P42: POV SHAH - Tin Kosong

6.3K 85 11
                                    

"Nanti nak balik call ibu." mesej dari ibu semasa aku baru ingin memulakan aktiviti ko-kurikulum.

Aku menyertai pasukan beruniform dan Kadet Polis telah menjadi pilihanku. Selain abahku yang menjadi idolaku sejak dari kecil, kesegakkan dan ketampananku semasa beruniform selalu mendapat pujian daripada Tasya. Dan disebabkan itu jugalah, Tasya turut serta menyertainya bersamaku.

Aktiviti kebiasaan kami adalah kawat kaki. Dengan aktiviti seperti ini dapatlah kami menyerap dan mengasuh diri kami dengan disiplin yang ada bersamanya. Banyak panduan hidup yang boleh menjadikan aku insan yang sempurna.

"Senaaaanngggg diri!.. Rehatkan diri." laung Sarjan Zainol.

"Saya rasa sampai sini dulu latihan kita untuk hari ini. Selepas keluar baris nanti, saya nak semua berkumpul di bawah pokok hujung dewan besar. Tunggu saya di sana. Faham semua?" Sarjan Zainol memberi arahannya.

"Faham Sarjan!!" jawab kami serentak.

"Baris! Baris sedia." laung Sarjan.

Prrrraaapppp!! serentak bunyi hentakan kaki kami.

"Kelluuuaarrrrrr Baris!" sambungnya lagi.

"Satu!.. Dua tiga satu.. Dua tiga satu.. Dua tiga satu.." secara serentak juga kami keluar baris.

Tanpa disuruh sekali lagi, kami semua menuju ke pokok yang dimaksudkan Sarjan Zainol. Tidak sampai 15 minit menunggu, kelihatan Sarjan Zainol sedang bergerak ke arah kami.

"Okey.. Saya cuma nak maklumkan bahawa kita akan menyertai perkhemahan jambori pada masa cuti sekolah ini. Saya amat berharap tiada sesiapapun yang tidak dapat menyertainya.. atau ada sesiapa yang sudah ada plan untuk cuti sekolah ni?" tanya Sarjan.

"Tak dak Sarjan!.." jawab kami serentak.

Semuanya kelihatan gembira dengan berita tersebut. Masing-masing berpelukan sesama jantina. Keterujaanku kami terhenti dengan arahan-arahan selanjutnya daripada Sarjan Zainol. Setelah segalanya selesai, kami dibenarkan bersurai.

Aku terus mendapatkan Tasya yang baru berpisah dengan rakan-rakannya.

"Eh! Jadi ka kita nak ke rumah Nita ni?" tanyaku pada Tasya secara berbisik.

"Entah laa.. Jom kita cari dia." jawab Tasya.

Kami telah merancang untuk ke ruang mahu Tasya selepas tamat aktiviti ko-ko pada petang itu. Kami berdua tiada masalah kerana dalam satu pasukan beruniform yang sama. Manakala Nita pula telah menyertai Persatuan Pengakap. Kami berdua menuju ke arah kelompok Pengakap yang masih berkumpul.

"Depa tak habis lagi tu" beritahu Tasya sambil menjuihkan muncung mulutnya ke arah kelompok itu.

"Kita tunggu.. bukan lama pun.. Nak habis dah tu rasanya." jawabku.

Kami berdua duduk melepak di bangku tersedia di bawah pokok yang berhampiran dengan kelompok Pengakap tersebut. Tunggu punya tunggu, akhirnya Nita menapak menghampiri kami berdua.

"Dah lama ka Korang tunggu aku?" tanya Nita.

"Baru ja.." balas Tasya.

"So.. Boleh laa kita gerak ke rumah kau Nita.. Shah rindu laa.." celahku pula.

"Ammbbboooiiiiiiii.." sampuk Tasya.

"Apa yang kau rindu sangat tu Shah" tanya Nita pura-pura tidak memahami maksud hatiku.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now