P38: POV NIZA - Berkursus Tamat

5.9K 96 14
                                    

"Abang.. Niza lapar laa." luahku mencari peluang untuk aku menghubungi sahabatku.

"Nak keluar makan?" tanya Insp. Razak sambil bangun mencari pakaiannya.

"Dah lewat.. memang tak dak apa-apa yang boleh kita makan ka bang?" tanyaku pura-pura tidak mahu membenarkan dia keluar.

"Eerrrmmmmph.. Niza tunggu sat boleh? Abang keluar cari kat 7e tengok." balas Razak.

Aku mengangguk. Razak menyarung pakaian dan bergegas keluar mencari makan. Aku ditinggalkan sementara berseorangan di rumah sewanya. Aku bangun mengintai pemergian Razak.

Setelah aku pasti kereta Razak telah jauh meninggalkanku, aku mencari telefonku untuk menghubungi Yana. Namun, belum sempat aku mendail, telefonku berbunyi dan bergetar. Terpapar nama suamiku di layar telefonku. Mujurlah ia panggilan biasa dan bukannya panggilan video seperti selalu.

"Assalamualaikum sayang.." terdengar suara suamiku yang hampir seminggu tidak menghubungiku.

"Wa'alaikum salam bang.." aku membalas pendek tanpa perasaan teruja menerima panggilan daripadanya.

"Ada apa bang?.. Ayang mengantuk laa." sambungku berharap dia straight to the point.

"Sayang nak gerak pukul berapa besok?" Haikal menyoal.

"Tak tau lagi.. Nak habis kol brapa pun tak tau lagi besok bang. Kalau sayup, Ayang rasa balik ari Sabtu ja." balasku.

"Kalau macam tu, Sayang call Yana boleh?.. Bagitau Tasya tidur lagi semalam. Abang pun besok baru balik. Ada ad-hoc company event pulak besok. Abang pun balik Sabtu." jelas suamiku membuatkan aku terasa panas.

"Laaaaa.. Awat jadi lagu tu pulak? Kata dua malam ja out station?" aku meluaskan ke tidak puaskan hatiku.

"Bukan abang yang rancang.. Organizer yang buat keputusan. Abang terpaksa ikut!" terdengar suaranya yang sedikit tinggi.

"Ikut suka abang laa. Malas Ayang nak sembang dah. Nanti Ayang call Yana bagitau papa Tasya sibuk!" aku terus tidak berpuas hati.

"Relax laa Sayang.. Kan abang dah kata, tu semua bukannya idea abang.. abang just ikut arahan saja." Haikal masih menegakkan be ngan ya yang basah.

Aku terus mematikan panggilan telefon. Aku menghempaskan telefonku ke atas katil. Mujurlah fikiranku masih waras. Jika tidak, habislah duit aku untuk membeli telefon yang baru.

Aku termelenggu sendirian mengenangkan suamiku dengan idea hidung belangnya. Naluriku berat mengatakan suamiku bukannya outstation berkaitan dengan kerja. Sebaliknya, pasti dia berlaku curang di belakangku. Tetapi projek honeymoon dia tidak dapat aku buktikan.

Setelah hampir 10 minit aku melayan perasaan amarahku, aku kembali sedar. Aku terus menghubungi sahabatku pula. Namun, panggilanku tidak berjawab. Aku terus mencuba, tetapi masih tidak berjawab. Lalu aku menghantar mesej kepadanya.

"Assalamualaikum bff.. aku cuma nak bagitau yang Haikal tak jadi balik hari ni. Dia terpaksa sambung lagi semalam, atau mungkin dua malam. So, aku nak tumpangkan lagi Tasya kat rumah hang sampai aku atau dia balik nanti. Harap tak menyusahkan hang." aku benar-benar berharap perkara ini tidak membebankan sahabatku.

Oleh kerana situasi telah menjadi keruh, aku juga tiada mood untuk membuat panggilan video untuknya. Mungkin besok saja aku membuat live video kepadanya.

Tidak lama kemudian, Razak kembali me bawak balik makanan dan minuman termasuk dua tin minuman Tongkat Ali dan dua tin Kacip Fatimah. Aku perhatikan wajahnya yang tersenyum penuh makna. Aku juga dapat merasakan yang berkemungkinan kami tidak akan tidur malam ini.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now