P39: POV YANA - Dendam

6.9K 126 11
                                    

"Ibu.. kita tak ambil Tasya ka pagi nih?" soal Shah sambil memandang Yana.

"Kamu ni.. kan Auntie Niza dah balik.." balas Yana yang masih fokus kepada pemanduannya.

Namun, jauh dalam kotak pemikirannya masih beribu persoalan yang perlu dijawab Niza. Semuanya berkaitan dengan percutian berahi bersama suaminya. Yana masih memerlukan penjelasan tentang banyak perkara. Dia masih menyimpan dendam atas perbuatan suaminya itu.

"Mengapa suamiku langsung tidak berterus terang denganku.." aku menyoal diriku sendiri.

Terdetik di hatiku perasaan tidak berpuas hati terhadap suamiku yang telah berlaku curang dengan sahabatku. Walaupun aku mengetahui perkara itu, tetapi aku perlukan kata-kata pengakuan yang keluar sendiri dari mulut Razak. Pengakuan ikhlas atas kecurangannya terhadap diriku.

"Ibu.. Ibu okey tak ni?" soal Shah setelah melihat ibunya hanya berdiam diri.

"Ibu.. Ibu.. Ibu okey tak ni?" Shah mengulangi soalannya sambil bergerak ke hadapan sedikit agar Yana tersedar dari lamunan.

"Eh! Awat Shah ni..? Duduk elok-elok.. pakai seat belt tu.. Ish!!" tegurku setelah tersedar dengan perbuatan dan kedudukan Shah.

"Shah panggil ibu tadi.. tappiiii.. ibu diam ja." balas anskku sambil duduk dan memasukkan kepala tali pinggang keledar ke sarangnya.

"Ibu.. Ibu okey.." balasku sambil memalingkan mukanya ke arah Shah.

"Kamu rindukan Tasya ka?" soalan cepumas aku kepadanya.

"Eh!! Mana ada." balasnya sambil memalingkan muka ke arah luar kereta.

"Alolo.. nak merajuk la tu?" gurauku sambil aku cucuk pinggangnya.

"Ibu.. Ibu rindukan abah.." luahku.

"Shah pun sama.. rindukan abah. Dah lama abah tak balik kan bu?" respon seorang anak yang telah lama tidak bertemu dengan abahnya.

"Mungkin nanti abah balik laa tu. Ibu harap abah dapat cuti nanti.. Lagipun kan dah nak cuti sekolah ni.." balasku memujuknya.

Keretaku terus membelah kesibukan pagi dengan kenderaan-kenderaan yang membawa penggunanya untuk ke tempat tujuan masing-masing. Ada yang ke sekolah. Ada yang ke tempat kerja. Ada yang ke pasar dan pelbagai tujuan lagi.

Aku memarkirkan keretaku di ruang parkir yang telah disediakan. Kelihatan kereta Niza juga telah tiba awal seminit dariku. Melihat Tasya yang baru keluar dari kereta, Shah juga keluar dengan tergesa-gesa.

"Kalau ya pun, salam ibu dulu.." laungku pada Shah yang baru hendak mengorak langkah.

Shah berpatah balik lalu bersalaman dan mencium tanganku. Dia terus membuka langkah ke arah Tasya. Jelas kelihatan senyuman gembira Tasya apabila ternampak kelibat anakku. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kelas mereka.

Setelah mengambil semua keperluan mengajakku, aku berjalan menuju ke arah bilik guru. Niza datang berjalan di sebelahku sambil melagakan bahunya ke bahuku. Aku menoleh ke arahnya. Dia hanya tersenyum seribu makna.

"Ammbbboooiiiiiiii.. Kut nak bagi salam dulu.." tegurku.

"Dia pun tak bagi salam kat kita." balas Niza.

"Assalamualaikum sahabat yang paling aku sayangi.. sahabat dunia akhirat" sambung Niza.

"Wa'alaikum salam.. Hah!.. Macam tu laa.. Ni kompom dok syioq tak abih lagi. Terenyeh macam kerang bulu dah aku nampak." balasku sambil membuat reaksi yang tidak berpuas hati.

SEMPADAN NAFSUWhere stories live. Discover now