P43: POV YANA - Pekung

5.8K 101 15
                                    

"Apa maksud hang tadi?" tanya Niza sebaik sahaja Shah melangkah kaki ke ruang tamu.

"Maksud apa pulak?" balasku pura-pura tidak paham dengan apa yang telah aku terlepas cakap tadi.

"Weeiiiii.. Kita dah berkawan hampir 20 tahun dah okey.. aku kenal sangat. Please Yana, tolong bagitau apa yang aku tak tau dan perlu tau." balas Niza semakin serius.

"Betul laa.. Mana ada apa-apa yang hang tak tau.. semua yang patut hang tau.. aku dah bagitau.." balasku masih cuba menyembunyikan hubungan antara anakku dengan anaknya.

"Aku tak percaya.. mesti ada sesuatu yang hang cuba rahsiakan daripada aku." balas Niza masih ingin mencungkil rahsia.

"Shah dengan Tasya tu masih sekolah.. tak kan depa dua tengah bercinta?" tanyanya lagi.

"Hang nampak macam depa tengah bercinta ka?" balasku pula cuba mengorek rahsia sejauh mana Niza tahu tentang hubungan anak-anak kami.

"Aku macam nampak benda tu.. setiap hari Tasya semakin bersemangat nak pi sekolah. Bertambah semangat bila aku ajak dia nak jumpa hangpa. Dia tak akan tolak atau bag alasan kalau aku kata aku nak pi rumah hang.. macam tadi tu.. kalut jaa nak bersiap bila kata nak pi tidoq kat rumah hang." balas Niza sambil mengeringkan tangannya setelah selesai membasuh pinggan.

"Pernah juga aku mengendap dia dok bergayut kat handphone dia sambil dok sebut nama Shah.. aku perati jaa dari celah pintu.. tak kacau." sambungnya lagi.

"Hang tau pukui brapa masa tu?" tanya Niza.

Aku gelengkan kepala sambil berharap dia meneruskan penceritaannya.

"Tengah-tengah malam hang tau dak.. masa tu aku dahaga, aku keluar bilik nak pi dapur.." sambung Niza.

"Memang aku rasa tak sedap hati.. tapi aku biaq jaa.. mungkin pasai depa dah kenai dari kecik-kecik lagi." sambung Niza sambil duduk dan meneguk air di sebelahku.

Aku sememangnya ingin menceritakan sejauh mana hubungan antara anakku dengan anaknya, tetapi aku perlu memberitahunya dengan cara yang sebaik mungkin agar dia juga dapat menerima dengan apa yang telah berlaku.

Suasana menjadi hening seketika..

"Weeiiiii.. Razak nak balik cuti sekolah ni.." kataku menukar tajuk perbualan kami.

"Lama ka dia cuti?" tanya Niza teruja dengan berita tersebut.

Seperti yang telah kuduga, perhatiannya akan mudah berubah terutamanya dengan sesuatu yang dia suka. Persahabatan kami yang hampir mencecah 2 dekad telah membuatkan kami mengenali hati budi masing-masing. Tiada bahasa badan yang dapat kami sembunyikan atau rahsiakan. Kami cukup mengenali luar dan dalam tentang apa jua yang harungi dalam hidup di dunia sementara ini.

"Katanya 10 hari.. Dia nak balik dari sebelum cuti sekolah dan balik sana balik di penghujung cuti sekolah nak mai ni." balasku.

"Cantik.. Aku pun ada plan nak bagitau kat hang.." balas Niza.

"Make sure plan tu memang betui-betui menarik okey.. dan jangan lupa plan balas dendam yang dah kita plan hari tu!" balasku mengingatkan perancangan untuk Niza melunaskan hutangnya padaku.

"Ooohhhh... yang tu kita kena plan awai sebelum plan yang ni." balas Niza sambil tersenyum.

Niza memang seorang perancang yang baik terutamanya dalam merancang sesuatu yang dapat memenuhi nafsu serakahnya.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now