P54: Pasca Percutian (Bonus)

5.5K 102 22
                                    

"Aik!.. nak cuti lagi?" rungut Imran dalam hati selepas mendapat mesej daripada Cikgu Niza.

"Banyak lagi ka cuti dia ni?.. hari tu lepas kursus di Negeri Sembilan dah sambung cuti.. minggu lepas pun cuti juga sehari sebelum weekend. Why?" Imran berfikir sambil merenung telefonnya.

"Jumaat lepas.. bukan dia seorang je yang cuti.. Cikgu Liyana pun cuti sama.. mesti kembar tak serupa ni ada projek rahsia. Tapi.. bukan urusanku nak jaga tepi kain diaorang.." rungutan Imran berlarutan memikirkan Cikgu Niza dan Cikgu Liyana yang menjadi igauannya selama ini.

Selepas kejadian digoda Niza tempohari, Imran tidak tentu arah seperti orang tak betul. Godaan semasa berbicara bersama mereka berdua benar-benar telah menggugat nafsu terunanya. Imran telah terpikat dengan kedua-dua guru dibawah seliaanya itu. Namun.. jauh di sudut hatinya.. dia lebih tertarik kepada perwatakan Cikgu Liyana. Watak Cikgu Liyana lebih mirip kepada bekas kekasihnya yang telah lari bersama lelaki lain.

........................................

Imran langsung tidak menduga, sikapnya yang terlalu lurus bendul tidak disukai oleh Nani, bekas kekasihnya. Nani merupakan seorang gadis yang pendiam tidak banyak bercakap.. tetapi sangat cantik dan genit di matanya. Nani juga begitu manja karektor dan sikapnya.

Namun.. dek kerana terlalu ikhlas mencintai dan benar-benar ingin menjadikan Nani sebagai suri hidupnya, Imran terlupa dan tidak menyedari sikap manja Nani itu mengharapkan sesuatu yang lebih daripadanya. Sepanjang hubungan mereka, Imran tidak pernah menyentuh Nani, walaupun dengan memegang tangan Nani. Entah berapa banyak hint yang telah diberikan oleh Nani, namun Imran langsung tidak menyedarinya.

Imran langsung tidak mahu melakukan sesuatu yang melanggar larangan agama, sebelum sah mereka diijabkabulkan. Segalanya dipendam dan hanya akan dilakukan pada malam pertama mereka nanti.

"Imran.. tujuan Nani nak jumpa Imran hari ini adalah..." terngiang-ngiang saat Nani hendak memutuskan hubungan mereka.

"Ya la.. kenapa Nani nak jumpa Imran? Macam serius je." sampuk Imran memotong cakap kekasihnya itu.

"Sebenarnya... eerrrrr.. sebenarnya..." seperti berat perkara yang ingin diluahkan Nani.

Imran memandang tepat ke wajah Nani. Sabar menanti apakah yang ingin disampaikan oleh kekasihnya itu. Langsung tidak terlintas perkara apa yang akan diketahuinya. Dipegang kedua-dua belah bahu Nani membuatkan Nani terkejut dengan sentuhan itu. Sentuhan pertama Imran sepanjang dia mengenali pemuda itu.

"Nani harap apa yang bakal Nani katakan ini.. Imran dapat menerimanya dengan hati yang terbuka." sambung Nani sambil memegang tangan Imran di bahunya.

Genggaman tangan mereka berdua dibawa turun ke pehanya. Imran akur tanpa membantah. Hatinya semakin berdebar.. hanya Allah sahaja yang tahu.

"Imran.. Nani nak bertunang." sambung Nani.

"Oohhhhh.. Buat saspen je Nani ni." balas Imran lega jika itulah tujuan pertemuan mereka.

"Imran pun ada terfikir akan perkara ini.. Kalau itu yang Nani mahukan.. nanti Imran beritahu pada emak dan ayah Imran. Bila Nani nak kita bertunang tu?" sambung Imran teruja dengan niat kekasihnya itu.

"Bulan depan." balas Nani.

"Bulan depan? Cepatnya.." balas Imran pula.

"Boleh bagi masa untuk Imran bincang dengan keluarga Imran?" sambung Imran.

"Imran.." panggilan namanya itu membuatkan Imran menatap bola mata Nani yang semakin berkaca.

"Eh!.. Kenapa nangis ni?" balas Imran sambil mengesat air mata Nani yang telah mula gugur dan mengalir di pipinya.

SEMPADAN NAFSUWo Geschichten leben. Entdecke jetzt