P33: POV RAZAK - Berkursus Part4

7.8K 115 9
                                    

Aku tidak langsung menjangkakan yang aku akan mendapat durian runtuh. Karniza, sahabat karib isteriku datang berkursus dan secara khususnya datang kepadaku.

Dengan pantas aku mengarahkan rakan serumahku untuk menumpang di rumah rakan-rakan mereka yang lain. Aku pastikan bahawa di rumah sewaku hanya akan tinggal aku sahaja. Jadi, aku boleh membawa Niza pulang ke rumah jika keadaan memerlukan.

Kenangan bersama mereka berdua kembali terimbau dalam kotak fikiranku. Namun, kejadian terbaru antara aku, isteriku dan Niza masih segar dalam ingatanku. Threesome yang sangat terkesan dalam kehidupan seks aku dan isteriku. Aku langsung tidak menyangka, Yana akan membenarkan aku bersetubuh dengan kawan karibnya itu.

Dan kini, aku sedang bersenang-senang dengan Niza tanpa pengetahuan Yana. Aku sengaja mereka cipta alasan kehadiran Ketua Polis ke tempatku agar aku mempunyai sebab untuk tidak diganggu, dan bebas bersama Niza sehingga hujung minggu ini. Akan aku pujuk Niza untuk terus tinggal dan hanya akan pulang ke rumahnya pada hari Ahad nanti.

Semua yang berlaku ini telah membuatkan aku tersenyum sendirian. Nafsuku baru sahaja aku lampiaskan ke atas tubuh Niza sebentar tadi. Baru sekali aku menyemburkan benihku menerpa ke pintu rahimnya. Hajat yang telah sekian lama aku pendam, akhirnya tertunai juga.

Kami mandi bersama sambil bermesra seperti baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Aku senang hati dengan pakej bulan maduku selama seminggu ini. Ditambah pula dengan aku terlepas daripada sebarang tanggungjawab berat melainkan tugasan harian seperti biasa.

Aku juga telah merancang agar cuti hujung minggu kali ini akan aku habiskan di sini sahaja bersama Niza, kekasih pinjamanku. Aku berkorban tidak pulang ke rumah untuk bertemu dengan anak dan isteriku seperti yang sepatutnya. Aku terpaksa membatalkan dan menundanya ke bulan hadapan.

"Menung apa lagi tu? Niza dah siap dah ni." sergah Niza sambil menepuk bahuku.

Aku segera tersedar dari lamunan. Aku toleh kepadanya. Aku tarik Niza ke dalam pelukanku. Aku hadiahkan dia dengan satu ciuman.

"Terima kasih sayang.. Abang rasa abanglah lelaki yang paling bertuah bila dapat bersama sayang." balasku masih memeluknya.

"Apa pula yang bertuahnya. Niza yang patut bersyukur sebab abang sudi jumpa Niza." balas Niza sambil mencuit hidungku.

"Abang.. Jom laa kita pi makan.. Lapar ni." sambung Niza lagi.

Aku terus memimpin tangannya menuju ke keretaku lalu keluar sebentar untuk menjamu selera dan menambah tenaga yang telah hilang sebentar tadi. Aku memandu menuju ke restoran western yang tidak jauh dari hotel penginapan Niza. Tidak sampai 10 minit, aku sudah tercari-cari tempat untuk memakirkan keretaku.

Aku memesan Lamb Chop Combo dan Niza pula memesan Carbonara Seafood. Niza memuji-muji sajian yang dimakannya. Dia makan dengan begitu berselera sekali sambil kami berbual tentang kehidupan semasa kami.

"Betulkah Abang tak mau bagitau kat Yana pasai kita?" terpacul sekali lagi soalan cepumas yang telah berjaya aku elak tempohari.

"Abang rasa tak perlu kut.. Lagipun abang dah bagi alasan kukuh." balasku dengan penuh yakin akan keputusanku.

"Apa-apa pun.. Niza okey saja.. I follow.." balasnya lagi.

"Tapi kan bang.. Entah-entah Yana tengah dok sedap-sedap dengan Haikal pa?" kata-kata Niza membuatkan aku resah seketika.

"Ish! Biar betul Niza?" balasku cemas.

"Kalau betul camana bang?" balasnya.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now