01

415 64 37
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

"Aku dah cerai dengan dia."

"Wow."

"Apa yang amazing sangat?"

"Yalah, aku tengah bercakap dengan janda sekarang ni."

"Sukalah kau kan aku dah jadi janda?"

"Suka. Adalah peluang aku nak try kau balik."

Mata aku gulingkan ke atas. Bercakap dengan dia ni mana pernah nak serius.

"Sebab apa korang cerai? Berebut remote TV ke?" Selamba Taehyung menyoal.

"Family dia suruh, katanya aku mandul. Dah setahun kahwin tapi masih belum mengandung."

"Gelojoh betul. Baru setahun kut dah gelabah. Dia ingat kau kucing ke? Nak kau mengandung tiga kali setahun?"

Tergelak juga aku dengar bebelan dia. Bab-bab ajak maki sekali ni, memang elok ajak dia sekali, even dari sekolah menengah dulu.

"Sebenarnya dah dua bulan lebih dah aku cerai dengan Jaehyun.. Sorry baru bagitahu kau sekarang." Perlahan aku bersuara seraya menunduk, serba salah nak berbalas tatapan mata dengan dia.

Mesti dia terkilan. Yalah. Aku dengan Taehyung dah lama berkawan baik, dari sekolah lagi. Benda penting macam ni pun aku tak bagitahu dia.

"Tak apalah, benda tak penting pun."

Sentap.

Muka selamba dia aku tatap. Geram pula bila tengok mula rilek dia sekarang. Macam dia cakap, tak penting.

Yalah, time wedding aku pun dia tak datang!

"Apa yang penting sekarang ni, kau okay ke tak?" Ringkas dia bertanya tapi aku tahu, dia begitu mengambil berat tentang aku. Memang itulah cara dia dari dulu, nampak tak peduli tapi dialah yang separuh mati peduli tentang aku selain keluarga aku.

Lambat-lambat aku menunduk, mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tanganku sebelum sekeping kad aku letakkan di hadapannya.

Kad undangan perkahwinan.

Bekas suami aku, Jung Jaehyun dengan kekasih hatinya yang baru, Park Haeri.

Sentap lagi bila Taehyung tetiba gelak, macam tengah gelakkan aku pula.

"Laju betul cilaka ni buat kerja ya?" Perlinya seraya tangannya menyentuh kad itu, membuka dan membaca isinya. Terukir senyuman sinis di bibirnya.

"Si Hare ni bukan ex girlfriend dia yang muka macam memerang tu ke?"

Tak tahulah nak gelak ke apa dengar soalan dia tapi aku iyakan jelah. Lagi sekali Taehyung tergelak.

"No comment lah aku. Semoga dicucuri adabi jelah aku boleh cakap." Kad undangan itu ditutup kembali sebelum belakang tubuhnya disandarkan pada kerusi.

"Family dia undang aku ke majlis tu." Tuturku perlahan, hati aku mulalah rasa sebu, diasak pelbagai rasa yang bercampur baur.

Reaksi Taehyung aku amati. Dia hanya diam, tenang saja merenung aku.

"Dari mak, bapak sampai anak semua benak. Dasar cilaka."

Dengan muka tenang selamba dia memaki hamun keluarga bekas mentua aku.

"Buat apa dia ajak kau datang? Jual cendol dekat situ? Bodoh apa? Saja nak menyakitkan hati kau? Kau bagitahu aku rumah lahanat semua ni dekat mana, aku nak bakar. Lagi elok kita bakar malam ni time diorang tidur, bangun-bangun je dah dekat neraka aku buat."

Tersenyum juga aku menahan tawa melihat reaksi Taehyung sekarang. Walaupun nampak macam budak-budak tapi aku tahu dia betul-betul marah. Kedua-dua telinganya merah menyala dengan rahangnya diketap kuat menahan sabar.

"Aku dah buat keputusan, aku nak datang time wedding dia nanti."

.
.
.

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now