P10: POV Haikal - Pre-Swingers

14.1K 117 5
                                    

"Hello.. Err.. Ini Encik Haikal kan?".. Bicara permulaan yang aku terima daripada seseorang yang tidak aku kenali sebelum ini.

"Ya saya.. Dengan siapa saya bercakap ini?".. balasku dengan penuh hormat. Aku sedar, aku perlu sentiasa berbudi bahasa memandangkan salah satu sumber pendapatanku adalah dengan terjualnya pakej insuran.

"Oh!. Maafkan saya tidak perkenalkan diri.. Err.. Saya Dato' Amir.. Saya dapat nombor Haikal daripada seorang kawan. Dia kata awak ada jual insuran..".. suaranya tenang berbicara. Hatiku melonjak gembira kerana client sendiri yang menghubungiku, dan bukannya aku yang mencari. Aku perlu memastikan aku dapat 'close' bersama dengannya.

"Ya.. Tapi boleh tak saya jumpa Dato' agar lebih mudah untuk saya menerangkan pakej-pakej yang syarikat kami tawarkan.".. balasku beradab.

"Kalau macam tu, Haikal boleh datang ke office saya.. Nanti saya akan sharekan locationnya.".. balas Dato' Amir sebelum menamatkan panggilan. Tidak lama kemudian, mesej masuk ke telefon bimbitku. Aku terus men'save' nombor telefon Dato' Amir. Aku bangun dari tempatku menuju terus ke bilik ketuaku untuk meminta izin menemui pelanggan.

....................

03.00 petang

Aku memandu sendiri ke pejabat Dato' Amir yang tidak la jauh sangat daripada bank tempat aku bekerja.

"Harap-harap dapat laa aku merasa sirip jerung hari ini.. Bukan selalu rezeki nak datang bergolek..".. aku bersorak riang di dalam hati. Pada masa yang sama, terdengar alunan lagu Gemuruh nyanyian kumpulan Wings dan Search yang sememangnya menjadi lagu kegemaranku sepanjang zaman. Aku turut menyanyinya dengan penuh perasaan. Aku sudah tidak peduli dengan pandangan mat rempit yang asyik memerhatikan aku di traffic light.

Kereta siap di parkir. Aku berjalan agak laju mengejar masa. Masuk ke dalam bangunan seperti yang telah dimaklumkan padaku oleh Dato' Amir.

"Hai.. Tumpang tanya.. Dimana pejabat Dato' Amir?".. tanyaku pada penyambut tetamu yang bertugas di kaunter hadapan (front desk).

"Hai.. Ini Encik Haikal kah?".. tanya seorang wanita cantik bertubuh seksi.

"Ya saya..".. balasku agak kehairanan.

"Tadi Dato' ada pesan.. dia minta Encik Haikal naik ke tingkat 8.. Dia memang dah tunggu dari tadi lagi.".. balas Fisya. Tanda nama yang terletak kemas di atas gunung berkembar aku baca.

"Baiklah Fisya.. Jumpa nanti ya!".. balasku sambil mengernyitkan mataku pada wanita tersebut. Kakiku terus menuju ke lif terus menuju ke tempat yang telah diberitahu oleh Fisya sebentar tadi.

Setelah 10 minit berlalu, akhirnya aku bersua dengan seorang lelaki yang agak berumur tetapi masih segak bergaya. Officenya sangat ringkas.. cukup minimalist. Sempat juga la aku menatap sekali imbas pejabat tersebut. Dan mataku tertangkap pada sekeping gambar yang begitu menarik pandangan mataku.

"Jemput duduk Haikal..".. cukup beradab walaupun aku dapat merasakan darjat kami sangat berbeza. Aku terus duduk tidak membantah.

"Itu isteri saya.. Haikal kenalah?".. malunya aku. Memang tidak aku menyangka Dato' Amir berjaya menangkap pandangan mataku tadi.

"Errrr.. Tak pernah jumpa Dato'..".. jawabku agak gemuruh dengan pertanyaannya itu disebabkan aku agak mengenali wanita di dalam gambar tersebut. Tetapi aku tidak pasti, adakah soalan yang diajukan kepadaku itu benar-benar soalan atau hanya satu soalan perangkap.

"Bertuah Dato' dapat Datin yang cantik..".. pujiku sekadar untuk mengurangkan gemuruhku.

"Nanti dia datang.. bolehlah kamu bersembang dengan dia pula pasal semua pakej-pakej kamu tu.. sekarang ceritakan dahulu kepada saya, apa yang boleh kamu offer pada saya.".. aku terus mengeluarkan laptopku dan menunjukkan ke semua pakej yang ditawarkan. Dato' telah bersetuju untuk mengambil pakej insuran untuk keluarganya. Setelah segalanya selesai, kami mula bersembang bab-bab yang lain pula.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now