P25: POV NIZA - Berkursus Part1

7.7K 96 11
                                    

"Inilah saat yang aku nanti-nanti kan." cetus hatiku semasa aku menerima surat tawaran berkursus di Negeri Sembilan.

Aku menjadi serba salah samada perlu memberitahu Liyana atau tidak, berkenaan perkara ini. Jika tidak diberitahu sekalipun, dia pasti akan mengetahuinya juga nanti. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk memaklumkan padanya sesegera mungkin agar dia tidak mengetahuinya daripada orang lain.

Aku terus menanti ketibaan Liyana di bilik guru. Namun, aku langsung tidak melihat kelibat sahabatku itu. Aku terus menanti. Akhirnya..

"Mai jugak hang.. Lama betui aku dok tunggu. Ingat hang pi beromen dah tak sat.." aku cuba berjenaka dengan Liyana.

"Ammbbboooiiiiiiii.. lain macam nampak.. Hepi jaa aku tengok hang." balas Liyana dan aku pasti dia belum mengetahuinya.

"Saja laa.. Rindu kat hang.." balasku yang hampir ketandusan idea untuk aku memulakan pengkhabaran yang menggembirakan diriku.

"Ya laa rindu.. Nih mesti ada apa-apa yang hang nak habaq kat aku nih?" balas Liyana seolah-olah dapat membaca apa yang berlegar dalam fikiranku.

"Tak payah nak susun ayat laa.. Habaq jaa apa yang hang nak bagitau tu.. Straight to the point okey." sambung Liyana.

Ayat Liyana menambahkan lagi debaran hatiku. Aku cuba mengumpul segala kekuatan untuk aku luahkan hasratku padanya.

"Sebenaqnya.. Sebenaqnyyaaaa... Aku.." aku tergagap hendak memberitahu Liyana

"Sebenaqnya apa?.. Hang nak pinjam laki aku ka Niza? Semacam jaa aku tengok hang nih." balas Liyana yang menyedari kegugupanku.

"Eh!.. Mana ada." balasku masih tidak kuat untuk memaklumkan padanya.

"Okay laa.. Macam nih.." aku cuba menguatkan diri untuk berterus terang padanya.

Liyana menanti dengan penuh tanda tanya. Aku juga berteka teki, adakah Liyana telah mengetahuinya dan berpura-pura tidak mengetahui agar aku memaklumkan sendiri kepadanya.

"Aku tak pasti hang dah tau belum benda ni.." sambungku

"Weeiiiii.. Apa ni dok main teka teki pula.. Habaq laa lekas skit." balas Liyana tidak sabar

"Sebenaqnya.. Aku kena kursus 5 hari.. Kursus MyPortfolio.." sambung aku lagi.

"Woowww!.. Benda baru tu. Best la hang tak payah mengajaq seminggu. Kat mana hang nak kursus tu Niza?" soalan yang cukup berat untuk aku menjawab tetapi aku perlu jawab.

"Seremban." jawapan pendekku telah membuatkan kami berdua terdiam seketika.

Entah apa yang sedang Liyana fikirkan. Adakah apa yang difikirkan Liyana sama dengan apa yang sedang bermain dalam fikiranku. Aku terus bersabar menunggu reaksi lanjut daripadanya.

"5 hari 4 malam laa jadinya hang kat sana?" sambung Liyana dan aku mengangguk perlahan.

"Depa buat kat mana kursus tu Niza?" soal Liyana masih mencari info lanjut.

"Kalau ikut kepada surat ni.. depa buat kat
hotel kat Sri Sendayan." balasku jujur.

"Hang tau dak kat mana hotel tu?" Liyana terus menyoalku. Mungkin risaukan aku. Atau..

"Aku harap ke Waze ja.. Ikut laa dia nak bawak pi mana, aku ikut jaa." balasku

"Hang nak drive sendiri ka? Or Haikal hantaq hang pi sana?" banyak pula soalan daripada sahabatku ini, dan aku membuat kesimpulan bahawa memang dia risaukan aku.

SEMPADAN NAFSUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora