suara Zeo. Nara segera meletakkan teddy bear di tepi kaki meja.

"Tadi cakap lapar kan? Makan lah." Nara yang melihat menu tu rasa tidak tahu macam mana mahu makan nya kerana semuanya western dan selama ni dia hanya makan nasi dengan telur goreng saja.

"Sayang Harleena Nuzaira"

"Ya" sahut Nara takut bila mata kelabu tu tajam memandang dirinya. Zeo membuat isyarat mata.

"Nara tak pandai makan makanan macam ni." Ternaik kening Zeo.  "Why?" Soalnya. Nara menunduk.

"Selama ni abah selalu bagi Nara makan nasi dengan telur goreng ja tapi dia makan ayam dengan ikan." Mengeras rahang Zeo yang mendengar. Dasar orang tua! Selama ni minta duit beribu tapi bagi anak makan telur goreng.

"Bangun, datang sini"Nara akur dan bangun mendekati Zeo. Jejaka tu menyelitkan tangannya di celah ketiak Nara dan diangkat ke atas riba nya.

Zeo mencucuk ayam yang disalut dengan sos black pepper tu dan disuap ke dalam mulut kecil Nara.

"Sedap?" Laju gadis tu mengangguk kepalanya. Sos yang terlekat di tepi bibir tu dikesat dengan ibu jarinya.

ZEO KEVEN : HIS BABYGIRL✓Where stories live. Discover now