04

260 59 21
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

.
.
.

Tiga minggu dah berlalu, aku banyak sibukkan diri dengan melukis selain kesibukan aku dengan kerjayaku sebagai seorang interior designer. Setiap kali ada waktu lapang, mesti aku akan melukis.

Sampai kena kutuk dengan Taehyung sebab selalu cancel plan dengan dia untuk berjumpa. Entahlah, lately ni aku lebih suka menyendiri. Mama, Papa pun dah faham sangat dengan fiil aku yang suka terperap dalam bilik melukis aku dari pagi sampai petang.

Bila dalam bilik ni, aku rasa aku dekat dalam dunia aku sendiri, memisahkan aku dengan dunia luar. Apa yang jadi dekat luar bilik ni langsung aku tak ambil tahu.

Rutin biasa hujung minggu aku, lepas sehari terperap melukis dalam bilik lukisan, aku akan mandi. Lepas mandi dan siap berpakaian, aku akan turun minum petang dengan mama dan papa.

Menu istimewa minum petang hari ni, cream puff!

Paling berselera aku makan, nak pula mama yang buat, sedap gila!

"Tadi ada orang datang rumah."

Dengan mulut yang masih mengunyah, mata aku beralih dari kaca TV terus ke muka Mama.

"Siapa?" Soalku seraya tangan mengambil satu lagi cream puff walaupun dalam mulut tak habis lagi.

"Mereka minta rahsiakan dari adik."

Terus tak jadi aku nak sumbatkan cream puff gebu gebas ni ke dalam mulut bila dengar jawapan Papa.

Lain macam!

Kenapa specific ada nama panggilanku 'adik' di situ? Tujuan 'mereka' tu datang ke sini sebab aku ke?

"Mereka datang untuk melamar adik."

"Ha?!"

.
.
.

"Dia datang dengan mak, bapak dia untuk melamar aku, nak jadikan aku isteri dia. Dia bagi masa tiga hari untuk aku fikir dan bagi jawapan untuk lamaran dia tapi pada masa yang sama, dia tak bagi mama dengan papa aku bagitahu aku dia siapa. Pelik."

"Dia tahu kau memilih kut, tu yang awal-awal dia tak bagi mak bapak kau bagitahu dia siapa."

Malas je Taehyung menjawab dengan tangannya sibuk menulis. Malam-malam buta pun sibuk dengan kerja. Tapi handsome pula tengok dia fokus buat kerja, dengan spek petak dia, smart gitu.

Sesekali tangannya beralih pada papan kekunci MacBook miliknya yang diletakkan bersebelahan dengan iPad miliknya yang sedang digunakan untuk kami berhubung tika ini.

Sibuk-sibuk pun sudi juga nak video call dengan aku.

"Yalah, at least bagilah gambar ke apa, at least aku tahu muka dia macam mana. Ni nama pun aku tak tahu."

"Haneul sayang, nak cari yang handsome senang tapi nak cari yang betul-betul sayang dan cintakan kau sorang susah tau."

"Tahu tapi.."

"Mama, papa kau cakap dia macam mana? Okay tak? Mama, papa kau suka tak dengan dia?"

"Aku ada tanya pendapat diorang tadi, diorang cakap tak payah tanya, diorang memang dah bagi green light awal-awal. Katanya lelaki tu baik, handsome, berpendidikan, pendapatan pun tetap."

Tersengih dia dengar jawapan aku. Macam dia pula kena puji!

Kini tumpuannya 100% pada aku, siap tompang dagu sebelah tangan sambil tenung aku. Kalau perempuan lain tengok ni, mahu cair.

"Dah siap kerja?"

"Dah. Ceritalah lagi, aku dengar." Lembut dia bersuara buatkan aku tersenyum.

"Kalau kau jadi aku, kau terima ke lamaran lelaki tu?"

Terlihat dia diam sejenak, seperti sedang menyusun ayat.

"Jangan minta aku or even mama, papa kau untuk buat keputusan untuk diri kau. It's about you, Haneul. Aku tak nak kau menyesal kahwin dengan dia nanti sebab kau dengar cakap orang lain."

Aku pula yang terdiam.

"But for sure, aku yakin lelaki tu ada niat yang baik untuk jaga kau and he's truly loves you."

"Yeke? Entah-entah dia tak tahu aku ni janda."

"Of course he know. Sebab dia tahulah, dia akan pastikan tak akan ada lelaki lain yang akan sia-siakan kau lagi. Biar dia sendiri yang jaga kau, lindungi kau, sayang dan cintakan kau. Cukuplah sekali, hati perempuan yang dia sayang dan cintai hancur kerana seorang lelaki."

Tersentuh dengan setiap butir katanya sehinggakan aku sendiri yang kehilangan kata-kata. Tatapan matanya jelas tulus peduli dan sayangkan aku walaupun aku tahu, hanya sebatas seorang kawan.

"Aku yakin, dia mesti menyesal sebab tak dapat jadi yang pertama untuk kau tapi percayalah, jadi yang terakhir untuk kau pun dah lebih dari cukup buat dia."

"Kau tak jealous ke kalau aku kahwin lagi? Yalah, sebelum ni pun sampai tak datang wedding aku."

Tergelak dia tika mendengar usikanku.

"Yang kali ni aku janji, aku mesti and wajib ada dekat wedding kau tu. Kau nak aku berdiri sebelah kau time tu pun boleh."

Till We Meet Again | kth [✓]Where stories live. Discover now