P19: POV HAIKAL - Percutian Mewah Part1

13.1K 100 2
                                    

Aku juga tidak menyangka daripada perkenalan yang hanya seketika beberapa hari yang lepas, telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Tanpa diduga, aku berjaya memperolehi nombor telefonnya. Hari ke hari kami sering berbalas whatsapp hinggalah akhirnya dia bersetuju mengikutiku bercuti di pulau ini. Entah apa alasan yang diberikan kepada Dato' Amir, aku sendiri tidak pasti.

Pagi tadi, aku keluar rumah agak awal dan terus menuju ke rumahnya. Seperti yang telah kami janjikan masanya, Fisya telah sedia menungguku dengan sebuah beg kotak kecil muat untuk persalinan selama 3 hari 2 malam. Aku memberhentikan keretaku betul-betul di hadapan pintu pagar rumahnya. Dengan pantas, dia keluar dan menutup pintu dan terus menuju masuk ke dalam keretaku.

Aku terus memandu keretaku menuju ke Kuala Lumpur. Fisya terus menghadapkan tubuhnya ke arahku yang sedang memandu. Aku juga sering beralih dan mencuri pandang ke arahnya. Wajahnya yang cukup manis tidak jemu mataku menatapnya. Wangian yang dipakainya juga harum semerbak memberi kesegaran kepadaku.

Memang tidak salah Dato' Amir memilih gadis itu untuk bekerja dengannya. Memiliki ketinggian yang hampir menyamai ketinggianku, cuma berbeza 5 cm sahaja. Teteknya cukup mantap, aku dapat bayangkan genggaman tanganku pasti tidak dapat untuk menggenggam keseluruhannya. Bra yang dipakainya berkemungkinan bersaiz 36C, itu hanya sekadar tekaanku sahaja.

"Fisya okay?".. aku bertanyakan padanya sambil aku genggamkan tangannya.

"Betulkah apa yang kita buat ni Haikal?".. soalnya sambil terus menatap tajam ke dalam bola mataku.

"Tiada apa yang salah Sayang.. Asalkan hati kita merelakannya.".. balasku dengan yakin.

"Isterimu tahu tentang percutian kita?".. sambungnya lagi menginginkan kepastian daripadaku.

"Don't you worry about that.. Everything was under control.. Dia tak tanya apa-apa pun pasal ini.".. aku memperkemaskan genggaman tanganku sambil kuangkat dan aku cium tangannya.

"Dato' pun tak tahu perkara ini kan?".. sambungku. Fisya hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan kepalanya.

"Semuanya akan tetap rahsia jika kita tidak menceritakannya kepada sesiapa..".. sambungku sambil kembali memberi fokus kepada pemanduan ku.

Kami terus berbicara. Tiada lagi sebarang keraguan yang kami fikirkan. Fokusku hanyalah di lebuhraya di mana tidak banyak kereta pada ketika itu. Aku berasa cukup teruja dengan percutian yang bakal dinikmati ini. Walau bagaimanapun, aku perlu banyak bersabar. Aku tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Budget percutian ini juga bukan calang-calang juga, memang taraf kayangan.

Sepanjang perjalanan seterusnya, kami tidak banyak berbicara melainkan saling menatap wajah masing-masing dan berbalas senyuman.

"Haikal.. Boleh kita singgah mana-mana RnR atau Hentian Sebelah tak?.. Fisya nak kencing.".. mohon Fisya apabila ternampak sign board RnR Sg Perak.

Aku hanya mengangguk kepalaku dan apabila sampai di susur keluar ke RnR itu, aku membelok kan keretaku. Kami turun dan menuju ke tandas berasingan. Setelah selesai melepaskan hajat, kami membeli sedikit jajan dan terus kembali ke kereta. Jam di tanganku telah menunjukkan 09.35 pagi, bererti telah hampir 2 jam kami dalam perjalanan.

"Dah lama ka Fisya bekerja dengan Syarikat Dato'?".. terasa ingin aku menyelidiki Penyambut Tetamu Dato' Amir yang berusia 24 tahun itu.

"Belum cukup setahun lagi.".. balas Fisya sambil menghirup vitagen yang dibelinya tadi.

"Macamana kerja di situ? Best?".. tanyaku lagi.

"Best!.. Dato' baik sangat.. Selalu jaga kebajikan staf dia.. Tak macam boss Fisya sebelum ni.".. balas Fisya

SEMPADAN NAFSUTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon